15 Sen untuk dua orang............

>> Tuesday, August 25, 2009


Pagi ini,sewaktu melihat anak-anak mengemas rumah,mereka terjumpa beberapa keping duit syiling dan dialihkan begitu sahaja.
Pada waktu saya bersekolah dahulu syiling seperti ini mempunyai makna yang amat besar.
Apabila melihat duit syiling tersebut, saya terkenangkan peristiwa sewaktu saya berada di darjah satu dan abang saya (Acik Aman) berada di darjah empat kalau tak silap saya pada tahun 1972. Pada waktu pagi saya dibekalkan sebanyak 10 sen seorang.Cukuplah waktu pagi dan waktu rehat nanti. 5 Sen saya belanjakan untuk membeli kuih dan waktu rehat 5 sen lagi.Minum senang sahaja air paipsi cola.(air paip).Yang peliknya tak sakit perut pun kalau minum air paip setiap hari.
Suatu hari bapa saya tiada wang untuk memberi belanja pada hari itu. Beliau hanya memberikan 15 sen untuk dikongsi dua orang. 7 sen setengah tak boleh dipecahkan. Oleh itu waktu pagi kami belanjakan sebanyak lima sen seorang. Baki lima sen sahaja untuk waktu rehat nanti. Abang saya kata kamu peganglah duit itu dan tinggalkan separuh kuih yang kamu beli nanti.
Waktu rehat bermula...... disebabkan darjah satu berehat awal saya makan semua kuih tersebut sampai habis... Murid tahun 4 turun untuk berehat....abang saya berlari-lari anak untuk mendapatkan separuh daripada kuih tersebut kepada saya. Rupa-rupanya saya terlupa pagi tu seketul kuih kena kongsi.......................Abang menangis.........Saya rasa kesal dengan peristiwa itu.... Entahlah.................................daya fikir saya masa tu,,,,,entah macam mana........

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP