Hari ini dah masuk hari ke sembilan berpuasa dibulan Ramadhan........

>> Sunday, August 30, 2009

Rasa sekejap benar kita berpuasa sehingga hari ke sembilan. Melihat gelagat anak-anak berpuasa di musim penghujung cuti sekolah yang singkat ini sungguh menyeronokkan. Setiap kali berbuka puasa bersama macam-macam lawak jenaka keluar.

Besok NurLiyana (kakak) akan pulang ke asrama MRSM. Lusa sekolah dibuka. Kemeriahan itu semakin sunyi. Malam semalam sempat berbuka puasa di Restoren Bakau D'Muara di Manjung. Sempat juga membeli gula (yang susah nak dicari pada masa ini).

Sekarang ini Haziq sibuk mengecat pagar rumah. Cikgu Rasimah sibuk menukar langsir rumah. Saya dan Syazwani pula sibuk mengelap semua perabut jati di rumah. Akhirnya keletihan sampai tertidur.

Namun begitu mulai Selasa ini dah semakin sibuk apabila sekolah dah dibuka semula. Jumaat nanti terpaksa pergi ke Open University Kuala Lumpur ambil skrip jawapan pelajar OUM.Nasib baik Haziq menawarkan diri menemani saya memandu ke Kuala Lumpur (Baru dapat lesen P).

Begitulah berkatnya Ramadhan....

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP