Beijing ohhhh Beijing....

>> Saturday, March 20, 2010

Bergambar di Forbiden City,yang sejuk sampai ke tulang hitam,salji turun tanpa henti. Tempat ini merupakan istana Maharaja China suatu ketika dahulu Dinasti Ming yang memerintah China beribu tahun dahulu.Saya hampir tidak dapat menahan kesejukan yang menggila. Lantai simen yang licin dan perlu berhati-hati.
Gudang jade yang ada menjual pelbagai jenis barang kemas,dari yang murah hinggalah yang mahal,sehingga tak tahu mana nak dipilih untuk cikgu Shimah.


Dalam banyak-banyak orang, saya terlihat seorang tua yang datang dari Ipoh. Berusia 86 tahun. Saya hairan cuaca sejuk begini Babuji boleh pakai kain pelikat. Tak sejuk ke Babuji.Saya tabik Babuji ini..

Bergambar beramai-ramai didepan Great Wall,sungguh indah dengan pemandangan yang cantik dan diselaputi salji di atas pergunungan yang putih bersih.




Aduhhhh.....letihnya mendaki Great Wall......Kaki pun dah sakit...itu tandanya dah tua....namun begitu dapat juga sijil pendakian.Sebagai guru sejarah saya dapat merealisasikan apa yang diajar kepada murid saya tentang kehebatan tamadun awal Hwang Ho.





Licin juga salji ini




Bergambar di Summer Palace. Istana Maharaja China apabila tiba musim Summer,mereka akan berpindah ke sini untuk menikmati keindahan alam.






Bergambar di stadium utama Olimpik Beijing 2008. The Bird Nest Stadium.






Menaiki Bullet Train dari Beijing ke Tianjin sejauh 150 km yang memakan masa 30 minit sahaja. Lihatlah kelajuannya mencecah 324 km sejam. Memang menakjubkan. Harga tiket 56 Yuan,lebih kurang 28 ringgit Malaysia









Bergambar di hadapan Bullet Train









Tengok kereta ini teringat cerita Mr. Bean. Kerata yang mempunyai tayar hadapan satu sahaja Inilah hakikatnya di bandar Tianjin memang ada kereta jenis ini. Di Malaysia saya tak nampak lagi......











2 comments:

Cikgu ILi March 20, 2010 at 5:53 AM  

Bestnya CIkgu Nuar dapat main salji oriii..

Hebat la babuji tu..mungkin dia bleh jd duta kain pelikat cap gajah duduk.

white rose March 20, 2010 at 8:40 AM  

cap gajah berdiri pun ade...
agaknya dia ade pakai seluar tu...
xkan laa snggup biarkan kesejukkan...
hehehe...

mesti k.imah suke bila cikgu nuar belikan dia hadiah ek...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP