Pengalaman awal menjadi Guru Pelatih.

>> Wednesday, July 15, 2009


Apabila posmen menghantar surat yang tertera perkataan Bahagian Pendidikan Guru pada 9 Januari 1984 merupakan saat yang paling mengembirakan. Hanya tuhan sahaja yang tahu. "tarikh daftar, 14 Februari 1984 di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang,Bukit Coombee,Gelugor Pulau Pinang.Segala-galanya menarik lebih-lebih lagi tentang perkataan Coombee. Perkataan Coombee sudah biasa saya dengar dan lihat dalam filem 'Ibu Mertuaku". (Rupa-rupanya perkataan Coombee merupakan seorang anak mami yang cantik..... )

Sebelum mendaftarkan diri seperti tarikh yang ditetapkan,pihak maktab telah membekalkan waran tiket keretapi dari Ipoh ke Butterworth selepas tu saya mencari jeti untuk menaiki feri. Yang lucunya saya tak berani nak naik feri pada masa itu kerana puas saya menunggu nama feri yang tertulis PULAU PINANG , yang saya lihat PULAU TUBA,PULAU TIOMAN,PULAU PERHENTIAN DAN PULAU PANGKOR sehinggakan saya bertanya kepada seorang Nyonya Tua macam mana saya nak dapatkan feri yang ditulis Pulau Pinang.Nyonya Tua itu ketawa berdekah-dekah, Aiya.... ini feri lu boleh naik mana-mana lu suka...... semuanya sampai ke Jeti pulau la..........dan akhirnya saya ketawa bersendirian. Setelah saya sampai ke seberang saya lihat bas yang tertulis bas maktab telah menunggu di jeti sebelah Pulau Pinang.

Sebenarnya tinggal di asrama merupakan satu pengalaman baru dalam hidup saya. Begitu juga makan di dewan makan segala-galanya enak. Di puncak Bukit Coombee di dalam kawasan Maktab berbalam-balam saya lihat bangunan KOMTAR berdiri megah sehingga ke hari ini menjadi saksi kegemilangan hidup saya sewaktu menjadi guru pelatih selama 3 tahun.

Bersambung.........................

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP