Bapa Mertua saya meninggal Dunia.

>> Sunday, June 6, 2010

4 jun 2010 (Jumaat) suatu berita sedih. Bapa mertua yang sangat saya sayang dan saya hormati telah kembali kerahmatullah jam 12.15 tengahari. Beliau meninggal dunia di Hospital Changkat Melintang , di hadapan isteriku Cikgu Rasimah dan adik Ipar saya Mohd Kairul Nizam, setelah 3 hari di masukkan ke hospital

Seorang bapa yang zuhud dan tidak pernah merungut dengan anak menantu,begitu juga dengan cucu-cucu sehingga disayangi oleh mereka.

Begitulah lumrah dunia yang datang dan pergi. Apa yang penting adalah kita berdoa agar beliau di tempatkan ke golongan orang yang soleh. Terima kasih kepada sahabat handai yang datang menziarahi pada hari tersebut.

Terima kasih juga kepada Yop Halim abang ipar saya yang sulung kerana menguruskan jenazah sehingga selesai seperti memandikan jenazah,sembahyang Jenazah dan membacakan talkin. Begitu juga adik ipar saya, Khairul Anuar, Biras saya Cikgu Zalifah Noor, Khairul Nizam dan Isterinya Linda yang amat menyayangi bapa dan bapa mertua mereka.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP