Kursus KOMSAS di PKG Kuala Kangsar 21-22 Feb 2011

>> Tuesday, February 22, 2011

Kursus diadakan pada 21 hingga 22 Februari selama 2 hari di PKG Talang Kuala Kangsar. Saya ditanggungjawabkan sebagai salah seorang Jurulatih Utama (JU). Kursus yang agak penting bagi guru-guru bagi melengkapkan diri untuk mengajar mulai tahun 2011 bagi teks KOMSAS tingkatan 2 dan 5. Kami sebagai JU seramai 5 orang begitu bersungguh-sungguh bagi mencurahkan ilmu bagi dimanfaatkan oleh anak bangsa.

Saya memberikan slot pada hari kedua yang disertai oleh Guru-guru daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak.
Para peserta begitu bersungguh-sungguh menumpukan perhatian bagi setiap sessi.

Saya dan di sebelah kiri sekali Pn NoorLaili KPP Bahasa Melayu JPN Perak dan para JU sempat bergambar di hadapan PKG Talang.


Sekali lagi saya memberikan ceramah untuk dimanfaatkan oleh para guru.

Semua peserta dan JU sempat bergambar di akhir kursus.

Read more...

Tutorial kali Ke-2 OUM Perak.

>> Saturday, February 12, 2011

Antara pelajar yang begitu gembira dengan tajuk ini.
Tekun menumpukan aktiviti pembelajaran
Saya sedang asyik mengajar kepada pelajar OUM
Ramai juga pelajar pada Tutorial ini.


12 Februari (Sabtu) merupakan Tutorial Kali ke-2 bagi semester Januari 2011. Sudah hampir 5 tahun saya mengajar di OUM ini. Begitulah lumrahnya,pelajar silih berganti. Ramai pelajar yang bersungguh-sungguh belajar demi mencapai cita-cita untuk menggenggam sekeping Ijazah.
Tajuk pada hari ini sangat menarik. Bagi pengajian sosiologi ia berkisar kepada perkara yang terdapat di sekeliling mereka.
1) Isu monogami (semua pelajar kurang berminat) haaaa
2) Isu Poligami ( ini isu yang menarik/bermacam-macam contoh yang keluar)
3) Isu endogami ( mengenai perkahwinan yang dibenarkan di dalam status yang
sama shj,seperti keturunan,gelaran dsbnya.
4) Isu eksogami (mengenai perkahwinan mesti berkahwin dengan orang luar cth:
lelaki Lombok bawak lari anak dara ke kampung halaman mereka)
5) Isu perkahwinan Poliandri perkahwinan dua atau lebih suami dan satu isteri.
(isu ini sangat menarik pelajar) (berlaku di Afrika)
Sesungguhnya semua tajuk ini amat menarik.Kerana rata-rata semua pelajar saya sudah berkahwin.

Read more...

Esok Hari Jadi Abah. 9 Februari.............

>> Tuesday, February 8, 2011

Kakak,Emak,Adik,Abang dan Kak Cik. sedang posing/gambar pun blur.haaaa......
KFC pun dah sampai......

Kakak bersama Abah,begitu gembira meraikan.


Besok merupakan hari jadi Abah. Terlalu cepat masa berlalu. Semua anak-anak dapat berkumpul di KFC Teluk Intan untuk meraikan harijadi Abah. Terima kasih isteri saya Cikgu Rasimah kerana belanja kami semua.

Read more...

Selamat mendaftarkan diri Kakak ( Nur Liyana) ke MRSM Pasir Salak.

>> Sunday, February 6, 2011


Pagi ini 7 Februari 2011 kakak mendaftarkan diri di tingkatan 4 di MRSM Pasir Salak. Sayu rasanya,apabila mereka berpisah dengan kawan-kawan sewaktu berada di tingkatan 1-3 dahulu. Ada yang bertukar ke MRSM Bitara (PKP) Taiping,Jasin,Melaka dan Langkawi. Segala pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Allah Azzawajalla.


Tidak sanggup melihat mereka bercucuran air mata.Berpisah. Apa yang penting Kakak berusaha bersungguh-sungguh apabila mengambil SPM nanti. Abah berdoa agar kakak dapat menun jukkan kecemerlangan seperti UPSR dan PMR yang lepas.






JiJah Sahabat Baik Anakanda ke MRSM Taiping



Kita hanya merancang,hanya tuhan yang menentukan. Abah hanya dapat berdoa agar kejayaan Kakak di dunia dan akhirat direstui oleh Allah Azzawajalla. Abah rasa yakin dengan usaha kakak dan beberapa peperiksaan telah kakak buktikan dengan cabaran yang abah berikan.



Selamat belajar Kakak............

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP