Kenangan manis di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

>> Wednesday, January 13, 2010

Bergambar dengan guru pelatih bersama-sama pensyarah maktab.Di tengah-tengah En. Che Miskin Bin Mohamad Fakir ( bapa pelakon Jehan Miskin dan Jimnas Faiznur Miskin) sebelah kirinya pensyarah bernama Pn.Fatimah Ibrahim pensyarah pengajian Melayu yang sangat cantik dan lawa pada masa itu .Pada masa tu sungguh indah dan gembira sebagai guru pelatih. Lihatlah riak kegembiraan yang terlukis di wajah masing-masing. Andai dapat kuundurkan putaran dunia alangkah gembiranya. Namun begitu di manakah rakan-rakan lama ini. Kalau ada tolong emailkan kepada saya.
Bergambar di tengah-tengah jambatan Pulau Pinang pada Mei 1985. Waktu itu,saya berada di tahun dua sebagai Guru Pelatih. kami berjalan kaki dari maktab ke jambatan tersebut. Masa tu tak terasa berjalan beramai-ramai. Saya rasa beruntung kerana dapat melihat proses jambatan Pulau Pinang dibina.





8 comments:

white rose January 13, 2010 at 2:36 PM  

wah...nostalgia sungguh gambar nih...beh nye saat2 mcm ni...

Cikgu ILi January 14, 2010 at 5:42 AM  

Laa...sian pulak tengok nama penuh encik che miskin tu..
Gambar jambatan pulau pinang tengah bina tu paling mahal!

roslaini saad January 14, 2010 at 7:17 AM  

Mai saya teka...mana satu penulis blog....hehehhe tak kenal.

Pengembara silam, February 12, 2010 at 7:06 AM  

XMTC...Hang kira senior aku la.. Aku 87/89..

Anonymous April 5, 2010 at 11:50 PM  

comey la komen2 kat sini.. hik3..

the life of cikgu sue April 13, 2010 at 6:25 AM  

Allahhuakhbar.Menitis air mata ini apabila turut teringat kenangan jadi guru pelatih di MPPM Melaka tahun 1979

Anonymous September 16, 2013 at 3:04 AM  

Saya juga menyertai MTC Gekugor P Pinang 1972 selama 3 bulan kemudian dapat memasuki University Malaya Fakulti Pertanian.En Miskin saya ingat dia agak berisi (gemuk) berseluar pendek kata nya dia juga di UM sebelum dapat belajar diGermany. Kata nya dia semasa di UM memang bedamping dengan Mesjid di Pintu UM tu tetapi selepas belajar di Germany dia sudah berubah.Dia tidak popular dengan pensyarah yang conservative "Nama miskin tak miskin harta benda tetapi perangainya" itu yang di katakan saorang pensyarah yg tidak berkenan dengan nya. Tapi dengan pelajar dia mesra dan sangat patriotik. 1999 saya bertemu saorang yang di kata tidak siuman kata nya Che Miskin.Tinggi orang nya dan hanya pakai kain pelikat dan selalu berdamping dengan Mesjid India Sungai Petani. Kata nya dia berpencen RM1000 sangat besarlah kepada orang biasa. Tapi saya tidak pasti sama ada itu benar benar dia.Tak lama kemudian di katakan dia meninggal dunia. Ahag Said

Anak Solomak Pahang January 11, 2021 at 6:42 AM  

Ada tak pensyarah namanya Ridzuan mohamad.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP