Lagu Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.
>> Tuesday, February 19, 2013
Bila dengar lagu Maktab Perguruan Persekutuan ini saya terlalu rindu,zaman sewaktu menjadi guru pelatih selama tiga tahun 1984-1986. Sesungguhnya rindu ini tiada penghujungnya. kalau aku dapat kuundurkan masa alangkah indahnya. Banyak kenangan yang menggangu tidurku
Masyarakat sekarang.........
>> Monday, February 11, 2013
Cuti Tahun Baru Cina masih ada dua hari lagi. saya sempat berbual dengan seorang makcik yang meluahkan perkara yang terbuku di dalam hatinya. Katanya zaman sekarang ini anak-anak bukan nak balik kampung menjengoknya adik beradik dan ibu bapa. Dengan orang lain berabihhhh pun tak apa... tapi dengan emak dan adik beradik berkira bebeno.. (berbenar). pantang salah sikit / itulah masyarakat sekarang yang mempunyai ego yang yang tak kemana pun. Suatu hari nanti dengan adik-beradik jugak tempat mengadu hal.... masa senang tak ingat saudara mara katanya dengan nada sedih.
Sedih sangat makcik tu.....saya kata tak apalah... Tuhan itu Maha Kaya.... sahut saya...Tapi memang benarpun/kebanyakan yang saya perhatikan ramai yang berkira dengan adik beradik dan ibu bapa dengan orang lain berabih......
MUSIC VIDEO LAMUNAN TERHENTI - OST Hantu Kak Limah 2 :Husin Mon Dan Jin ...
>> Tuesday, January 29, 2013
Doktor beri cuti sakit 12 hari......
>> Tuesday, January 8, 2013
Aduh sakitnya...itu ujian Allah Azzawajalla terhadapku. Aku redha dengan ketentuan Mu.Mujurlah isteriku banyak bersabar dengan kerenahku. Dalam aku cuti sakit setiap hari harus ke klinik. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bertanya khabar.
Kepada murid-muridku di tingkatan 5 Sains,5 ERT,5 Perdagangan dan 5 MPV cikgu rindu pada kalian. Insyaallah 18 Januari ini cikgu bertugas semula.
Bapa saudara Isteri mengunjungi rumah kami.
>> Sunday, December 30, 2012
Read more...
Selamat Ulangtahun perkahwinan ke 22.
>> Sunday, November 11, 2012
10 November 1990 kami melangsungkan perkahwinan. hari yang sungguh berbahagia ini tidak dapat dilupakan,apabila kami berkenalan selama setahun. Seterusnya bertunag selama setahun dan pada tarikh itu kami melangsungkan hari perkahwinan. Rasa sekejap benar tempoh masa yang amat membahagiakan. Banyak peristiwa pahit dan manis terpahat di dalam lipatan sejarah perkongsian hidup kami,yang membuatkan kami lebih dewasa.
Majlis Graduasi Kakak di MRSM Pasir Salak
>> Thursday, October 25, 2012
Kepadamu Kekasih (Kasih yang kekal abadi TerhadapNya)
>> Friday, October 12, 2012
Lagu yang penuh dengan kesedaran/adakah segala dosa kita diampunkan. Semoga segala kesalahan kita diampunkan dengan sifat Ar Rahim Alllah Subhanataala. Amin.
I Will Always Love You
>> Thursday, October 4, 2012
Lyrics of I Will Always Love You
I Will Always Love You – Regine Velasquez & Jackie
Cheung
Just a gentle whisper
Tell me that you called
Even only in
memories
Where did we go wrong
Couldn’t find the words then
So, let me
say it now
I’m still in love with you
Tell me that you love me
Tell me that you care
Tell me that you need
me
And I’ll be there
I’ll be there waiting
I would always love you
I would always stay true
There’s no one who
loves you like I do
Come to me now
I will never leave you
I will stay
here with you
Through the good and bad
I will stand true
I’m in love
with you
Now were here together
Yesterday has past
Life is just
beginning
Close to you at last
And I promise to you
I would always be
there
I give my all to you
Living life without you
Is more than I can bear
Hold me close
forever
I’ll be there for you
I would always love you
I would always stay true
There’s no one who
loves you like I do
This I promise
I will never leave you
I will stay
here with you
Through the good and bad
I will stand true
Hold me
closer
Our love is forever
Holding us together
Nothing in this world can stop
us now
Love has found
Love has found, our way
I’m in love
I’m in
love
I’m so in love
Listen to Songs: http://videokeman.com/regine-velasquez/i-will-always-love-you/#ixzz28OhmJgb1
Majlis Mohon restu/sembahyang hajat dan bacaan yassin MRSM Pasir Salak.
>> Monday, October 1, 2012
Semakin hari semakin hampir SPM Kakak......
>> Thursday, September 27, 2012
Hari ini cuma tinggal 39 hari SPM akan bermula. Abah dan emak agak risau kerana semakin hari semakin hampir SPM. Hari sabtu ini 29 September 2012 akan diadakan Majlis Restu,sembahyang hajat dan bacaan Surah Yassin di sekolah kakak. Minggu lepas Kakak ada menelefon abah tentang temuduga Skim Pelajar Cemerlang MRSM. Kakak kata abah dan emak doakanlah kejayaan kakak. Insyallah kalau kita berdoa Allah akan mendengar hajat kita. Sesungguhnya cita-cita nak jadi peguam bukanlah mudah. Tapi semuanya itu qada dan qadar Allah.
Kakak adalah anak yang baik dan mendengar kata. Semoga sikap kakak ini mempermudahkan cita-cita kakak suatu hari nanti. Selamat maju jaya Kakak............................... Read more...
Mantera Orang Melayu Dahulukala
>> Sunday, September 16, 2012
Sedang berehat-rehat di halaman rumah,saya teringat seorang pensyarah saya bernama Prof Dr Haron Daud ,sewaktu menjadi Mahasiswa di USM Pulau Pinang yang pernah mengajar saya untuk menyiapkan tesis Masters. Kebetulan beliau merupakan penyelia tesis saya. Sifatnya yang peramah dan mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang akademiknya,saya banyak bersembang dan berbincang dengannya terutamanya topik penulisan tesis. Tesis Phd beliau sememangnya menjurus kepada mentera.pelbagai pengalaman telah diceritakan dalam proses menyiapkan tesis Phd beliau bertajuk "Mantera Melayu analisis pemikiran."
Read more...
Kenangan Terindah di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang 1984-1986
>> Wednesday, August 15, 2012
Kenangan sewaktu ketika dahulu menjadi Mahasiswa di USM Pulau Pinang....
>> Tuesday, August 14, 2012
Bulan Ramadhan hampir sampai penghujungnya. Kadang-kadang kenangan lama berbalam-balam menggamit memori sewaktu menjadi Mahasiswa di USM di tahun akhir. Waktu itu melanjutkan pelajaran di tahun akhir saya hanya dapat separuh gaji sahaja. Tolak sana tolak sini adalah sedikit baki wang bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Maklumlah masa tu dah ada dua orang anak yang kedua-duanya masih menyusu. Di bulan Ramadhan ini kenangan ini menjelma dan situasi ini ditunggu-tunggukan. Kami akan berbuka puasa di masjid-masjid di sekitar Pulau Pinang terutamanya di kawasan Gelugor mahupun di Masjid Negeri Pulau Pinang. Untuk menjimatkan belanja selama sebulan. Syukur juga rezeki melimpah ruah pada waktu itu.
Rupa-rupanya kelangsungan ini saya gunakan sewaktu menjadi pensyarah sambilan di UNIKL MIMET Manjung,Perak. Bagi keselesaan saya akan berbuka puasa di mana-mana masjid sebelum masuk waktu mengajar pukul 8.00 malam.
Saya menggalakkan pelajar saya agar berbuka di mana-mana masjid untuk berjimat cermat di samping menjalankan ibadah puasa. Perkara yang melucukan ialah mana-mana saya berbuka di masjid kawasan Manjung ada saja pelajar saya. " Encik Anuar berbuka di sini" sambil mereka tertawa.
Terima kasih OUM Kuala Lumpur....
>> Wednesday, August 8, 2012
Terima kasih OUM Kuala Lumpur kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi pemeriksa kertas untuk semester Mei 2012. Insyallah lepas raya ini saya akan ambil mengikut jadual yang telah ditetapkan. terima kasih juga kepada En Raihan yang sudi mempelawa saya.
Ini bermakna lepas raya ini semakin sibuklah rutin tugasan saya. Lepas tu murid yang akan ambil SPM pulak akan menghadapi Percubaan SPM yang sudah tentu wajib diambil perhatian yang sewajarnya. Anak saya pun macam tu jugak akan menghadapi percubaan SPM di MRSM Pasir Salak.
Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah
>> Saturday, August 4, 2012
Sudah-sudah cukup sudah daripada batin terseksa,biar aku pergi saja
Tahniah kepada Isteriku......................
>> Tuesday, July 31, 2012
Tahniah diucapkan kepada isteri tersayang Cikgu Rasimah Bt Shaari kerana bertugas di tempat baru dan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Ko-Kurukulum di SK Chenderong Kelubi. Walaupun bertugas ditempat baru diharapkan semangat sebagai pendidik harus dikekalkan. Apa-apa pun abang ucapkan selamat bertugas di tempat baru dengan penuh dedikasi. Read more...