Pesta Penang yang melucukan.(Sahabat dari Perlis)

>> Friday, July 3, 2009

Tahun 1999 sewaktu menjadi pelajar Masters di USM ada seorang sahabat yang berasal dari Perlis. Pada hujung minggu sabtu dan Ahad kami berulang alik ke USM untuk menghadiri Kuliah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

Nama sahabat saya nie Chek Nan pada masa tu dah berumur lebih kurang 45 tahun berbanding dengan umur saya 34 tahun pada masa tu. Chek Nan ini suka sangat pergi ke Pesta Penang di Tapak Pesta Sungai Nibong.

Suatu malam dia mengajak saya ke Pesta Penang,katanya dah lama tak naik buaian pusing (eye of Malaysia le Konon) sebab pada petang tu kami terpaksa bentangkan finding tesis kami. Katanya nak release tension.

"Anuar aku nak mintak RM 10.00 nak naik Top Gun dan dah ubah fikiran nak naik Top Gun juga ,sebab duit tak cukup."katanya. Ehhh Chek Nan bolehkah naik Top Gun tu nanti pening,ke pitam ke..... Takkkk....takkkkk. Mahu tak mahu aku hulurkan RM 10.00.

Dia bergegas membeli tiket dan naik Top Gun . Pada masa tu saya tunggu sahaja kat bawah...
Apabila habis pusingan Top Gun..Saya lihat Chek Nan berjalan terhoyong hayang...dia kata pening kepala...(saya tak percaya pada masa tu..)

Saya akhirnya terus memapah Chek Nan untuk pulang dengan mengambil sebuah kereta prebet sapu Cina untuk pulang ke kampus.

Sampai sahaja ke Desasiswa Permai (Hilton) Chek Nan Muntah melambak-lambak.Sampai Cina tu heran orang nie macam mabuk,,, tapi tak ada bau minuman keras... Aiya...nasib baik tak muntah dalam kereta......

Begitulah cerita Chek Nan.....sahabat dari Perlis.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP