Cuti sekolah telah bermula selama seminggu mulai besok. Saya dijadualkan akan bercuti ke Beijing China esok. Habislah cuti seminggu ini pergi melancong. Tapi sedih juga tak bawak cikgu Shimah dan keluarga kerana kewangan yang terhad. Kerana isteri yang sporting,saya bersyukur kepada Allah Azzawajalla mempunyai isteri dan anak-anak yang tak banyak karenah.
Cuti Bulan Disember tahun ini kita pergi sekeluarga ke Bukit Tinggi Indonesia lagi bersama-sama staf sekolah cikgu Shimah. Oleh itu abah kena kuat cari duit. Doakan abah murah rezeki.
Memeriksa assignment pelajar Oum sudah hampir selesai.Lega rasanya. Tapi badan rasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh. Risau juga suhu di Beijing pada masa ini 7 darjah Celcius. Sejuk sampai ke tulang hitam.
Read more...