Hahhhhhh......hahhhhhh...gelagat anak bongsu ku

>> Saturday, January 30, 2010


Pembahagian UPS S.K Dato'Sagor Kg. Gajah telah diagihkan. Perjumpaan kali pertama UPS telah diberitahu oleh Adik (Nurafdhalia) yang kini sedang berada di Tahun 3 Bestari.


Apabila pulang ke rumah,sambil termenung dia memberitahu saya begini " Abah betul ke kalau masuk Tunas Puteri kena hisap bisa...... hah.... ngerinya..... " saya pun tergelak terbahak.....bahak...... "hahhhhhhhh.......hah.........


Begitulah persepsi mereka terhadap mana-mana UPS yang disertainya.


Read more...

Perjalanan Ku Sejauh ini

>> Tuesday, January 26, 2010

Buku autobiografi SN Prof Emeritus Shahnon Ahmad ini saya baca berkali-kali. Beliau pernah mengajar saya sewaktu menjadi Mahasiswa di USM dahulu. Orangnya yang begitu sederhana dan Zuhud lebih senang dipanggil Cikgu Shahnon,walaupun sudah bergelar Prof Emeritus suatu gelaran yang tertinggi di sesebuah universiti. Banyak pengalaman hidupnya boleh dikongsi bersama.

Judul : Perjalanan Ku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi
Pengarang : Shahnon Ahmad"
Penglibatanku dalam politik ala Malaysia ini benar-benar menambahkan lagi makna perjalanan hidupku; malah waktu penglibatan dalam politik inilah aku mulai mengenal sebenarnya siapa kawan siapa lawan, siapa insan dan siapa separuh haiwan dan siapa sebenarnya manusia berlagak haiwan, siapa syaitan, siapa iblis dan siapa malaikat. Banyak masa untuk renungan dan tafakur yang kucurahkan sewaktu berada dalam jemaah politik ini dan bagaimana hasil dari renungan dan tafakur itu banyak kusimpan baik-baik dalam hati dan akalku."
Shahnon Ahmad Perjalananku Sejauh ini : Sebuah Autobiografi
Kandungan
1. Kata Merintis Jalan
2. Kampong Dulu Sejalan, Kampong Sekarang Menyimpang
3. Jalan Beronak Menuju Puncak
4. Perjalanan Daya Cipta Ku
5. Aktiviti Eceran Dalam Perjalanan
6. Perjalanan Seperguruan dengan "Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi"
7. Seiring Sejalan bersama Jema'ah Darul AI-Arqam***
8. Penglibatan Ku dalam Jema'ah PAS
9. Azabnya & Rahmatnya Myasthenia Gravis
10. Ber'Uzlah
11. Mahabbah
12. Kata Penutup Jalan
13. Lampiran: Biodata


Read more...

Terima Kasih OUM...

>> Saturday, January 23, 2010

Jumaat 22 Januari 2010 saya menghantar skrip pelajar OUM yang telah selesai disemak ke OUM Kuala Lumpur. Sempat juga menjengok kenalan yang bertugas di OUM KL. Seperti Syariza Isahak dan Nova Eriza di Fakulti Pendidikan.Namun begitu besok saya akan mula mengajar di OUM bagi semester Januari 2010.
Minggu lepas Eksekutif Kanan OUM menelefon saya dan mempelawa untuk mengajar bagi semester Januari 2010 ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada beliau kerana selalu mengambil berat tentang kebajikan Tutor macam saya ni.

Apabila saya semak nama pelajar pada senarai ramai yang sudah saya kenali. Ada rakan sekelas waktu bersekolah dahulu,rakan isteri di maktab dahulu dan isteri kawan pun ada.
Namun begitu kita haruslah profesional menghadapi situasi ini.
Sudah 4 tahun saya menjadi tenaga pengajar di OUM . Terima kasih OUM. Macam-macam tugas telah diberikan. Menjadi Penulis Modul, SME (Pakar Rujuk Kursus),penggubal soalan,menyemak skrip jawapan pelajar, Moderator Modul,Moderator Soalan Akhir.



Read more...

Kenangan manis di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

>> Wednesday, January 13, 2010

Bergambar dengan guru pelatih bersama-sama pensyarah maktab.Di tengah-tengah En. Che Miskin Bin Mohamad Fakir ( bapa pelakon Jehan Miskin dan Jimnas Faiznur Miskin) sebelah kirinya pensyarah bernama Pn.Fatimah Ibrahim pensyarah pengajian Melayu yang sangat cantik dan lawa pada masa itu .Pada masa tu sungguh indah dan gembira sebagai guru pelatih. Lihatlah riak kegembiraan yang terlukis di wajah masing-masing. Andai dapat kuundurkan putaran dunia alangkah gembiranya. Namun begitu di manakah rakan-rakan lama ini. Kalau ada tolong emailkan kepada saya.
Bergambar di tengah-tengah jambatan Pulau Pinang pada Mei 1985. Waktu itu,saya berada di tahun dua sebagai Guru Pelatih. kami berjalan kaki dari maktab ke jambatan tersebut. Masa tu tak terasa berjalan beramai-ramai. Saya rasa beruntung kerana dapat melihat proses jambatan Pulau Pinang dibina.





Read more...

Cerita Ali Setan...

>> Friday, January 8, 2010

Minggu lepas saya membelek-belek cd lama di rak cd,saya terlihat cd Ali Setan. Saya menghabiskan masa selama dua jam lebih menonton cerita Ali Setan. Pada zaman ini tidak banyak cerita seperti ini dikeluarkan.Sebenarnya banyak mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah filemnya Tan Sri Jins Shamsuddin.

Walaupun ada unsur percintaan tetapi pelajaran tidak diabaikan. Akhirnya mereka menjadi orang yang berjaya. Berbanding dengan pelajar pada masa kini yang banyak bercinta tetapi pelajaran diabaikan.

Melalui cerita Ali Setan lah menyebabkan saya jatuh cinta kepada USM (Universiti Sains Malaysia) sehinggakan saya jadi Mahasitua di sana.

Melalui cerita Ali Setanlah menyebabkan Prof Abdullah Hassan http://semanggol.com yang memegang watak Dekan menjadi idola saya dan akhirnya menjadi pensyarah saya di UPSI.

Sebenarnya dunia sudah berubah.........



video

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP