Kisah Sampan Karam.............

>> Thursday, July 2, 2009

Kisah ini berlaku pada tahun 1989 sewaktu saya bertukar ke S.K Tok Pelita Pasir Salak. Guru Besar telah memberi tanggung jawab kepada saya mengetuai pasukan Pengakap sekolah. Sekolah dijemput membawa pasukan pengakap berkhemah di Pulau Semarak di Kg.Gajah. Disebabkan Pakcik Albi (tukang Kebun Sekolah) mempunyai sampan berinjin yang ditugaskan membawa beberapa orang guru yang tinggal di Kg Gajah menawarkan diri untuk membawa pelajar ke Pulau Semarak,pelbagai kelengkapan telah disediakan untuk dibawa ke tapak perkhemahan.

Lebih kurang 10 orang pelajar lelaki membawa barang ke dalam sampan (sampan beratap) barangan tersebut termasuklah, beras,sardin,buku teks sekolah,buluh.

Tiba-tiba..................cikgu Nuar sampan kita karam.... Saya sedang berada di bilik guru tersentak dan berlari ketepi sungai. Bila saya lihat sampan bagi mengangkut barang-barang tadi, telah karam di tepi sungai. Nasib baiklah karam di tepi sungai,semua pelajar boleh berenang ke tepi.

Perkhemahan tetap diteruskan..... Di malam persembahan S.K Tok Pelita mendapat Johan malam persembahan tersebut. Antara pelajar yang saya ingat ialah Hasbullah Pitut, Nizam ....dah lupa dah...... Itulah kenangan manis di S.K Tok Pelita.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP