Selamat hari Jadi Isteriku

>> Sunday, May 27, 2012


Selamat Hari Jadi buat isteriku  Cikgu Rasimah Binti Shaari pada 27 Mei 2012. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur,sihat tubuh badan di samping kita mendidik anak-anak dan anak bangsa. Sebenarnya semalam abang hampir terlupa tarikh hari jadi tersebut. Minggu ini abang sibuk dengan tugas. Hari Rabu abang ke Institut Aminuddin Baki Genting Highlands,hari Khamis abang ada temuduga di Ipoh untuk jawatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.harap Imah  doakan cita-cita abang nak jadi Nazir yang telah menjadi cita-cita abang selama ini. Hari Ahad pulak abang mengajar di Open University Ipoh sebanyak 3 slot. Abang tersedar dah tengahari  baru ingat 27 Mei merupakan hari jadi insan tersayang.
Namun abang tidak melupakan begitu sahaja hari jadi Imah. Abang bergegas membelikan kek harijadi untuk meraikannya bersama keempat-empat anak kita, Selamat hari jadi buat isteriku ke 46 tahun...........

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP