Taman Alun-Alun Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

>> Friday, October 30, 2009

Sewaktu menjadi guru pelatih dahulu,setiap guru pelatih wajib memasuki mana-mana kelab sebagai aktiviti Gerko. Saya memilih kelab Kebun,kerana ungkapannya sangat menarik. Penasihat kelab tersebut ialah En. Baba Hamidun.

Antara aktiviti kelab ini ialah mencantikkan kawasan maktab dengan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni. Antara kawasan yang saya tanam pokok-pokok buanga ialah Taman Alun-alun yang terletak berhampiran pinggiran Desa iaitu di kawasan Quartes Pensyarah.

Disebabkan taman Alun-alun ini dah cantik,ia telah menjadi tempat couple-couple yang terdiri daripada guru-guru pelatih bercengkarama,di bawah bulan purnama........

Namun begitu, taman ini telah dibangunkan dengan surau maktab dan beberapa bangunan,maklum sajalah dah lebih 20 tahun saya keluar daripada menjadi guru pelatih..

Di sinilah seorang pensyarah bernama En. Miskin Bin Mohd Fakir yang sakit mental selalu berehat di waktu petang dengan memakai seluar pendek.

Read more...

Cameron Highland dengan udara yang nyaman......

>> Saturday, October 17, 2009

Sempadan Cameron Highland dan Perak
Begitu mengasyikkan bunga-bungaan yang begitu cantik


Sayur-sayuran juga ditanam


Banyak ke Cikgu Shimah beli bunga........


Bergambar berhampiran pokok epal




Singgah di kebun Teh Bharat





Bunga Orkid
Pagi 17 Okt (Sabtu) anak saya mengejutkan saya..... abah.... kami dah siap nak pergi Cameron Highland ni... Oooohhhhh ye nanti abah mandi.

Kami bertolak pada awal pagi. Kami pergi ikut jalan Simpang Pulai Ipoh. Jalan begitu lancar. Sempat singgah makan jagung rebus yang begitu manis. RM 3.00 setongkol.
Sampai ke Berincang sudah tengahari keadaan jalan penuh sesak. Sempat juga membeli belah sayuran dan buah-buahan. Ada seorang India berniaga jagung,Lu tak deepavali ke hari ini. Bang... saya nampak macam India tapi muslim..... Saya hari Raya Juga...... Ye ke entahle.....

Sampai di Tanah Rata kami makan bersama-sama hidangan yang dimasak oleh Cikgu Rasimah subuh tadi. Sempat juga berjumpa pelajar saya iaitu Cikgu Azhar Jamin yang sehingga kini masih belajar dengan saya di OUM Ipoh. Cikgu Azahar yang peramah dan sentiasa mengambil berat tetamu rupa-rupanya tinggal di Kuarters sekolah Tanah Rata.

Sempat juga beliau mengajak kami minum Teh di Pekan Tanah Rata. Seterusnya mengajak kami sekeluarga ke rumahnya. Ingatkan habis di situ sahaja. Selepas itu ajak kami ronda-ronda menaiki kereta EXORA nya. Banyak juga beliau bagi buah tangan.

Pukul 5.30 ptg kami harus cepat pulang dengan mengikuti jalan Cameron Tapah.Hujan turun dengan lebat dan harus berhati-hati turun ke Tapah. Tak jadi beli petai di tepi jalan yang dijual oleh orang Asli kerana mahal sangat. Encik nak ambillah 9.00 ringgit hariii nakkk malam dah..patutnya 11.00 ringgit sahaja..... Lebih kurang 10 papan sangat mahal.
Sempat sembahyang Maghrib di Tapah dan menjamu selera di Gerai. Sampai rumah pukul 9.00 malam.

Read more...

Terima Kasih Abang Redzuan Restoren Kak Yang Tanjung Malim.

>> Tuesday, October 13, 2009

Sewaktu mula mendaftarkan diri sebagai pelajar Masters di UPSI pada tahun 2002 saya terkenangkan sebuah keluarga yang mengusahakan restoren di Kg.Ketoyong,lebih kurang setengah kilometer dari pekan Tanjung Malim.

Mereka mengusahakan sebuah restoren yang sederhana besar. Disebabkan kami tiada tempat menginap di hujung minggu, Abang Redzuan menawarkan diri untuk kami menginap di rumahnya. "Hangpa duduklah di rumah kami tu... tapi jagalah rumah tu macam rumah hangpa sendiri, tak perlu bayaq".

Kami menginap hampir setiap minggu. Hinggalah kami semua berjaya menamatkan pengajian selama 2 tahun.

Rupa-rupanya ada juga pada zaman ini manusia yang berhati suci dan bersih pada zaman ini.

Terima kasih,abang Ridzuan dan Kakak.... Restoren Kak Yang Tanjung Malim. Semuga Disember nanti apabila saya menyambung pengajian PhD kita akan berjumpa lagi.

Read more...

Pengalaman awal menjadi Guru Pelatih bagi menghadapi latihan mengajar di SRK Convent Green Lane Penang

>> Friday, October 9, 2009

Sewaktu saya berada di tahun 2 sebagai guru pelatih,saya dihantar untuk membuat latihan mengajar ke SRK Convent Green Lane Penang. Rupa-rupanya pengalaman pertama menjadi guru yang sebenar-benarnya bertitik tolak dari sini. Hari pertama murid memanggil saya Cikgu... terkejut juga.

Saya bersama-sama Bakri Bin Jamal,Lee Wai Pek,,Azhari Sidek begitu bersemangat menjalani latihan mengajar. Saya mengajar di tahun 4 emas rupa-rupanya mengajar anak pensyarah saya Faiznur Miskin yang selepas itu saya dengar menjadi jimnas di sukan SEA dengan menggondol beberapa pingat emas.

Read more...

Duit raya.....

>> Thursday, October 8, 2009

Sewaktu saya masih bersekolah dulu ada seorang saudara saya yang taik hidung masin. Kedekut sangat. Bila hari raya dia kunci pintu rumah. Bila kanak-kanak nak beraya ke rumahnya kunci pintu dari dalam. Kut...kut budak-budak datang nak bagi duit raya.

Hal ini menjadi lembaran kenangan bagi saya. Walau pun saya miskin pada masa itu, bukan nawaitu kita nak beraya nakkan duit raya kan.....

Konsep hari raya harus difahami. Wang bukan segala-galanya..... yang penting silatulrahim kita dengan saudara mara.

Read more...

Benarkah Ikan Duyung wujud?

video

Petikan dari akbar The Star hari ini mengatakan bahawa sebuah klip video amatur yang menayangkan seekor ikan duyung mati terdampar di pantai Balambangan. Apakah benar video yang ditayangkan? Saksikan lah klip video tersebut:

Read more...

Suasana Hari Raya masih ada.

>> Tuesday, October 6, 2009

Sudah lama benar tak up-date blog ini. Minggu lepas sibuk juga dengan aktiviti. Sambutan rumah terbuka yang dianjurkan oleh kengkawan terdekat,berziarah ke rumah jiran-jiran.

Di samping itu, hari Sabtu lepas 3 Okt 2009 pergi ke MRSM Pasir Salak sebagai AJK Muafakat untuk menghadiri majlis Restu PMR dan bacaan Yassin. Sempat juga bertukar-tukar fikiran dengan Yang diPertua Muafakat Kolonel Prof Madya Mohd Tantawi Hj. Mohammad yang inginkan jamuan makan malam dilaksanakan pada awal November.

Hari Ahad pula mengajar di OUM Ipoh sampai tengahari selama 4 jam. Pelajar-pelajar Kohot 1 rasa seronok mengambil kursus yang saya ajar kerana pada tahun 2006 dulu pelajar-pelajar ini pernah mengambil kursus lain yang telah saya ajar.

Balik dari Ipoh Cikgu Kamaruzaman Din menelefon saya kerana ada rumah terbuka dan makan durian. Katanya Duriannya belum dikait pada pokoknya. Haaa......Haaaa.....

Nasib la pelajar UNIKL Manjung satu bas nak beraya ke rumah saya tak jadi datang kerana masalah transport pada hari Ahad lepas.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP