Suasana Hari Raya semakin Hangat.....

>> Monday, September 14, 2009

Suasana Hari Raya Aidul Fitri semakin hangat. Di samping membeli baju untuk anak-anak,saya juga teringat nak beli baju Melayu. Sebelum bercadang nak beli, rupa-rupanya ada 3 pasang baju Melayu yang lama. Ehhhh......masih elok lagi.....

Tak jadi beli...nanti membazir pulak....

Ahad lepas saya berbuka puasa di rumah emak mertua.....nak buat lemang ke Hari raya nie....
saya setuju nak buat segantang sahaja. Buluh lemang memang ada di belakang rumah.... buluh kepunyaan tanah isteri saya Cikgu Rasimah.

Sempat juga mintak emak Mertua buatkan Kuih Goyang..... Hai untunglah ada emak Mertua.

Besok hari Rabu kuih raya yang ditempah dah sampai....kena ambil di Setiawan.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP