Berita dari Sahabat Lama.........

>> Friday, September 11, 2009

Isnin lepas sempena cuti hari Nuzul Quran satu deringan telefon saya angkat jam 8.00 pagi.

Dia merupakan sahabat lama sewaktu saya sama-sama belajar di USM Penang dulu. Cikgu Darusman yang kini mengajar di SMK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan.



Sahabat saya ini banyak mendewasakan saya. banyak perkara kami bualkan di dalam telefon.Dari kisah-kisah lama sehinggalah di manakah kawan-kawan seperjuangan dahulu.

Saya masih ingat sewaktu di tahun akhir di kampus,kami baru balik dari pekan Gelugor,cadangnya nak lepak-lepak sahaja di bulan ramadhan di cafe, dia dengan bersahaja nak pergi sembahyang Tarawikh di masjid kampus. Saya rasa segan dan turut ikut bersama-sama bersembahyang Tarawikh.

Yang lucunya kami ada sistem panggilan sendiri untuk pengenalan. "Kwame Nkrumah".Nama ini merupakan nama salah seorang bekas Presiden Ghana suatu masa dahulu. Hal ini adalah kerana waktu itu kami mengambil kursus Sains Politik yang ada memuatkan nama tersebut.Sebab susah sangat nak sebutkan dan selalu tersasul. Sampai sekarang ia merupakan Bench Mark bagi kami.

Sebenarnya banyak peristiwa yang melucukan yang tak dapat saya ceritakan dalam waktu yang singkat ini...... sebab dah letih bertarawikh......

Bersambung.........

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP