Cuti sekolah telah berakhir......Selamat tinggal 2009...

>> Thursday, December 31, 2009

Cepat benar masa berlalu, hari ini tahun 2010 telah menjelang tiba. Ini bermakna Isnin ini sekolah akan dibuka. Banyak kerja-kerja sudah menanti. Disebabkan kesibukan beberapa kerja sewaktu cuti sekolah menyebabkan cuti ini rasa singkat.

Namun begitu,sesibuk mana pun saya waktu cuti dulu, saya sempat membawa anak-anak bercuti ke beberapa tempat. Hal ini telah menjadi tradisi keluarga kami. Bak kata perpatah Melayu "Jauh Perjalanan Luas Pemandangan."

Sebenarnya kerja tak habis-habis, pertengahan bulan ini saya mula menyemak skrip pelajar OUM lebih kurang 10 hari. Beberapa hari lalu pihak OUM Kuala Lumpur arahkan saya ambil skrip tersebut. Mudah-mudahan Semester Januari 2010 ini saya dapat mengajar semula di OUM.

Awal tahun ini akan diadakan sukan tahunan sekolah lepas tu Ragbi bawah 18 tahun dan bahas ala Parlimen peringkat sekolah,daerah dan Negeri. Bukan senang jadi hakim bahas ala parlimen kerana sebagai hakim kenalah telus tidak bias.


Januari ini juga Kakak (Nur Liyana) masuk semula ke MRSM dan Abang (Haziq) akan mendaftar sebagai pelajar Politeknik Ungku Umar Ipoh. Saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana kelengkapan persekolahan mereka sudah dibeli.Walaupun wang RM 500.00 bonos masih tidak mencukupi untuk 4 orang anak yang kesemuanya masih bersekolah. Inilah dinamakan berkat menyimpan sedikit wang sebagai simpanan.

Suasana nanti dijangka menjadi lengang dan gelak ketawa dan lawak jenaka mereka tidak kedengaran.Kak Chik ( Nur Syazwani) dijangka sibuk ke kelas tuisyen dan Adik ( Nur Afdhalia) sibuk juga dengan tuisyen Smart Reader yang amat diminatinya.
Begitulah hakikatnya suatu hari nanti semua anak sudah dewasa mungkin kami tinggal dua orang sahaja di rumah. Semakin lengang dan sunyi.

3 comments:

Nazeri Harun January 1, 2010 at 9:06 AM  

He..he.. bergelut lagilah kita dgn 1001 peristiwa di sekolah utk 2010. Semoga semuanya membawa 1001 makna dalam kehidupan kita dan anak didik kita...

Aidil Fadzil January 2, 2010 at 6:29 PM  

Salam, bertuah punya anak-anak yang berjaya. Berkat jua kita mengajar anak-anak orang lain dengan ikhlas. Tahniah. salam 2010.

white rose January 3, 2010 at 7:51 AM  

rezqi Allah...ayah yg soleh, insya'Allah dibekalkan anak2 yg soleh juga...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP