Cuti sekolah telah berakhir......Selamat tinggal 2009...

>> Thursday, December 31, 2009

Cepat benar masa berlalu, hari ini tahun 2010 telah menjelang tiba. Ini bermakna Isnin ini sekolah akan dibuka. Banyak kerja-kerja sudah menanti. Disebabkan kesibukan beberapa kerja sewaktu cuti sekolah menyebabkan cuti ini rasa singkat.

Namun begitu,sesibuk mana pun saya waktu cuti dulu, saya sempat membawa anak-anak bercuti ke beberapa tempat. Hal ini telah menjadi tradisi keluarga kami. Bak kata perpatah Melayu "Jauh Perjalanan Luas Pemandangan."

Sebenarnya kerja tak habis-habis, pertengahan bulan ini saya mula menyemak skrip pelajar OUM lebih kurang 10 hari. Beberapa hari lalu pihak OUM Kuala Lumpur arahkan saya ambil skrip tersebut. Mudah-mudahan Semester Januari 2010 ini saya dapat mengajar semula di OUM.

Awal tahun ini akan diadakan sukan tahunan sekolah lepas tu Ragbi bawah 18 tahun dan bahas ala Parlimen peringkat sekolah,daerah dan Negeri. Bukan senang jadi hakim bahas ala parlimen kerana sebagai hakim kenalah telus tidak bias.


Januari ini juga Kakak (Nur Liyana) masuk semula ke MRSM dan Abang (Haziq) akan mendaftar sebagai pelajar Politeknik Ungku Umar Ipoh. Saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana kelengkapan persekolahan mereka sudah dibeli.Walaupun wang RM 500.00 bonos masih tidak mencukupi untuk 4 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah. Inilah dinamakan berkat menyimpan sedikit wang sebagai simpanan.

Suasana nanti dijangka menjadi lengang dan gelak ketawa dan lawak jenaka mereka tidak kedengaran.Kak Chik ( Nur Syazwani) dijangka sibuk ke kelas tuisyen dan Adik ( Nur Afdhalia) sibuk juga dengan tuisyen Smart Reader yang amat diminatinya.
Begitulah hakikatnya suatu hari nanti semua anak sudah dewasa mungkin kami tinggal dua orang sahaja di rumah. Semakin lengang dan sunyi.

Read more...

Sudah hampir suku abad bonda meninggal dunia

>> Tuesday, December 29, 2009


Petang kelmarin sedang saya memandu kereta sambil mendengar lagu. Juru hebah radio menyiarkan lagu yang didendangkan oleh M. Nasir yang bertajuk 'Bonda'. Siaran radio Sinar FM yang banyak mendendangkan lagu-lagu yang memunculkan semula nostaglia kehidupan. Sesungguhnya ibu adalah tempat mengadu,tempat mendapatkan nasihat dan tak dapat saya senaraikan lagi. Walaupun diakhir hayatnya saya tidak dapat menatap wajahnya kali terakhir kerana pada masa itu saya menuntut ilmu di perantauan. Al Fatihah untuk ibu...


video

Read more...

Tahniah Kak Chik (Nursyazwani).........

>> Thursday, December 24, 2009



Sedang pelajar-pelajar lain memperkatakan tentang keputusan PMR yang mendapat 8A kelmarin. Saya diberitahu bahawa anak saya Kak Chik mendapat keputusan 8A bagi peperiksaan UPKK sekolah agama rakyatnya. Saya rasa syukur kepada Allah Azzawajalla kerana keputusannya itu .Apa yang lebih penting adalah keputusan UPSR nya tahun hadapan. Untuk menyambung cita-citanya di dalam bidang agama.


Sebenarnya abah mengharapkan Kak Chik menjadi seorang yang solehah berjaya di dunia dan di akhirat.

Read more...

Kesibukan menjelang buka sekolah.......

>> Wednesday, December 23, 2009

Sekolah di seluruh negeri Perak dijangka dibuka pada 4 Januari 2010. Diminggu akhir cuti ini para ibu bapa begitu sibuk untuk membeli segala keperluan persekolahan anak-anak. Petang semalam saya sempat ke Kinta City (Jaya Jusco) untuk membeli keperluan anak-anak. Rupa-rupanya Jaya Jusco membuat Big Sale.

Nak Parking pun susah. Namun begitu segala kelengkapan alat tulis dapat dibeli. Cuma senarai barangan yang wajib dibeli di sekolah akan dibeli kemudian. Begitu juga kelengkapan Nurliana (kakak) akan dibeli pada 3 Januari di MRSM nanti.

Read more...

Sekitar aktiviti percutian ke Medan 14-17 Disember 2009

>> Friday, December 18, 2009

Sebenarnya banyak gambar yang nak di uploadkan,namun begitu,tidak semua dapat dilakukan

Kami telah bersiap sedia untuk menunggu waktu penerbangan di Lapangan Terbang Bayan Lepas
Jadual penerbangan yang terpapar

Bergambar di perjalanan




'Pengantin lama' yang cuba nak refresh di Istana Kesultanan Deli Macam pinang di belah kapak pulak Sama senyum dan sama sengih....


Lagi gambar Pengantin Lama menjadi raja sehari,setelah lebih 19 tahun berkahwin.




Inilah keluarga kami yang setelah 19 tahun berkahwin.


Kakak dan Kak Cik bergambar di perkarangan Kolam Hotel di Parapat.Kedua-dua mereka sangat gembira aktiviti percutian ini.



Bergambar di sekitar tempat penginapan kami di Parapat.Penginapannya sungguh menyeronokkan kerana di persisir Tasik dau Toba. Waktu malam tidak perlu pasang Air Cond kerana angin tasik yang sangat menyejukkan.



Bergambar dengan Tokoh Guru Kebangsaan 2009 Cikgu Sahul Hamid yang saya jumpa dalam perjalanan ke Pulau Amritsar dan Pulau Samosir Danau Toba. Tokoh Guru yang peramah dan banyak memberi perangsang tentang tugas guru yang sangat mulia di sisi agama.



Bergambar di jeti Pulau Samosir.Perjalanan dari Parapat lebih kurang 40 minit menaiki Feri Tasik Danau Toba sangat luasKadang-kadang ada ombak kecil.


Perjalanan yang jauh dan sampai juga ke air terjun Si Piso-Piso. Tak sempat mandi kerana kekurangan waktu. Masa itu kami dalam perjalanan ke Brastagi. Sempat juga shopping jacket dan T.Shirt yang murah di sini.

Bergambar berlatarbelakangkan gunung berapi di kawasan penginapan di Brastagi,dengan cuaca yang dingin sehingga ke tulang hitam Lihat permandangan di belakang Sulfur gunung berapi menyebabkan asap berkepul-kepul yang pernah meletus lebih kurang 50 tahun yang lampau.



Menaiki kereta kuda di tengah-tengah bandar Brastagi dengan harga 20,000 Rupiah lebih kurang RM 7.20 .Dengan cuaca yang sejuk di tanah tinggi yang sungguh nyaman. yang tak tahannya bau tahi kuda yang busuk.


Sunggguh meletihkan. Kami terlelap di Lapangan Terbang Polonia dalam persiapan balik ke Malaysia.
Walaupun perjalanan begitu meletihkan,saya rasa enjoy dan puas hati percutian pada kali ini. Anak-anak pun semuanya gembira. Tapi mereka dah bertanya, 'selepas bercuti di Medan ke mana pula kita selepas ini'. Saya pun menjawab..... doakan abah murah rezeki....kalau cukup budget kita boleh pergi ke Sabah atau Sarawak pula di tahun hadapan.

Read more...

Persiapan untuk Bercuti ke Medan Indonesia.

>> Saturday, December 12, 2009

Besok kami sekeluarga dijangka akan bercuti ke Medan Indonesia.Kami sekeluarga yakni saya,Cikgu Shimah,Haziq,Liyana,Wani dan Liya akan berlepas dari Air Port Bayan Lepas ke Polonia Medan. 14-17 Disember 2009.

Sebenarnya pada tahun ini saya dah letih bekerja,dan inilah masanya untuk melancong bersama anak-anak.

Macam-macam gelagat yang ditunjukkan oleh anak-anak. Terutamanya si Kering (Nur Afdhalia) yang tak habis-habis menyusun beg dan pakaiannya untuk dibawa bercuti nanti. Si Lebar (Nur Syazwani) biasa sahaja,Si Hitam Manis ( Nur Liyana) begitu bergembira. Abang (Haziq) saya mintak memandu kereta di tempat yang tak sibuk nanti ke Pulau Pinang.

Nanti saya upload gambar-gambar kami ke dalam blog..... Insyaallah.

Read more...

Sekitar Pendaftaran UPSI...............

Kad Pelajar Untuk mula melangkah sebagai pelajar Kedoktoran yang dijangkakan selama tiga tahun

Bergambar di Dewan SITC dapatkah aku menghabiskan pengajian ini dan berkonvokesyen di dewan yang penuh bersejarah ini dan bergelar Dr. Anuar.


Melengkapkan fail pelajar untuk dihantar ke Institut Pengajian Siswazah.


Persediaan untuk bacaan Ikrar Pelajar


Lagi sekitar hari pendaftaran.





Read more...

Pendaftaran PhD di UPSI besok.........

>> Friday, December 11, 2009

Besok 12 Disember 2009, saya dijangka akan mendaftar sebagai pelajar PhD di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi. Mahu tak mahu kena daftarlah juga. Hal ini adalah galakan daripada isteri saya Cikgu Rasimah yang tidak jemu-jemu memberi perangsang.

Read more...

NOTHERN REGION COLLOQUIUM FOR TUTORS/FACILITATORS

>> Sunday, December 6, 2009

Kolokium diadakan di Cinta Sayang Resort Sungai Petani Kedah melibatkan sebahagian daripada Tutor dari Perak,Kedah,Pulau Pinang dan Perlis.
Ucapan Perasmian oleh Prof Mansor Fadil Senior Vice Presiden OUM dengan penuh harapan agar tutor meningkatkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan.

Bergambar dengan kawan lama setelah lebih 20 tahun dahulu baru berjumpa semula En. Jaafar Mohamad Pensyarah Uitm Kampus Arau,Perlis.



Nyanyian Karoeke yang berbakat.Prof Mansor Fadhil. Dengan lagunya Hello-Hello Sayang yang dipopularkan oleh R. Azmi.




Pembentangan oleh penceramah,tentang hala tuju OUM




Prof Madya Dr. Widad Othman mempengerusikan dialog antara tutor Fakulti Bahasa dan Pendidikan merangkap Dekan. Bagi menyelesaikan permasalahan para tutor





Keadaan Traffic Jam di Tol Juru.
Kolokium telahpun tamat dengan jayanya.Maka semakin bertambahlah ilmu dan pengalaman sebagai Tutor di OUM yang saya ceburi lebih 3 tahun.





Read more...

Kolokium Tutor OUM di Resort Cinta Sayang Sungai Petani,Kedah

>> Thursday, December 3, 2009

5 dan 6 Disember saya dijadualkan menghadiri kolokium Tutor OUM. Petang semalam Pn.Zuraini (Zura) Senior Eksekutif menelefon semula dan memastikan saya hadir di kolokium tersebut. Kami dijangka menaiki bas dari OUM Perak Jln Lim Bo Seng Ipoh. Kalau dilihat penjadualannya adalah agak santai. Namun begitu,penceramahnya merupakan orang yang berpengalaman dan berwibawa, antaranya Prof Madya Dr. Widad Othman Dekan fakulti Pendidikan Dan Bahasa ,Prof Mansur Fadzil (Senior Vice Persident OUM), Prof Dr. Ahmad Hashem General Manager OUM,Prof Dr Shaari Abdul Hamid (Dekan fakulki Business and Management), dan tidak ketinggalan Pengarah OUM perak Dr Richard Ng.

Sesungguhnya, Kolokium ini adalah NOTHERN REGION COLLOQUIUM FOR TUTORS/FACILITATORS. bagi Negeri Perak,Pulau Pinang,Kedah dan Perlis.

Read more...

Mandi Hujan.........dan....sejuknya

>> Wednesday, December 2, 2009

Kak Chik dan Adik kesejukan.....haaaaaaa..

Kak Chik mandi pun sempat posing.....
Adik pun dah kesejukan


Aiiikkkkkk Abah pun joint sekali.......




Abah mandi le lagi.......



Adik masih belum puas mandi.






Read more...

Musim Buah-buahan di Kg.Bukit Chupak,Parit.

>> Saturday, November 28, 2009

Nur Afdhalia dan Shasha mengutip buah rambutan sambil berlabun....
Kak Chik dan Ika sepupu yang tak pernah lekang

Cikgu Shimah,Nur Liyana (Kakak) selepas menutuh dahan rambutan....



Buah rambutan yang lebat dan ranum


Wahhhh.......banyaknya rambutan.....




Cikgu Nuar nie macam rajin je.....
Musim buah-buahan ini,memang seronok,tetapi bila terlalu banyak makan rambutan,langsat,dan manggis,mulalah batuk dan sakit badan-badan. Apabila kami balik kampung sempat juga,mengambil buah-buahan tersebut,di kebun kepunyaan Cikgu Shimah
Hari Pertama,sedang Cikgu Shimah mengait buah manggis,dummmpppp sebiji betul-betul jatuh atas hidungnya. Sampai pening-pening sekejap. Saya pula,memanjat pokok rambutan keesokan harinya,gedebup jatuh macam nangka masak......sakit seluruh badan.Barulah saya sedar bahawa berat badan pun dah naik berkilo-kilo. Terpanjatkan dahan reput.





Read more...

Salam Aidil Adha

>> Thursday, November 26, 2009



Kepada semua kenalan disampaikan Salam Aidiladha. Semoga sentiasa ceria di sisi keluarga dan sahabat handai.

Read more...

Kuala Sepetang yang indah......

>> Saturday, November 21, 2009

Muzium Matang yang asalnya rumah Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim
Menjamu Selera di Gerai Mee Udang Mak Teh Kuala Sepetang.


Ummmmm sedapnya Mee Udang nie.!!!!!!!


Rumah Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim yang melakarkan sejarah di Daerah Larut.



Bergambar di Kubur Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim di perkarangan Kota Ngah Ibrahim yang di ubah dari Pusara Aman di Singapura yang dikebumikan semula mengikut adat istiadat pengebumian para pembesar.



Gajah yang bernama Si Larut,iaitu gajah yang berkubang lumpur yang bercampur bijih timah,yang menjadi titik tolak pengenalan perlombongan bijih timah di daerah Larut,apabila Long Jaafar,bapa kepada Ngah Ibrahim yang mengusahakan bijih timah.






Read more...

dalam dilemma...................

>> Friday, November 20, 2009




Semalam saya cuba melihat tawaran kemasukan untuk menyambung pengajian di UPSI peringkat PhD. Rupa-rupanya permohonan saya telah berjaya dan dikehendaki mendaftar pada 12 Disember 2009 nanti .Teringin juga mendapat gelaran Dr. Anuar.Setelah memikirkan tahun hadapan 2 orang anak saya akan mengambil peperiksaan besar iaitu Nur Liyana akan menduduki PMR dan Nur Syazwani akan menduduki peperiksaan UPSR. Rasa takut juga memikirkan masa hadapan mereka.Takut terabai.


Read more...

Tahniah dan Selamat Maju Jaya Nur Syazwani (Kak Cik).......

>> Wednesday, November 18, 2009


Tahniah dan Selamat Maju Jaya Nur Syazwani (Kak Chik) kerana mendapat kedudukan tempat yang Pertama (Nombor Satu) bagi pelajar tahun 5 S.K Dato Sagor Kg. Gajah.Pada hari anugerah kecemerlangan yang di rasmikan oleh Tn.Hj Mohd Nor Bin Hj. Zakariah,Timbalan PPD Perak Tengah di Dewan Millinium Kg. Gajah pada 17 November 2009. Di samping itu juga Kak Cik mendapat hadiah dan sijil pelajar terbaik bagi mata pelajaran Sains,Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
Abah dan Emak doakan agar Kak Cik mendapat kejayaan yang lebih besar lagi pada tahun hadapan dan UPSR akan menjelang pada tahun 2010 nanti. Selamat maju jaya Kak Chik..........

Read more...

Janda Tibah........

>> Wednesday, November 11, 2009

Sewaktu saya berumur lebih kurang 9 tahun, hampir setiap hari di sebelah petang saya mandi sungai. Disebabkan waktu itu ramai yang mandi sungai kerana bekalan air paip belum ada lagi,ramailah orang mandi sambil menyorak orang di sebelah tebing sini dan sana.

Saya teringat seorang perempuan yang bernama Janda Tibah, yang menjadi bualan mereka yang mandi sungai pada masa itu. Janda Tibah ini rupa-rupanya sudah menggilai seorang pakcik yang bernama Pak Ros. Pak Ros ini bekerja sebagai pengepam Pam Pasir Sungai. Oleh yang demikian setiap petanglah Janda Tibah ini berada di tebing sungai,bertentangan dengan Pam Pasir untuk melihat Pak Ros.

Mengambil air ke sungai pun memakai pakaian cantik dan bergincu (macam nak pergi tengok wayang) lagaknya. Sambil berkata "Aye (saya) nak jamban aye(saya) juge (juga)". Padahal dia nak menggamit Pak Ros.

Apa yang saya dengar selepas itu,Pak Ros telah memilih pasangannya sendiri. Tinggallah Janda Tibah seorang diri.

Semuanya ini,merupakan pemerhatian saya terhadap masyarakat sewaktu saya masih kecil. Namun begitu,disebabkan saya jarang sekali balik kampung,Janda Tibah saya dengar sudah lama meninggal dunia. Cuma Pak Ros saya ada jumpa di pekan sehari dan masih lagi sihat.

Read more...

Kenangan sewaktu kecil.......

>> Monday, November 9, 2009

Sewaktu saya berumur 8 tahun,hampir setiap petang saya membersihkan diri dengan mandi di sungai apabila selesai bermain bola di padang. Kalau tidak mandi awal dah tentu kena rotan belah empat oleh emak saya. Lepas mandi mesti baca buku,kalau tidak nahas.

Masa tu televisyen pun tak ada di rumah. Waktu malam gelap sahaja hanya menggunakan pelita minyak tanah. Emak sanggup tunggu buat kerja sekolah sambil menganyam tikar mengkuang. Bunyi anyamannya sungguh seronok ketik...ketik.... kadang-kadang saya tertidur dengan keasyikan itu.

Yang saya ingat, kakak saya selalu memasang siaran radio Singapura... yang bertajuk "Bangsawan di udara" yang memaparkan watak "Sang Hanuman" dan Seri Rama sebagai hero dan Siti Dewi sebagai heroin. Sungguh menarik sekali ceritanya.

Rupa-rupanya sewaktu saya menjadi Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia seorang pensyarah yang berasal dari negara Belanda ,Prof Madya Dr. G.L Koster yang begitu tersohor mengajar Hikayat Seri Rama yang begitu menarik sekali. Waktu itu barulah saya ingat cerita yang saya dengar sewaktu saya kecil dahulu.

Sesungguhnya emak saya sangat rajin berusaha untuk menambah pendapatan dengan menjual tikar mengkuang dengan corak yang berwarna-warni dengan menggunakan pencelup mengkuang. Yang kadang-kadang saya curi sedikit untuk merebuskan baju saya yang lama agar nampak cantik. Al-Fatihah untuk ibu saya yang tersayang........

Read more...

Tanam ikan dalam pasir.

>> Thursday, November 5, 2009



Sewaktu saya masih bersekolah dahulu, iaitu ketika berumur 15 tahun,saya sangat suka menangkap ikan dengan cara menjaring,memancing dan merawai. Kebetulan rumah kami berhampiran dengan sungai.Pandangan hidup dan aktiviti untuk mencari rezeki berkisar kepada hal-hal sungai.


Kadang-kadang ikan yang diperoleh dapat dijual untuk menampung perbelanjaan sekolah dan membeli buku-buku,maklum sajalah saya merupakan ulat buku.


Suatu hari, air sungai Perak semakin naik dengan cepat,saya waktu itu balik dari sekolah cepat-cepat mencari jaring. Saya memasang jaring di waktu petang. Pada malamnya saya dan bapa dibantu oleh emak saya terkejut apabila melihat banyak ikan tersangkut di jaring. Waktu malam itu kelihatan ikan sungai yang memutih dan mengelupur.


Kami mengutip ikan-ikan tersebut dan memikirkan bagaimana nak jual di waktu tengah malam ini. Disebabkan kami tidak ada peti ais,kami memikirkan bagaimana nak simpan ikan-ikan tersebut. Saya teringatkan seorang pakcik pernah menyatakan bahawa kalau nak simpan ikan boleh tanam dalam pasir dan pagi esoknya boleh korek pasir tersebut dan ikan akan nampak lebih segar.


Rupa-rupanya pagi esoknya semua ikan telah menjadi lembik dan tidak boleh dijual. Hampir satu guni.


Itulah akibatnya kalau kita suka dengar kata orang,belum tentu betulnya. Yang penting "try and error". Kalau betul ikan-ikan tu segar ditanam ke dalam pasir sudah tentu tak laku peti ais.

Read more...

Taman Alun-Alun Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

>> Friday, October 30, 2009

Sewaktu menjadi guru pelatih dahulu,setiap guru pelatih wajib memasuki mana-mana kelab sebagai aktiviti Gerko. Saya memilih kelab Kebun,kerana ungkapannya sangat menarik. Penasihat kelab tersebut ialah En. Baba Hamidun.

Antara aktiviti kelab ini ialah mencantikkan kawasan maktab dengan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni. Antara kawasan yang saya tanam pokok-pokok buanga ialah Taman Alun-alun yang terletak berhampiran pinggiran Desa iaitu di kawasan Quartes Pensyarah.

Disebabkan taman Alun-alun ini dah cantik,ia telah menjadi tempat couple-couple yang terdiri daripada guru-guru pelatih bercengkarama,di bawah bulan purnama........

Namun begitu, taman ini telah dibangunkan dengan surau maktab dan beberapa bangunan,maklum sajalah dah lebih 20 tahun saya keluar daripada menjadi guru pelatih..

Di sinilah seorang pensyarah bernama En. Miskin Bin Mohd Fakir yang sakit mental selalu berehat di waktu petang dengan memakai seluar pendek.

Read more...

Cameron Highland dengan udara yang nyaman......

>> Saturday, October 17, 2009

Sempadan Cameron Highland dan Perak
Begitu mengasyikkan bunga-bungaan yang begitu cantik


Sayur-sayuran juga ditanam


Banyak ke Cikgu Shimah beli bunga........


Bergambar berhampiran pokok epal




Singgah di kebun Teh Bharat





Bunga Orkid
Pagi 17 Okt (Sabtu) anak saya mengejutkan saya..... abah.... kami dah siap nak pergi Cameron Highland ni... Oooohhhhh ye nanti abah mandi.

Kami bertolak pada awal pagi. Kami pergi ikut jalan Simpang Pulai Ipoh. Jalan begitu lancar. Sempat singgah makan jagung rebus yang begitu manis. RM 3.00 setongkol.
Sampai ke Berincang sudah tengahari keadaan jalan penuh sesak. Sempat juga membeli belah sayuran dan buah-buahan. Ada seorang India berniaga jagung,Lu tak deepavali ke hari ini. Bang... saya nampak macam India tapi muslim..... Saya hari Raya Juga...... Ye ke entahle.....

Sampai di Tanah Rata kami makan bersama-sama hidangan yang dimasak oleh Cikgu Rasimah subuh tadi. Sempat juga berjumpa pelajar saya iaitu Cikgu Azhar Jamin yang sehingga kini masih belajar dengan saya di OUM Ipoh. Cikgu Azahar yang peramah dan sentiasa mengambil berat tetamu rupa-rupanya tinggal di Kuarters sekolah Tanah Rata.

Sempat juga beliau mengajak kami minum Teh di Pekan Tanah Rata. Seterusnya mengajak kami sekeluarga ke rumahnya. Ingatkan habis di situ sahaja. Selepas itu ajak kami ronda-ronda menaiki kereta EXORA nya. Banyak juga beliau bagi buah tangan.

Pukul 5.30 ptg kami harus cepat pulang dengan mengikuti jalan Cameron Tapah.Hujan turun dengan lebat dan harus berhati-hati turun ke Tapah. Tak jadi beli petai di tepi jalan yang dijual oleh orang Asli kerana mahal sangat. Encik nak ambillah 9.00 ringgit hariii nakkk malam dah..patutnya 11.00 ringgit sahaja..... Lebih kurang 10 papan sangat mahal.
Sempat sembahyang Maghrib di Tapah dan menjamu selera di Gerai. Sampai rumah pukul 9.00 malam.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP