Cerita Ali Setan...

>> Friday, January 8, 2010

Minggu lepas saya membelek-belek cd lama di rak cd,saya terlihat cd Ali Setan. Saya menghabiskan masa selama dua jam lebih menonton cerita Ali Setan. Pada zaman ini tidak banyak cerita seperti ini dikeluarkan.Sebenarnya banyak mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah filemnya Tan Sri Jins Shamsuddin.

Walaupun ada unsur percintaan tetapi pelajaran tidak diabaikan. Akhirnya mereka menjadi orang yang berjaya. Berbanding dengan pelajar pada masa kini yang banyak bercinta tetapi pelajaran diabaikan.

Melalui cerita Ali Setan lah menyebabkan saya jatuh cinta kepada USM (Universiti Sains Malaysia) sehinggakan saya jadi Mahasitua di sana.

Melalui cerita Ali Setanlah menyebabkan Prof Abdullah Hassan http://semanggol.com yang memegang watak Dekan menjadi idola saya dan akhirnya menjadi pensyarah saya di UPSI.

Sebenarnya dunia sudah berubah.........



3 comments:

Cikgu ILi January 9, 2010 at 3:38 AM  

Mesti Cikgu Nuar terbayangkan Kak Emah jd Asmidar..Cikgu Nuar jd Ali..
Hehehehehe jangan marah aaaa..

Anuar Puteh Harun January 9, 2010 at 4:02 AM  

Kak imah tu memang Asmidar,sebab menjadi isteri yang penyayang...he...hee..heee

white rose January 12, 2010 at 8:29 AM  

hahaha...asmidar ye...siaplaa kak imah...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP