Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 22.
>> Sunday, November 11, 2012
10 November 1990 kami melangsungkan perkahwinan. hari yang sungguh berbahagia ini tidak dapat dilupakan,apabila kami berkenalan selama setahun. Seterusnya bertunag selama setahun dan pada tarikh itu kami melangsungkan hari perkahwinan. Rasa sekejap benar tempoh masa yang amat membahagiakan. Banyak peristiwa pahit dan manis terpahat di dalam lipatan sejarah perkongsian hidup kami,yang membuatkan kami lebih dewasa.
Majlis Graduasi Kakak di MRSM Pasir Salak
>> Thursday, October 25, 2012
Kepadamu Kekasih (Kasih yang kekal abadi TerhadapNya)
>> Friday, October 12, 2012
Lagu yang penuh dengan kesedaran/adakah segala dosa kita diampunkan. Semoga segala kesalahan kita diampunkan dengan sifat Ar Rahim Alllah Subhanataala. Amin.
I Will Always Love You
>> Thursday, October 4, 2012
Lyrics of I Will Always Love You
I Will Always Love You – Regine Velasquez & Jackie
Cheung
Just a gentle whisper
Tell me that you called
Even only in
memories
Where did we go wrong
Couldn’t find the words then
So, let me
say it now
I’m still in love with you
Tell me that you love me
Tell me that you care
Tell me that you need
me
And I’ll be there
I’ll be there waiting
I would always love you
I would always stay true
There’s no one who
loves you like I do
Come to me now
I will never leave you
I will stay
here with you
Through the good and bad
I will stand true
I’m in love
with you
Now were here together
Yesterday has past
Life is just
beginning
Close to you at last
And I promise to you
I would always be
there
I give my all to you
Living life without you
Is more than I can bear
Hold me close
forever
I’ll be there for you
I would always love you
I would always stay true
There’s no one who
loves you like I do
This I promise
I will never leave you
I will stay
here with you
Through the good and bad
I will stand true
Hold me
closer
Our love is forever
Holding us together
Nothing in this world can stop
us now
Love has found
Love has found, our way
I’m in love
I’m in
love
I’m so in love
Listen to Songs: http://videokeman.com/regine-velasquez/i-will-always-love-you/#ixzz28OhmJgb1
Majlis Mohon restu/sembahyang hajat dan bacaan yassin MRSM Pasir Salak.
>> Monday, October 1, 2012
Semakin hari semakin hampir SPM Kakak......
>> Thursday, September 27, 2012
Hari ini cuma tinggal 39 hari SPM akan bermula. Abah dan emak agak risau kerana semakin hari semakin hampir SPM. Hari sabtu ini 29 September 2012 akan diadakan Majlis Restu,sembahyang hajat dan bacaan Surah Yassin di sekolah kakak. Minggu lepas Kakak ada menelefon abah tentang temuduga Skim Pelajar Cemerlang MRSM. Kakak kata abah dan emak doakanlah kejayaan kakak. Insyallah kalau kita berdoa Allah akan mendengar hajat kita. Sesungguhnya cita-cita nak jadi peguam bukanlah mudah. Tapi semuanya itu qada dan qadar Allah.
Kakak adalah anak yang baik dan mendengar kata. Semoga sikap kakak ini mempermudahkan cita-cita kakak suatu hari nanti. Selamat maju jaya Kakak............................... Read more...
Mantera Orang Melayu Dahulukala
>> Sunday, September 16, 2012
Sedang berehat-rehat di halaman rumah,saya teringat seorang pensyarah saya bernama Prof Dr Haron Daud ,sewaktu menjadi Mahasiswa di USM Pulau Pinang yang pernah mengajar saya untuk menyiapkan tesis Masters. Kebetulan beliau merupakan penyelia tesis saya. Sifatnya yang peramah dan mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang akademiknya,saya banyak bersembang dan berbincang dengannya terutamanya topik penulisan tesis. Tesis Phd beliau sememangnya menjurus kepada mentera.pelbagai pengalaman telah diceritakan dalam proses menyiapkan tesis Phd beliau bertajuk "Mantera Melayu analisis pemikiran."
Read more...
Kenangan Terindah di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang 1984-1986
>> Wednesday, August 15, 2012
Kenangan sewaktu ketika dahulu menjadi Mahasiswa di USM Pulau Pinang....
>> Tuesday, August 14, 2012
Bulan Ramadhan hampir sampai penghujungnya. Kadang-kadang kenangan lama berbalam-balam menggamit memori sewaktu menjadi Mahasiswa di USM di tahun akhir. Waktu itu melanjutkan pelajaran di tahun akhir saya hanya dapat separuh gaji sahaja. Tolak sana tolak sini adalah sedikit baki wang bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Maklumlah masa tu dah ada dua orang anak yang kedua-duanya masih menyusu. Di bulan Ramadhan ini kenangan ini menjelma dan situasi ini ditunggu-tunggukan. Kami akan berbuka puasa di masjid-masjid di sekitar Pulau Pinang terutamanya di kawasan Gelugor mahupun di Masjid Negeri Pulau Pinang. Untuk menjimatkan belanja selama sebulan. Syukur juga rezeki melimpah ruah pada waktu itu.
Rupa-rupanya kelangsungan ini saya gunakan sewaktu menjadi pensyarah sambilan di UNIKL MIMET Manjung,Perak. Bagi keselesaan saya akan berbuka puasa di mana-mana masjid sebelum masuk waktu mengajar pukul 8.00 malam.
Saya menggalakkan pelajar saya agar berbuka di mana-mana masjid untuk berjimat cermat di samping menjalankan ibadah puasa. Perkara yang melucukan ialah mana-mana saya berbuka di masjid kawasan Manjung ada saja pelajar saya. " Encik Anuar berbuka di sini" sambil mereka tertawa.
Terima kasih OUM Kuala Lumpur....
>> Wednesday, August 8, 2012
Terima kasih OUM Kuala Lumpur kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi pemeriksa kertas untuk semester Mei 2012. Insyallah lepas raya ini saya akan ambil mengikut jadual yang telah ditetapkan. terima kasih juga kepada En Raihan yang sudi mempelawa saya.
Ini bermakna lepas raya ini semakin sibuklah rutin tugasan saya. Lepas tu murid yang akan ambil SPM pulak akan menghadapi Percubaan SPM yang sudah tentu wajib diambil perhatian yang sewajarnya. Anak saya pun macam tu jugak akan menghadapi percubaan SPM di MRSM Pasir Salak.
Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah
>> Saturday, August 4, 2012
Sudah-sudah cukup sudah daripada batin terseksa,biar aku pergi saja
Tahniah kepada Isteriku......................
>> Tuesday, July 31, 2012
Tahniah diucapkan kepada isteri tersayang Cikgu Rasimah Bt Shaari kerana bertugas di tempat baru dan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Ko-Kurukulum di SK Chenderong Kelubi. Walaupun bertugas ditempat baru diharapkan semangat sebagai pendidik harus dikekalkan. Apa-apa pun abang ucapkan selamat bertugas di tempat baru dengan penuh dedikasi. Read more...
Semakin Hari semakin mengganggu fikiran......
>> Saturday, July 28, 2012
Minggu lepas syukur kehadrat Allah Swt kerana surat kenaikan Gred 48 Pegawai Perkidmatan Pelajaran selamat sampai. Rasa syukur tidak terhingga. menghantui fikiran kerana permohonan untuk menjadi Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti diambang realiti. Saya tertanya-tanya betulkah saya akan diletakkan di JNJK di Pulau Pinang yang telah menjadi tempat yang penuh nostalgia. Di sinilah saya menuntut ilmu begitu lama dengan USMnya/Maktab Perguruan Persekutuannya.
Satu lagi yang menghantui fikiran saya adakah situasi yang berbeda sebagai guru terus bertukar sebagai Nazir. Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini saya berdoa agar langkah yang saya ambil ini tidak salah/kerana menjadi Nazir merupakan niat yang saya pendam sejak sekian lama. Saya juga berpegang teguh kepada rezeki dan Qada dan Qadar Allah.
Alhamdulilah dapat naik Gred Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 48
>> Thursday, July 5, 2012
Ucapan tahniah daripada Prof Widad Dekan Fakulti Bahasa dan Pendidikan
>> Wednesday, May 30, 2012
Terima kasih kepada Prof Widad kerana memberikan penghargaan terhadap usaha yang telah kami lakukan mengendalikan bengkel HBEF 2703. Sumbangan saya yang tak seberapa itu sangat-sangat saya hargai. Read more...
Taklimat HBEF 2703 EPIC di OUM Lim Bo Seng Ipoh.
>> Tuesday, May 29, 2012
Hari ini pagi-pagi lagi dah ke Ipoh untuk memberi taklimat di OUM Ipoh. Semuanya berjalan lancar dan terima kasih kepada Dr. Tina Lim Timbalan Pengarah OUM dan Puan Zuraini Eksekutif Kanan OUM kerana dapat mengendalikan taklimat ini.
Selamat hari Jadi Isteriku
>> Sunday, May 27, 2012
Selamat Hari Jadi buat isteriku Cikgu Rasimah Binti Shaari pada 27 Mei 2012. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur,sihat tubuh badan di samping kita mendidik anak-anak dan anak bangsa. Sebenarnya semalam abang hampir terlupa tarikh hari jadi tersebut. Minggu ini abang sibuk dengan tugas. Hari Rabu abang ke Institut Aminuddin Baki Genting Highlands,hari Khamis abang ada temuduga di Ipoh untuk jawatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.harap Imah doakan cita-cita abang nak jadi Nazir yang telah menjadi cita-cita abang selama ini. Hari Ahad pulak abang mengajar di Open University Ipoh sebanyak 3 slot. Abang tersedar dah tengahari baru ingat 27 Mei merupakan hari jadi insan tersayang.
Namun abang tidak melupakan begitu sahaja hari jadi Imah. Abang bergegas membelikan kek harijadi untuk meraikannya bersama keempat-empat anak kita, Selamat hari jadi buat isteriku ke 46 tahun...........
Read more...
Forum Connecting Tutor OUM di PPW Seberang Jaya Penang
>> Thursday, May 3, 2012
Selamat Hari Jadi Puteriku Nur Liyana Anuar ke-17
>> Saturday, April 14, 2012
Anakanda harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang dicitakan. Jangan lupa perintah Allah dan selalu berdoa. Usaha yang bersungguh-sungguh amat penting tanpa mengira jemu. Read more...
Sangam-Filem Hindi yang tersohor.
>> Saturday, February 25, 2012
Filem ini telah ditayangkan pihak TV3 jam 2.00-5.18 pm pada 25 Februari (Sabtu). Saya tidak melepaskan peluang menonton filem ini.
Filem Sangam yang begitu popular dicipta pada tahun 1964. Pada masa itu saya pun belum lahir lagi. Tetapi pada awal 70-an saya biasa dengar tajuk filem ini. Filem ini telah di;lakonkan oleh Raj Kapoor,Rajendra Kumar,Vyjayanthimala,Iftekhar,Raj Mehra,Nana Palsikar,Lalita Pawar,Achala Sachdev,Hari Shivdasani.
Kisah percintaan tiga segi diantara Suresh,Gopal dan Radha yang menyayat hati.Tema cerita ini adalah pengorbanan. Sesungguhnya masih adakah filem yang setanding dengan filem sanggam ini. Read more...