Ke Jakarta dan Bandung Besok.
>> Thursday, December 23, 2010
Malam besok saya akan pergi ke Bandung dan Jakarta Indonesia. Saya dijangka menaiki Kapal terbang di KLIA jam 8.00 pagi pada 25 Disember. Di doakan agar saya selamat sampai dan balik.
anuarputehharun.blogspot.com Email: anuar_puteh@yahoo.com ...because open source matters Mengenang zaman lalu sebagai indah dan menyeronokkan sebenarnya lebih kerana sentimental,emosi dan nostalgia kerana dalam realiti sebenarnya masa lalu lebih banyak menyusahkan,menyakitkan dan kehidupan tidak stabil.......
Malam besok saya akan pergi ke Bandung dan Jakarta Indonesia. Saya dijangka menaiki Kapal terbang di KLIA jam 8.00 pagi pada 25 Disember. Di doakan agar saya selamat sampai dan balik.
Read more...Di samping kejayaan Kakak, tidak lupa juga diucapkan tahniah kepada Kak Chik kerana mendapat tempat untuk menjadi pelajar di SM Raja Perempuan Taayah ke tingkatan satu pada tahun 2011 nanti. Kak Chik dijangka akan mendaftar sebagai pelajar pada 12 Januari nanti. Abah bersyukur kehadrat Allah Azzawajalla kerana dipermudahkan permohonan Kak Chik. Sememangnya Kak Chik ingin mendapat tempat ke sekolah ini dan bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang perubatan pada suatu hari nanti. Abah dan emak hanya dapat berdoa dan Kak Chik harus berusaha untuk memenuhi cita-cita yang murni ini. Selamat maju jaya Kak Chik.
Tahniah diucapkan kepada anakanda Nur Liyana kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR di MRSM Pasir Salak. Sesungguhnya, penantian kali telah menjadi kenyataan. Abah dapat berdoa agar ilmu yang anakanda perolehi mendapat keberkatan dari Allah Azzawajalla. Abah inginkan anakanda menjadi insan yang solehah di samping ilmu yang anakanda pelajari selama ini. Terima kasih kepada semua guru yang mengajar anak saya yang tidak mengenal jemu. Hanya Allah Azzawajalla sahaja yang dapat membalasnya.
Sempena cuti selama tiga hari, kami bersetuju untuk bercuti ke Pulau Pinang. Sudah lama benar saya tak berkunjung ke sana. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat menuntut ilmu selama 11 tahun di sana. Shariff nasi kandar dah menjadi keutamaan saya. Anak saya Nur Liyana sampai satu bungkus setengah boleh habis. Hahhhhh.... pagi esoknya sakit perut...Adik Liya pun sama. Tempat yang kedua yang paling saya gemari ialah Rope Walk (Lorong Kulit)tempat jual barangan lama dan antik/jual ubat pun ada. Tak sempat mengelilingi Pulau Pinang,sebab badan pun dah letih. Namun begitu,cuti hujung minggu yang singkat kami harus tergesa-gesa untuk balik.
Kejohanan Ragbi Bawah 15 tahun di adakan pada 28 Oktober 2010. Inilah pasukan sekolah saya yang menyertai pertandingan tersebut. malangnya mereka tidak dapat memenuhi impian sebagai Johan daerah kali ini setelah kalah kepada SMK Iskandar Shah Parit. Sebagai Pengurus Pasukan saya mengucapkan tahniah kepada pelajar saya yang bermain bersungguh-sungguh. Pasukan yang segak dengan Jersey baru.
Hari ini 4 September genaplah umur Kak Chik ke-12 tahun. Abah dan Emak mengucapkan Selamat Hari Jadi semoga dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan maju dalam pelajaran. Apa yang penting abah berdoa agar Kak Cik berjaya dalam peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 21 September ini. Rasa sekejap sahaja anakanda membesar. Abah berharap Kak Cik menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. Jangan lupa sembahyang dan sentiasa berdoa kepada Allah Azzawajalla.
Selamat Hari Jadi Kak Chik
Di samping umat Islam beribadah untuk mendapatkan pahala yang berganda di bulan Ramadhan ini,dua orang yang saya kenali telah pergi ke rahmatullah dalam masa seminggu. Yang Pertama merupakan bekas pelajar OUM Kohort 2 selama 5 semester saya mengajarnya bagi Major Kajian Sosial Cikgu Termizi Bin Mohamed Tahir yang menjadi Guru Besar SK Gunung Besaut 5 telah dijemput Allah Azzajawalla pada hari Rabu malam Khamis lepas. Beliau adalah pelajar OUM yang sangat saya hormati dan saya sayangi kerana pendiriannya.
Lagu ini mengingatkan satu kenangan sewaktu saya muda-muda dahulu. Sungguh syahdu dan mengasyikkan. Sesungguhnya kenangan abadi tidak bisa dilupakan. Kalau dapat ku undurkan putaran dunia ingin ku ubah semula kenangan yang lalu.
Read more...Sudah lama tak update entry ini. Keadaan yang sibuk menyebabkan masa begitu terhad. Minggu lepas membawa pelajar SMKCL ke Kem Tok Sakah, kerana ada perkhemahan kokurikulum selama 3 hari. Lepas tu sibuk dengan tugas di UNIKL MIMET dan akhir sekali menulis buku Sejarah yang dikehendaki oleh penerbit secepat mungkin.
Besok dijangkakan semua umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan selama sebulan. Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat berpuasa. Diharapkan amal ibadat kita pada bulan yang mulia ini diterima oleh Allah Azzawajalla.
© Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP