Kenangan sewaktu kecil.......

>> Monday, November 9, 2009

Sewaktu saya berumur 8 tahun,hampir setiap petang saya membersihkan diri dengan mandi di sungai apabila selesai bermain bola di padang. Kalau tidak mandi awal dah tentu kena rotan belah empat oleh emak saya. Lepas mandi mesti baca buku,kalau tidak nahas.

Masa tu televisyen pun tak ada di rumah. Waktu malam gelap sahaja hanya menggunakan pelita minyak tanah. Emak sanggup tunggu buat kerja sekolah sambil menganyam tikar mengkuang. Bunyi anyamannya sungguh seronok ketik...ketik.... kadang-kadang saya tertidur dengan keasyikan itu.

Yang saya ingat, kakak saya selalu memasang siaran radio Singapura... yang bertajuk "Bangsawan di udara" yang memaparkan watak "Sang Hanuman" dan Seri Rama sebagai hero dan Siti Dewi sebagai heroin. Sungguh menarik sekali ceritanya.

Rupa-rupanya sewaktu saya menjadi Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia seorang pensyarah yang berasal dari negara Belanda ,Prof Madya Dr. G.L Koster yang begitu tersohor mengajar Hikayat Seri Rama yang begitu menarik sekali. Waktu itu barulah saya ingat cerita yang saya dengar sewaktu saya kecil dahulu.

Sesungguhnya emak saya sangat rajin berusaha untuk menambah pendapatan dengan menjual tikar mengkuang dengan corak yang berwarna-warni dengan menggunakan pencelup mengkuang. Yang kadang-kadang saya curi sedikit untuk merebuskan baju saya yang lama agar nampak cantik. Al-Fatihah untuk ibu saya yang tersayang........

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP