Kenangan sewaktu ketika dahulu menjadi Mahasiswa di USM Pulau Pinang....

>> Tuesday, August 14, 2012

Bulan Ramadhan hampir sampai penghujungnya. Kadang-kadang kenangan lama berbalam-balam menggamit memori sewaktu menjadi Mahasiswa di USM di tahun akhir. Waktu itu melanjutkan pelajaran di tahun akhir saya hanya dapat separuh gaji sahaja. Tolak sana tolak sini adalah sedikit baki wang bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Maklumlah  masa tu dah ada dua orang anak yang kedua-duanya masih menyusu. Di bulan Ramadhan ini kenangan ini menjelma dan situasi ini ditunggu-tunggukan. Kami akan berbuka puasa di masjid-masjid di sekitar  Pulau Pinang terutamanya di kawasan Gelugor mahupun di Masjid Negeri Pulau Pinang. Untuk menjimatkan belanja selama sebulan. Syukur juga rezeki melimpah ruah pada waktu itu.

Rupa-rupanya kelangsungan ini saya gunakan sewaktu menjadi pensyarah sambilan di UNIKL MIMET Manjung,Perak. Bagi keselesaan saya akan berbuka puasa di mana-mana masjid sebelum masuk waktu mengajar pukul 8.00 malam.

Saya menggalakkan pelajar saya agar berbuka di mana-mana masjid untuk berjimat cermat di samping menjalankan ibadah puasa. Perkara yang melucukan ialah mana-mana saya berbuka di masjid kawasan Manjung ada saja pelajar saya. " Encik Anuar berbuka di sini" sambil mereka tertawa.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP