Musim Buah-buahan di Kg.Bukit Chupak,Parit.
>> Saturday, November 28, 2009




Buah rambutan yang lebat dan ranum

Musim buah-buahan ini,memang seronok,tetapi bila terlalu banyak makan rambutan,langsat,dan manggis,mulalah batuk dan sakit badan-badan. Apabila kami balik kampung sempat juga,mengambil buah-buahan tersebut,di kebun kepunyaan Cikgu Shimah
Hari Pertama,sedang Cikgu Shimah mengait buah manggis,dummmpppp sebiji betul-betul jatuh atas hidungnya. Sampai pening-pening sekejap. Saya pula,memanjat pokok rambutan keesokan harinya,gedebup jatuh macam nangka masak......sakit seluruh badan.Barulah saya sedar bahawa berat badan pun dah naik berkilo-kilo. Terpanjatkan dahan reput.
4 comments:
gedebup jatuh tu bukan ngapa......trapi asyik teringat nak sambung belajor ke idak..dah buat sembahyang istiqarah?harap teruskan usaha cikgu...insyaallah..pas ni..anak murid akan panggil Dr. la pulak...Dr.Anuar Puteh Harun.. Hebat tu!!!!
kalau dah banyak buah2 kayu tu..antor le kuale sikit...
hakhak...ni lee kojhe cuti2 sekolah...
Assalammualikum En. Anuar,
kalau boleh, tunjukkan gambar gedebupnya jatuh nangka yang masak tu. Saya cuma nampak kaki dan tangan en. Anuar yang luka dan lebam setelah berkunjung ke rumah en. Anuar.
daripada ; azahar adnan
Post a Comment