Kawan Lama di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

>> Saturday, July 11, 2009

Gambar ini diambil pada tahun 1985 di persisiran Jabatan Laut Pulau Pinang. Dari kiri Azmi,saya,Johari (Guru Besar) ,Zakaria dan Kamal Mat.



Hari ini Sabtu 11 Julai 2009 saya berkira-kira untuk shopping baju anak-anak ke Nagoya Green Town Mall. Saya membuat persediaan awal membeli kain-kain untuk anak-anak agar tukang jahit dapat menerima tempahan yang akan dijahit.


Saya kebetulan terserempak dengan seorang kawan lama yang bersama-sama menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Persekutuan yang bernama Johari Bin Sidek pada tahun 1984-1986.Beliau sekarang telah menjadi Guru Besar sebuah sekolah di Daerah Batang Padang. Tahniah diucapkan.Macam-macam kenangan silam diceritakan semula. Begitu juga beliau telah menceritakan ramai kawan-kawan lain yang telah berjaya di dunia pendidikan. Antaranya saudara Zahari, Saudara Amran Ghani (menjadi ketua unit peperiksaan di JPN Kelantan),Riduan Mansor Langkawi (Wan Pulau). Saya sempat menelefon Saudara Zahari dan Saudara Riduan Mansor pada petang itu juga.Cuma sahabat baik saya Saudara Kamal Mat tidak dapat dikesan.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP