Sekolah dibuka semula....

>> Tuesday, September 1, 2009

Hari ini merupakan sesi persekolahan dibuka semula setelah bercuti selama seminggu. Jam 5.30 pagi hujan turun dengan lebatnya. Inilah cabarannya nak tidur selepas bangun sahur takut terlajak..

Pagi-pagi lagi saya hadir ke sekolah dalam keadaan hujan yang lebat. Hari ini juga semua calon SPM menghadapi peperiksaan Percubaan.

Tengahari tadi Pn. Zura Penolong Pengarah dari OUM Ipoh beri SMS supaya saya datang ke OUM Ipoh untuk ambil surat lantikan Tutor Penyelia dan senarai nama pelajar yang akan membuat Kajian mereka untuk semester September2009 ini. Balik dari sekolah saya terus ke Ipoh.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP