Semakin Hari semakin mengganggu fikiran......

>> Saturday, July 28, 2012

Minggu lepas syukur kehadrat Allah Swt kerana surat kenaikan Gred 48 Pegawai Perkidmatan Pelajaran selamat sampai. Rasa syukur tidak terhingga. menghantui fikiran kerana permohonan untuk menjadi Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti diambang realiti. Saya tertanya-tanya betulkah saya akan diletakkan di JNJK di Pulau Pinang yang telah menjadi tempat yang penuh nostalgia. Di sinilah saya menuntut ilmu begitu lama dengan USMnya/Maktab Perguruan Persekutuannya.

Satu lagi yang menghantui fikiran saya adakah situasi yang berbeda sebagai guru terus bertukar sebagai Nazir. Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini saya berdoa agar langkah yang saya ambil ini tidak salah/kerana menjadi Nazir merupakan niat yang saya pendam sejak sekian lama. Saya juga berpegang teguh kepada rezeki dan Qada dan Qadar Allah.

Read more...

Alhamdulilah dapat naik Gred Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 48

>> Thursday, July 5, 2012

Read more...

Ucapan tahniah daripada Prof Widad Dekan Fakulti Bahasa dan Pendidikan

>> Wednesday, May 30, 2012


Terima kasih kepada Prof Widad kerana memberikan penghargaan terhadap usaha yang telah kami lakukan mengendalikan bengkel HBEF 2703. Sumbangan saya yang tak seberapa itu sangat-sangat saya hargai.

Read more...

Taklimat HBEF 2703 EPIC di OUM Lim Bo Seng Ipoh.

>> Tuesday, May 29, 2012

Hari ini pagi-pagi lagi dah ke Ipoh untuk memberi taklimat di OUM Ipoh. Semuanya berjalan lancar dan terima kasih kepada Dr. Tina Lim Timbalan Pengarah OUM dan Puan Zuraini Eksekutif Kanan OUM kerana dapat mengendalikan taklimat ini.

Read more...

Selamat hari Jadi Isteriku

>> Sunday, May 27, 2012


Selamat Hari Jadi buat isteriku  Cikgu Rasimah Binti Shaari pada 27 Mei 2012. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur,sihat tubuh badan di samping kita mendidik anak-anak dan anak bangsa. Sebenarnya semalam abang hampir terlupa tarikh hari jadi tersebut. Minggu ini abang sibuk dengan tugas. Hari Rabu abang ke Institut Aminuddin Baki Genting Highlands,hari Khamis abang ada temuduga di Ipoh untuk jawatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.harap Imah  doakan cita-cita abang nak jadi Nazir yang telah menjadi cita-cita abang selama ini. Hari Ahad pulak abang mengajar di Open University Ipoh sebanyak 3 slot. Abang tersedar dah tengahari  baru ingat 27 Mei merupakan hari jadi insan tersayang.
Namun abang tidak melupakan begitu sahaja hari jadi Imah. Abang bergegas membelikan kek harijadi untuk meraikannya bersama keempat-empat anak kita, Selamat hari jadi buat isteriku ke 46 tahun...........

Read more...

Forum Connecting Tutor OUM di PPW Seberang Jaya Penang

>> Thursday, May 3, 2012

Tarikh:28 April 2012 (Sabtu)
PPW OUM Seberang Jaya Penang,




Pembentangan oleh Prof Madya Dr Safiah Md Yusof



Prof Ir Dr Rosli B Hamir Vice presiden OUM Kuala Lumpur



Prof Madya Dr Safiah Membentangkan kertas kerjanya



Pemandangan di waktu pagi di jambatan Pulau Pinang.



Bersama En Ahmad Zakuan B Md Razi Tutor OUM Perak

Read more...

Selamat Hari Jadi Puteriku Nur Liyana Anuar ke-17

>> Saturday, April 14, 2012

 14 April 2012 genaplah usia putriku ke-17 tahun. Abah dan emak ucapkan selamat dunia dan akhirat. Abah dan emak ingin melihat anakanda berjaya suatu hari nanti.Tahun ini merupakan tahun anakanda mengambil SPM di MRSM Pasir Salak.

Anakanda harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang dicitakan. Jangan lupa perintah Allah dan selalu berdoa. Usaha yang bersungguh-sungguh amat penting tanpa mengira jemu.

Read more...

Bahas Ala Parlimen Negeri Perak Tahun 2012 13 hingga 14 April 2012

 Bersedia untuk menghakimi pertandingan

Read more...

Sangam-Filem Hindi yang tersohor.

>> Saturday, February 25, 2012


Filem ini telah ditayangkan pihak TV3 jam 2.00-5.18 pm  pada 25 Februari (Sabtu). Saya tidak melepaskan peluang menonton filem ini.
Filem Sangam yang begitu popular dicipta pada tahun 1964. Pada masa itu saya pun belum lahir lagi. Tetapi pada awal 70-an saya biasa dengar tajuk filem ini. Filem ini telah di;lakonkan oleh Raj Kapoor,Rajendra Kumar,Vyjayanthimala,Iftekhar,Raj Mehra,Nana Palsikar,Lalita Pawar,Achala Sachdev,Hari Shivdasani.

Kisah percintaan tiga segi diantara Suresh,Gopal dan Radha yang menyayat hati.Tema cerita ini adalah pengorbanan. Sesungguhnya masih adakah filem yang setanding dengan filem sanggam ini.

Read more...

Gong Xi Fa Chai Kebangsaan 2012 di Setiawan

>> Monday, January 30, 2012

Read more...

Lagi Pelajar saya di OUM berkonvokesyen.....

>> Thursday, December 15, 2011

Sharifah Nasrul Hasni
Hazrina Yazid
Tahniah saya ucapan pelajar-pelajar saya di OUM yang telah selamat berkonvokesyen. Sesungguhnya segala usaha kalian semua telah membuahkan hasil.

Read more...

Bapa Saudara Saya Yang Merantau Ke Kelantan Sejak Selepas Perang Jepun.......

>> Sunday, December 4, 2011

Pada 4 Disember 2011 (Ahad) sedang saya mengendalikan kelas OUM di Ipoh saya telah dihubungi oleh isteri bahawa bapa saudara saya yang saya panggil Pak Lop akan datang ke kampung untuk menziarahi keluarga kami di Bota.Setelah itu, selepas mengajar di kuliah OUM Ipoh saya bergegas balik. Pak Lop merupakan adik yang paling kecil ibu saya (satu ibu dan satu bapa) selepas Wan Nyah (Hamidah) yang sudah lama kembali ke Rahmatullah. Begitu juga ibu saya Sadiah Bt Pandak Daud sudah lebih 20 tahun meninggal dunia. Pak Lop mempunyai kisah yang panjang. Beliau pergi merantau selepas perang Dunia Kedua iaitu selepas pendudukan Jepun ke Tanah Melayu. Selepas Pendudukan Jepun lebih kurang tahun 1948 setelah Darurat di isytiharkan di Tanah Melayu beliau telah memasuki SC (Senior Constable) nombor SC 24775. Selepas itu beliau telah membawa hati yang lara dengan menaiki keretapi ke Kelantan (cerita ini telah diceritakan oleh opah saudara saya Che Pah yang saya panggil opah Layang). Pada masa itu Pak Lop adalah anak saudara kesayangan Opah saya. Di Kelantan pak Lop telah bertemu jodoh dengan orang Kelantan (saya lupa namanya) dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Asiah.


Saya berdiri di sebelah Pak Lop,sebelahnya anak beliau Asiah.

Lagi kami bergambar sebelah kiri kakak saya Fatimah,Asiah (anak tunggal pak Lop), Pak Lop,Cikgu Salmah,Cucu Pak Lop (yang betugas di klinik Tanah Rata Cameron Highlands, isteri saya Cikgu Rasimah dan Kakak saya Hajah Zaleha.

Bergambar kenangan bersama Pak Lop yang kini berumur 81 tahun.



Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Read more...

Melawat kompleks Rumah Orang Papua di Jakarta

>> Thursday, November 24, 2011

Pada 20/11/2011 kami sekeluarga telah bercuti ke Jakarta,Bandung dan Puncak Indonesia. Percutian ini adalah selama 4 hari Tiga malam. Salah satu tempat yang agak menarik ialah Taman Mini Indonesia yang menempatkan 33 buah suku kaum terbesar di Indonesia.



Kami Sekeluarga bergambar di depan pagar rumah Papua.
Saya dan isteri bergambar.
Bergambar dengan orang Papua dikenakan sebanyak 15,000 Rupiah (lebih kurang RM 4.00 setiap sewkeping gambar. Berbau juga badan saya selepas tu haaaa.
Dia nak tikam menikam (bahasa Indonesia sebut menusuk)

Antara Kostium topi yang boleh dipinjam untuk bergambar.
Kami sekeluarga bergambar di kompleks tersebut

Read more...

Mayat Berjalan, Tradisi Tanah Toraja

>> Saturday, October 1, 2011

(Dipetik Dari sebuah artikel)
Sebagai orang Toraja asli, saya sangat sering ditanya oleh teman2 tentang uniknya kebudayaan Tana toraja khususnya tentang fenomena mayat berjalan. saya sendiri lahir dan tumbuh besar di Tana Toraja sehingga saya mengetahui tentang adat & kebudayaan di Tana Toraja walaupun tidak menguasai secara keseluruhan tentang asal usul dan segala macam tetek bengek adat Toraja.

Cerita mayat berjalan sudah ada sejak dahulu kala. ratusan tahun yang lalu konon terjadi perang saudara di Tana toraja yakni orang Toraja Barat berperang melawan orang Toraja Timur. dalam peperangan tersebut orang Toraja Barat kalah telak karena sebagian besar dari mereka tewas, tetapi pada saat akan pulang ke kampung mereka seluruh mayat orang Toraja Barat berjalan, sedangkan orang Toraja Timur walaupun hanya sedikit yang tewas tetapi mereka menggotong mayat saudara mereka yang mati, karena kejadian tersebut maka peperangan tersebut dianggap seri. pada keturunan selanjutnya orang-orang Toraja sering menguburkan mayatnya dengan cara mayat tersebut berjalan sendiri ke liang kuburnya.

Fenomena “Mayat berjalan” itu saya sendiri pernah menyaksikannya secara langsung. kejadian tersebut terjadi sekitar tahun 1992 (saya baru kelas 3 SD). pada saat itu di desa saya ada seorang bernama Pongbarrak yang ibunya meninggal. seperti adat orang Toraja sang mayat tidak langsung dikuburkan tetapi masih harus melalui prosesi adat penguburan (rambu solo’). saat itu setelah dimandikan mayat sang ibu diletakkan di tempat tidur dalam sebuah kamar khusus sebelum dimasukkan kedalam peti jenasah. pada malam ketiga seluruh keluarga berkumpul untuk membicarakan bagaimana prosesi pemakaman yang akan dilaksanakan nanti. saat itu saya duduk di teras rumah maklum anak-anak jadi suka mondar mandir. namun setelah rapat selesai (sekitar jam 10 malam), tiba-tiba ada kegaduhan dalam rumah dimana beberapa ibu-ibu berteriak -teriak. karena penasaran saya berusaha melongok ke dalam rumah dan astaga sang mayat berjalan keluar dari dalam kamar, kontan saja saya dan teman2 saya berteriak histeris dan berlari menuruni tangga. saya berlari dan mendapatkan ayah saya sambil histeris ketakutan. setelah itu saya langsung dibawa pulang kerumah oleh ayah dan saya tidak tahu apa yang terjadi selanjutnya. Keesokan harinya kejadian tersebut rupanya cukup heboh diperbincangkan oleh warga dan informasi yang saya dengar bahwa Pongbarrak yang melakukan hal tersebut. konon dia iseng aja untuk membuat lelucon pada malam itu.

Pada zaman sekarang sudah sangat jarang orang Toraja yang mempraktekkan hal tersebut walaupun masih banyak generasi yang memiliki ilmu seperti itu. akan tetapi mereka masih sering mempraktekkannya pada binatang seperti ayam atau kerbau yang diadu dalam keadaan leher terputus. Binatang seperti kerbau yang sudah dipotong kepalanya dan dikuliti habispun, masih bisa dibuat berdiri dan berlari kencang, mengamuk kesana sini!

Read more...

Bermulanya Semester September OUM 2011

>> Friday, September 30, 2011

Minggu lepas bermulanya semester September 2011. Saya diamanahkan mengajar dua kelas yang melibatkan 51 orang pelajar.

Semakin lama saya mengajar di OUM maka semakin seronok dan meyakinkan ilmu yang ada dalam diri,dapat dimanfaatkan kepada orang lain.

Saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak OUM Perak kerana memberi kepercayaan kepada saya. Sudah Lima tahun lebih saya menjadi tenaga pengajar di sana secara sambilan.

Pelajar pun bertukar ganti. Bermacam-macam karektor yang harus dilayan. Yang penting ilmu yang diajar dapat dimanfaatkan oleh pelajar.

Read more...

Majlis Restu MRSM Pasir Salak.

Pagi tadi 1 Okt 2011,saya ke MRSM Pasir Salak Kg Gajah untuk meraikan Majlis Restu ,Bacaan yassin dan solat hajat pelajar yang akan menduduki PMR pada tahun ini. Walaupun Kak Ngah berada di tingkatan 4, saya terlibat sebagai AJK Muafakat MRSM Pasir Salak.
Diharapkan semua pelajar dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin. Sebelum itu juru acara ada membuat pengumuman bahawa seorang bapa pelajar meninggal dunia pada pagi ini. Diharapkan pelajar itu tabah menghadapi PMR pada hari Selasa depan. Itu adalah ketentuan Allah Azzawajalla.

Read more...

Selamat Hari Jadi Anakku Mohamad Khairul Haziq ke 20 tahun.

>> Tuesday, August 16, 2011

Inilah gimik sewaktu anakanda berumur 1 tahun dengan lapik meja dan meja yang sama.

Sudah besar panjang anakanda.





Inilah gambar anakanda sewaktu berumur SATU tahun menyambut Hari Jadi yang pertama.


Tanggal 14 Ogos Merupakan Hari Jadi Abang yang ke-20 tahun. Sudah besar anakanda. Abah harap anakanda akan menjadi insan yang berjaya pada suatu hari nanti. Rasa baharu benar emak dan abah membesarkan anakanda.


Corakkanlah kehidupan anakanda dengan baik,dan menjadi insan yang diredhai Allah. Sesungguhnya anakanda ada Satu tahun lebih untuk menamatkan pelajaran di Politeknik Ungku Omar Ipoh. Belajarlah dengan sebaik-baiknya.










Read more...

Kenapa Beruk duduk di depan tuannya,bukan di belakang tuannya............

>> Thursday, August 11, 2011




Pagi tadi selepas saya mengajar di Tingkatan 4 Sains Teknologi,seorang murid yang bernama Shafie memberi teka-teki kepada saya." Kalau cikgu boleh jawab memang cikgu terror",soalnya. Dia kata kenapa beruk di letakkan di bahagian depan tuannya jika naik basikal atau motorsikal.

Saya pun menjawab spontan. Hahhhhh..... kalau diletakkan di belakang orang panggil Shafie Beruk (Sebab Shafie di depan dan beruk di belakang). Tapi kalau beruk di depan orang panggil beruk Shafie (Sebab beruk di depan) kerana orang akan panggil objek di depan dahulu.

Hahhhh...... Dia terus lari ke belakang kelas aambil tersipu-sipu.... Cikgu memang terror....

Read more...

Ramadhan............

>> Wednesday, August 3, 2011

Hari ini sudah 4 hari umat Islam menjalankan ibadah puasa. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat meningkatkan amal ibadat kita. Namun begitu, apabila berbuka puasa dengan juadah yang enak dan berkhasiat yang dimasak oleh Cikgu Shimah,teringat kepada Kakak (Nur Liyana) dan Kak Chik di asrama. Hari ke tiga berpuasa Kakak menyatakan dia dihidangkan dengan nasi Beriani di asrama. Hari Pertama Kak Chik dengan rendang black pepper. Semuanya ini tidak sama dengan masakan ibu di rumah.

Yang penting amal ibadah di bulan puasa ini. Adik (Nur afdhalia) setiap hari pulak ajak abah ke pasar ramadhan. Rupa-rupanya nak beli mercun pop.Hahhhh...itulah seronoknya zaman kanak-kanak.

Semoga ibadah kita diterima Allah Azzawajalla
.

Read more...

Renungkanlah...................

>> Sunday, July 24, 2011

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampa, hasilnya macam kita ‘ TAK DATANG’ kerj
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’ .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP