Bapa Saudara Saya Yang Merantau Ke Kelantan Sejak Selepas Perang Jepun.......

>> Sunday, December 4, 2011

Pada 4 Disember 2011 (Ahad) sedang saya mengendalikan kelas OUM di Ipoh saya telah dihubungi oleh isteri bahawa bapa saudara saya yang saya panggil Pak Lop akan datang ke kampung untuk menziarahi keluarga kami di Bota.Setelah itu, selepas mengajar di kuliah OUM Ipoh saya bergegas balik. Pak Lop merupakan adik yang paling kecil ibu saya (satu ibu dan satu bapa) selepas Wan Nyah (Hamidah) yang sudah lama kembali ke Rahmatullah. Begitu juga ibu saya Sadiah Bt Pandak Daud sudah lebih 20 tahun meninggal dunia. Pak Lop mempunyai kisah yang panjang. Beliau pergi merantau selepas perang Dunia Kedua iaitu selepas pendudukan Jepun ke Tanah Melayu. Selepas Pendudukan Jepun lebih kurang tahun 1948 setelah Darurat di isytiharkan di Tanah Melayu beliau telah memasuki SC (Senior Constable) nombor SC 24775. Selepas itu beliau telah membawa hati yang lara dengan menaiki keretapi ke Kelantan (cerita ini telah diceritakan oleh opah saudara saya Che Pah yang saya panggil opah Layang). Pada masa itu Pak Lop adalah anak saudara kesayangan Opah saya. Di Kelantan pak Lop telah bertemu jodoh dengan orang Kelantan (saya lupa namanya) dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Asiah.


Saya berdiri di sebelah Pak Lop,sebelahnya anak beliau Asiah.

Lagi kami bergambar sebelah kiri kakak saya Fatimah,Asiah (anak tunggal pak Lop), Pak Lop,Cikgu Salmah,Cucu Pak Lop (yang betugas di klinik Tanah Rata Cameron Highlands, isteri saya Cikgu Rasimah dan Kakak saya Hajah Zaleha.

Bergambar kenangan bersama Pak Lop yang kini berumur 81 tahun.



Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP