Selamat Hari Guru

>> Friday, May 14, 2010





Besok 16 Mei seperti biasa seluruh negara akan merayakan Hari Guru.
Sudah lebih 23 tahun saya menjadi guru,ini bermakna 23 kali saya merayakan hari guru. Bermacam-macam ragam dan asam garam pelajar dan rakan-rakan sejawat sudah dilalui. Banyak juga murid saya yang telah berjaya di dalam pelajaran. Nurul Azhani menjadi peguam, jurutera, doktor,paling ramai jadi guru termasuk rakan sejawat pada masa ini,cikgu Sulaiman Harikan, Ikmal,Al-Faani dan banyak lagi.

Ucapan Al-Fatihah kepada bekas guru-guru saya yang telah pergi. Cikgu Abdul Mutalib Hussein, Cikgu Samsuri Lebai Darus,Cikgu Aziz Bakar,Cikgu Ariff Ghafar,Cikgu Othman Kamal,Cikgu Othman Abdullah,TnHj Yeop Jiba, dan ramai lagi..

Namun begitu,ada juga yang kecundang di dalam kehidupan.Sedih juga rasanya. Yang penting kita kena menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas. Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua sahabat handai dan semua insan yang bergelar guru.


Lagu Guru Malaysia


Kami guru Malaysia,

Berikrar dan berjanji,

Mendidik dan memimpin,

Putera-puteri negara kita.

Pada Seri Paduka,

Kami tumpahkan setia,

Rukunegara kita,

Panduan hidup kami semua.

Di bidang pembangunan,

Kami tetap bersama,

Membantu membina,

Negara yang tercinta,

Amanah yang diberi,

Kami tak pesiakan,

Apa yang kami janji,

Tunai, tetap kami tunaikan.


Lagu dan Senikata : HASHIM AHMAD



2 comments:

Cikgu ILi May 15, 2010 at 9:15 AM  

Cikgu Nuar & Cikgu Rasimah...Selamat Hari Guru....

*Beza 20 tahun perkhidmatan kita ...sungguh senior la Cikgu Nuar.

white rose May 20, 2010 at 1:33 AM  

SELAMAT HARI GURU CIKGU NUAR & CIKGU RASIMAH...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP