Lega.....................

>> Tuesday, September 8, 2009

Dah lama benar tak up-date blog. Minggu lepas sangat sibuk dengan tugas seharian. 4 Sept (jumaat) saya bergegas selepas waktu sekolah ke OUM Kuala Lumpur dan balik pada hari itu juga. Banyak juga skrip pelajar OUM yang nak diperiksa. Alhamdulillah semuanya dah siap,pada hari ini. Lega juga rasanya.

Petang tadi sempat ke UNIKL MIMET cawangan Manjung untuk sahkan soalan peperiksaan akhir pelajar di hadapan Head of Section General Studies.

Jumaat ini 11 Sept kena hantar skrip yang disemak ke OUM KL (balik hari).

Ahad lepas sempat juga beli baju raya anak-anak di Ipoh. (pakai kad hutang) dapat gaji baru bayar.
Begitulah tugas harian yang sibuk memanjang..............

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP