Tanam ikan dalam pasir.

>> Thursday, November 5, 2009



Sewaktu saya masih bersekolah dahulu, iaitu ketika berumur 15 tahun,saya sangat suka menangkap ikan dengan cara menjaring,memancing dan merawai. Kebetulan rumah kami berhampiran dengan sungai.Pandangan hidup dan aktiviti untuk mencari rezeki berkisar kepada hal-hal sungai.


Kadang-kadang ikan yang diperoleh dapat dijual untuk menampung perbelanjaan sekolah dan membeli buku-buku,maklum sajalah saya merupakan ulat buku.


Suatu hari, air sungai Perak semakin naik dengan cepat,saya waktu itu balik dari sekolah cepat-cepat mencari jaring. Saya memasang jaring di waktu petang. Pada malamnya saya dan bapa dibantu oleh emak saya terkejut apabila melihat banyak ikan tersangkut di jaring. Waktu malam itu kelihatan ikan sungai yang memutih dan mengelupur.


Kami mengutip ikan-ikan tersebut dan memikirkan bagaimana nak jual di waktu tengah malam ini. Disebabkan kami tidak ada peti ais,kami memikirkan bagaimana nak simpan ikan-ikan tersebut. Saya teringatkan seorang pakcik pernah menyatakan bahawa kalau nak simpan ikan boleh tanam dalam pasir dan pagi esoknya boleh korek pasir tersebut dan ikan akan nampak lebih segar.


Rupa-rupanya pagi esoknya semua ikan telah menjadi lembik dan tidak boleh dijual. Hampir satu guni.


Itulah akibatnya kalau kita suka dengar kata orang,belum tentu betulnya. Yang penting "try and error". Kalau betul ikan-ikan tu segar ditanam ke dalam pasir sudah tentu tak laku peti ais.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP