Semakin hari semakin hampir SPM Kakak......

>> Thursday, September 27, 2012


Hari ini cuma tinggal 39 hari SPM akan bermula. Abah dan emak agak risau kerana semakin hari semakin hampir SPM. Hari sabtu ini  29 September 2012 akan diadakan Majlis Restu,sembahyang hajat dan bacaan Surah Yassin di sekolah kakak. Minggu lepas Kakak ada menelefon abah tentang temuduga Skim Pelajar Cemerlang MRSM. Kakak kata abah dan emak doakanlah kejayaan kakak. Insyallah kalau kita berdoa Allah akan mendengar hajat kita. Sesungguhnya cita-cita nak jadi peguam bukanlah mudah. Tapi semuanya itu qada dan qadar Allah.
Kakak adalah anak yang baik dan mendengar kata. Semoga sikap kakak ini mempermudahkan cita-cita kakak suatu hari nanti. Selamat maju jaya Kakak...............................

Read more...

Mantera Orang Melayu Dahulukala

>> Sunday, September 16, 2012

Sedang berehat-rehat di halaman rumah,saya teringat seorang pensyarah saya bernama Prof Dr Haron Daud ,sewaktu menjadi Mahasiswa di USM Pulau Pinang yang pernah mengajar saya untuk menyiapkan tesis Masters. Kebetulan  beliau merupakan penyelia tesis saya. Sifatnya yang peramah dan mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang akademiknya,saya banyak bersembang dan berbincang dengannya terutamanya topik penulisan tesis. Tesis Phd beliau sememangnya menjurus kepada mentera.pelbagai pengalaman telah diceritakan dalam proses menyiapkan tesis Phd beliau bertajuk "Mantera Melayu analisis pemikiran."


1. Mantera Menghalau Badi ( dipetik dari Harun Mat Piah )

 

Bismillahirrahmanirrahim...

hong badi,mak badi,

badi seratus sembilan puluh tiga,

bukan aku yang berbadi,

sekalian yang bernyawa berbadi,

aku tahu asal kau jadi,

uri tembuni pusat tetuban asal kau jadi,

turun kau dari urat sendi darah daging ( si anu )

kalau tiada kau turun

aku sumpah dengan kata

Lailaha-illallah.

 

2. Mantera Mengusir Penunggu ( Haron Daud )

 

hai hantu,hai jembalang,

datang di bukit balik ke bukit,

datang di pusu balik ke pusu,

datang di pohon balik ke pohon,

datang di gunung balik di gunung,

sekarang kau pulang ke tempat asalmu,

 

3. Mantera Untuk Pemanis ( Harun Mat Piah )

 

Bismillahirrahmanirrahim,

seri gurun,seri bintang,seri matahari,

seri naik ke mukaku

cahaya limpah ke tubuhku

cahaya Allah cahaya Muhammad,

cahaya baginda Rasulullah,

duduk aku seperti raja,

berdiri aku seperti menteri,

berjalan aku seperti baginda,

duduk akulah yang lebih,

berdiri aku lebih,

siapa yang berkata,

akulah yang lebih,

berkat aku memakai "Si Awang Hitam"

 

4. Mantera Ilmu Pengasih ( Harun Mat Piah )

 

hei om pali

hei hantu tanah

jembalang bumi

kau pergi mengambil semangat roh ( si anu )

bawa gila kepada aku

menyala seperti api,

seperti nasi mendidih

jika engkau tidak membawa gila kepada aku,

seperti api menyala,nasi mendidih

ku sumpah engkau

derhaka kau kepada Allah

bukan dengan kuasa aku

dengan kuasa Allah

 

5. Mantera Panah Asmara ( Haron Daud )

 

Bismillahirrahmanirrahim

hai panah Ranjuna

aku panah gunung,gunung runtuh

aku panah laut,laut kering

aku panah batu,batu tembus

aku panah matahari,matahari tembus

bukan aku yang panah

sang betara guru yang panah

sah sidi pengajaran guruku

dengan berkat doa

Lailahaillahllah Muhammadar Rasulullah.
 
Mantera atau Mantra merupakan amalan ritual yang pada asalnya amalan Hindu Buddha dalam bentuk nyanyian sebagai alat untuk mereka bermeditasi. Namun mantera ini telah terasimilasi kedalam masyarakat Melayu sehingga sering digunakan oleh masyarakat dahulukala untuk tujuan tertentu. Di sini saya, akan menyenaraikan sedikit sebanyak mantera yang pernah digunakan oleh orang Melayu dahulukala. Pembaca di nasihatkan untuk menggunakan budi bicara semasa membaca mantera ini kerana kebanyakan mentera Melayu lama mempunyaiunsur Syirik atau khurafat walaupun disebut nama Allah, nabi Muhammad ataupun Bismillahirrahmanirrahim. Diharapkan pembaca dapat menilai sejarah nenek moyang berdasarkan keadaan mereka di zaman tersebut.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP