Majlis Graduasi Kakak di MRSM Pasir Salak

>> Thursday, October 25, 2012

 
Majlis Graduasi MRSM Kakak.Abah mengucapkan tahniah kepada Kakak kerana selamat bergraduasi.Perkara yang amat penting adalah Peperiksaan SPM yang sebenar yang akan bermula pada 5 Noember ini. Abah berdoa kehadrat Allah Azzawajalla agar Kakak dapat menjawab dengan baik. Abah rasa bersyukur kerana Graduasi ini merupakan titik tolak perjuangan Kakak seterusnya dan dijadikan azimat agar beroleh kejayaan nanti. Ucapan perasmi yang begitu berkualiti oleh Prof Dato Dr Hussein Ahmad yang memperkatakan pengurusan pembelajaran  yang mana sebelum ini buku-bukunya banyak Abah baca sewaktu menyiapkan Tesis Masters dalam bidang Pengurusan Pendidikan. Kebetulan pula perasmi itu merupakan Profesor yang banyak pengalaman dalam bidang Pengurusan Pendidikan.
 
 
Anak Abah nampak bersemangat dan sangat gembira sekali bergambar berlatarbelakang sebuah Sajak yang terkenal.
 
Kakak kena buktikan di dewan yang bertuah ini nanti keputusan SPM yang sebenar akan  diberikan,
 
Emak dan Abah sentiasa mendoakan kejayaan Kakak,tidak akan lupa walaupun sedikit.
 
Kakak bergambar sersama kawan-kawan seperjuangan/yang menyatakan kesemuanya menjadi anak-anak angkat Abah/yang begitu bermakna sekali setiapminggu Abah dan Emak mengunjungi Kakak


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP