Hahhhhhh......hahhhhhh...gelagat anak bongsu ku
>> Saturday, January 30, 2010
Read more...
anuarputehharun.blogspot.com Email: anuar_puteh@yahoo.com ...because open source matters Mengenang zaman lalu sebagai indah dan menyeronokkan sebenarnya lebih kerana sentimental,emosi dan nostalgia kerana dalam realiti sebenarnya masa lalu lebih banyak menyusahkan,menyakitkan dan kehidupan tidak stabil.......
Buku autobiografi SN Prof Emeritus Shahnon Ahmad ini saya baca berkali-kali. Beliau pernah mengajar saya sewaktu menjadi Mahasiswa di USM dahulu. Orangnya yang begitu sederhana dan Zuhud lebih senang dipanggil Cikgu Shahnon,walaupun sudah bergelar Prof Emeritus suatu gelaran yang tertinggi di sesebuah universiti. Banyak pengalaman hidupnya boleh dikongsi bersama.
Jumaat 22 Januari 2010 saya menghantar skrip pelajar OUM yang telah selesai disemak ke OUM Kuala Lumpur. Sempat juga menjengok kenalan yang bertugas di OUM KL. Seperti Syariza Isahak dan Nova Eriza di Fakulti Pendidikan.Namun begitu besok saya akan mula mengajar di OUM bagi semester Januari 2010.
Minggu lepas Eksekutif Kanan OUM menelefon saya dan mempelawa untuk mengajar bagi semester Januari 2010 ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada beliau kerana selalu mengambil berat tentang kebajikan Tutor macam saya ni.
Apabila saya semak nama pelajar pada senarai ramai yang sudah saya kenali. Ada rakan sekelas waktu bersekolah dahulu,rakan isteri di maktab dahulu dan isteri kawan pun ada.
Namun begitu kita haruslah profesional menghadapi situasi ini.
Sudah 4 tahun saya menjadi tenaga pengajar di OUM . Terima kasih OUM. Macam-macam tugas telah diberikan. Menjadi Penulis Modul, SME (Pakar Rujuk Kursus),penggubal soalan,menyemak skrip jawapan pelajar, Moderator Modul,Moderator Soalan Akhir.
Bergambar dengan guru pelatih bersama-sama pensyarah maktab.Di tengah-tengah En. Che Miskin Bin Mohamad Fakir ( bapa pelakon Jehan Miskin dan Jimnas Faiznur Miskin) sebelah kirinya pensyarah bernama Pn.Fatimah Ibrahim pensyarah pengajian Melayu yang sangat cantik dan lawa pada masa itu .Pada masa tu sungguh indah dan gembira sebagai guru pelatih. Lihatlah riak kegembiraan yang terlukis di wajah masing-masing. Andai dapat kuundurkan putaran dunia alangkah gembiranya. Namun begitu di manakah rakan-rakan lama ini. Kalau ada tolong emailkan kepada saya.
Bergambar di tengah-tengah jambatan Pulau Pinang pada Mei 1985. Waktu itu,saya berada di tahun dua sebagai Guru Pelatih. kami berjalan kaki dari maktab ke jambatan tersebut. Masa tu tak terasa berjalan beramai-ramai. Saya rasa beruntung kerana dapat melihat proses jambatan Pulau Pinang dibina.Minggu lepas saya membelek-belek cd lama di rak cd,saya terlihat cd Ali Setan. Saya menghabiskan masa selama dua jam lebih menonton cerita Ali Setan. Pada zaman ini tidak banyak cerita seperti ini dikeluarkan.Sebenarnya banyak mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah filemnya Tan Sri Jins Shamsuddin.
Walaupun ada unsur percintaan tetapi pelajaran tidak diabaikan. Akhirnya mereka menjadi orang yang berjaya. Berbanding dengan pelajar pada masa kini yang banyak bercinta tetapi pelajaran diabaikan.
Melalui cerita Ali Setan lah menyebabkan saya jatuh cinta kepada USM (Universiti Sains Malaysia) sehinggakan saya jadi Mahasitua di sana.
Melalui cerita Ali Setanlah menyebabkan Prof Abdullah Hassan http://semanggol.com yang memegang watak Dekan menjadi idola saya dan akhirnya menjadi pensyarah saya di UPSI.
Sebenarnya dunia sudah berubah.........
© Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP