25 Mei Sempena Hari Guru Daerah Perak Tengah,SMK Changkat Lada telah diberi tanggungjawab melaksanakan Ziarah guru-guru yang menjadi warga pendidik sempena Hari Guru Daerah Perak Tengah. Saya bersama-sama guru lain terlibat melaksanakan program tersebut yang di ketuai oleh Pn Hajah Hadijah Bt Uda Mat Dris. Setelah menziarahi mereka saya rasa insaf bahawa sebagai insan biasa kita tidak boleh lari daripada ujian Allah.
Pn Hajah Hadijah menyampaikan sumbangan sebagai tanda ingatan kepada Pn Rotibah Bt Mokhtar.
Memerhatikan ucapan Pn Rohani Maimunah, GK Pentadbiran SK Raja Chulan Pulau Tiga.
Pn Rotibah dan GK Pentadbiran Pn Maimunah Rohani.
Seorang lagi guru yang uzur dari SK Bota Kanan yang mengalami sakit buah pinggang.Sumbangan disampaikan oleh En Solehin Bin Suratman SK Changkat Lada 3.

Guru bersara Cikgu Bidin yang kami ziarahi di rumahnya di Tanjung Dedalu Layang-Layang Kiri,Parit begitu gembira dengan kehadiran kami.
Menerima sumbangan dan cenderahati sebagai ingatan daripada Pn Hajah hadijah
Seorang lagi guru bersara Haji Azuddin dari Kampung Tanjung Dedalu juga kami ziarahi,begitu gembira dengan kehadiran kami.

Seorang lagi guru yang menerima lawatan dan sumbangan daripada jawatan kuasa ziarah Ustazah Fauziah dari SK Bakung yang kami lawati di rumahnya di Kg Pasir Garam Pulau Tiga.
1 comments:
wah...seronoknye berjumpa dengan insan yg memperjuangkan diri demi anak2 bangsanya...
subhanallah...
semoga kerja amal mereka diberkati Allah...
Post a Comment