Lagi Pelajar saya di OUM berkonvokesyen.....

>> Thursday, December 15, 2011

Sharifah Nasrul Hasni
Hazrina Yazid
Tahniah saya ucapan pelajar-pelajar saya di OUM yang telah selamat berkonvokesyen. Sesungguhnya segala usaha kalian semua telah membuahkan hasil.

Read more...

Bapa Saudara Saya Yang Merantau Ke Kelantan Sejak Selepas Perang Jepun.......

>> Sunday, December 4, 2011

Pada 4 Disember 2011 (Ahad) sedang saya mengendalikan kelas OUM di Ipoh saya telah dihubungi oleh isteri bahawa bapa saudara saya yang saya panggil Pak Lop akan datang ke kampung untuk menziarahi keluarga kami di Bota.Setelah itu, selepas mengajar di kuliah OUM Ipoh saya bergegas balik. Pak Lop merupakan adik yang paling kecil ibu saya (satu ibu dan satu bapa) selepas Wan Nyah (Hamidah) yang sudah lama kembali ke Rahmatullah. Begitu juga ibu saya Sadiah Bt Pandak Daud sudah lebih 20 tahun meninggal dunia. Pak Lop mempunyai kisah yang panjang. Beliau pergi merantau selepas perang Dunia Kedua iaitu selepas pendudukan Jepun ke Tanah Melayu. Selepas Pendudukan Jepun lebih kurang tahun 1948 setelah Darurat di isytiharkan di Tanah Melayu beliau telah memasuki SC (Senior Constable) nombor SC 24775. Selepas itu beliau telah membawa hati yang lara dengan menaiki keretapi ke Kelantan (cerita ini telah diceritakan oleh opah saudara saya Che Pah yang saya panggil opah Layang). Pada masa itu Pak Lop adalah anak saudara kesayangan Opah saya. Di Kelantan pak Lop telah bertemu jodoh dengan orang Kelantan (saya lupa namanya) dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Asiah.


Saya berdiri di sebelah Pak Lop,sebelahnya anak beliau Asiah.

Lagi kami bergambar sebelah kiri kakak saya Fatimah,Asiah (anak tunggal pak Lop), Pak Lop,Cikgu Salmah,Cucu Pak Lop (yang betugas di klinik Tanah Rata Cameron Highlands, isteri saya Cikgu Rasimah dan Kakak saya Hajah Zaleha.

Bergambar kenangan bersama Pak Lop yang kini berumur 81 tahun.



Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Read more...

Melawat kompleks Rumah Orang Papua di Jakarta

>> Thursday, November 24, 2011

Pada 20/11/2011 kami sekeluarga telah bercuti ke Jakarta,Bandung dan Puncak Indonesia. Percutian ini adalah selama 4 hari Tiga malam. Salah satu tempat yang agak menarik ialah Taman Mini Indonesia yang menempatkan 33 buah suku kaum terbesar di Indonesia.



Kami Sekeluarga bergambar di depan pagar rumah Papua.
Saya dan isteri bergambar.
Bergambar dengan orang Papua dikenakan sebanyak 15,000 Rupiah (lebih kurang RM 4.00 setiap sewkeping gambar. Berbau juga badan saya selepas tu haaaa.
Dia nak tikam menikam (bahasa Indonesia sebut menusuk)

Antara Kostium topi yang boleh dipinjam untuk bergambar.
Kami sekeluarga bergambar di kompleks tersebut

Read more...

Mayat Berjalan, Tradisi Tanah Toraja

>> Saturday, October 1, 2011

(Dipetik Dari sebuah artikel)
Sebagai orang Toraja asli, saya sangat sering ditanya oleh teman2 tentang uniknya kebudayaan Tana toraja khususnya tentang fenomena mayat berjalan. saya sendiri lahir dan tumbuh besar di Tana Toraja sehingga saya mengetahui tentang adat & kebudayaan di Tana Toraja walaupun tidak menguasai secara keseluruhan tentang asal usul dan segala macam tetek bengek adat Toraja.

Cerita mayat berjalan sudah ada sejak dahulu kala. ratusan tahun yang lalu konon terjadi perang saudara di Tana toraja yakni orang Toraja Barat berperang melawan orang Toraja Timur. dalam peperangan tersebut orang Toraja Barat kalah telak karena sebagian besar dari mereka tewas, tetapi pada saat akan pulang ke kampung mereka seluruh mayat orang Toraja Barat berjalan, sedangkan orang Toraja Timur walaupun hanya sedikit yang tewas tetapi mereka menggotong mayat saudara mereka yang mati, karena kejadian tersebut maka peperangan tersebut dianggap seri. pada keturunan selanjutnya orang-orang Toraja sering menguburkan mayatnya dengan cara mayat tersebut berjalan sendiri ke liang kuburnya.

Fenomena “Mayat berjalan” itu saya sendiri pernah menyaksikannya secara langsung. kejadian tersebut terjadi sekitar tahun 1992 (saya baru kelas 3 SD). pada saat itu di desa saya ada seorang bernama Pongbarrak yang ibunya meninggal. seperti adat orang Toraja sang mayat tidak langsung dikuburkan tetapi masih harus melalui prosesi adat penguburan (rambu solo’). saat itu setelah dimandikan mayat sang ibu diletakkan di tempat tidur dalam sebuah kamar khusus sebelum dimasukkan kedalam peti jenasah. pada malam ketiga seluruh keluarga berkumpul untuk membicarakan bagaimana prosesi pemakaman yang akan dilaksanakan nanti. saat itu saya duduk di teras rumah maklum anak-anak jadi suka mondar mandir. namun setelah rapat selesai (sekitar jam 10 malam), tiba-tiba ada kegaduhan dalam rumah dimana beberapa ibu-ibu berteriak -teriak. karena penasaran saya berusaha melongok ke dalam rumah dan astaga sang mayat berjalan keluar dari dalam kamar, kontan saja saya dan teman2 saya berteriak histeris dan berlari menuruni tangga. saya berlari dan mendapatkan ayah saya sambil histeris ketakutan. setelah itu saya langsung dibawa pulang kerumah oleh ayah dan saya tidak tahu apa yang terjadi selanjutnya. Keesokan harinya kejadian tersebut rupanya cukup heboh diperbincangkan oleh warga dan informasi yang saya dengar bahwa Pongbarrak yang melakukan hal tersebut. konon dia iseng aja untuk membuat lelucon pada malam itu.

Pada zaman sekarang sudah sangat jarang orang Toraja yang mempraktekkan hal tersebut walaupun masih banyak generasi yang memiliki ilmu seperti itu. akan tetapi mereka masih sering mempraktekkannya pada binatang seperti ayam atau kerbau yang diadu dalam keadaan leher terputus. Binatang seperti kerbau yang sudah dipotong kepalanya dan dikuliti habispun, masih bisa dibuat berdiri dan berlari kencang, mengamuk kesana sini!

Read more...

Bermulanya Semester September OUM 2011

>> Friday, September 30, 2011

Minggu lepas bermulanya semester September 2011. Saya diamanahkan mengajar dua kelas yang melibatkan 51 orang pelajar.

Semakin lama saya mengajar di OUM maka semakin seronok dan meyakinkan ilmu yang ada dalam diri,dapat dimanfaatkan kepada orang lain.

Saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak OUM Perak kerana memberi kepercayaan kepada saya. Sudah Lima tahun lebih saya menjadi tenaga pengajar di sana secara sambilan.

Pelajar pun bertukar ganti. Bermacam-macam karektor yang harus dilayan. Yang penting ilmu yang diajar dapat dimanfaatkan oleh pelajar.

Read more...

Majlis Restu MRSM Pasir Salak.

Pagi tadi 1 Okt 2011,saya ke MRSM Pasir Salak Kg Gajah untuk meraikan Majlis Restu ,Bacaan yassin dan solat hajat pelajar yang akan menduduki PMR pada tahun ini. Walaupun Kak Ngah berada di tingkatan 4, saya terlibat sebagai AJK Muafakat MRSM Pasir Salak.
Diharapkan semua pelajar dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin. Sebelum itu juru acara ada membuat pengumuman bahawa seorang bapa pelajar meninggal dunia pada pagi ini. Diharapkan pelajar itu tabah menghadapi PMR pada hari Selasa depan. Itu adalah ketentuan Allah Azzawajalla.

Read more...

Selamat Hari Jadi Anakku Mohamad Khairul Haziq ke 20 tahun.

>> Tuesday, August 16, 2011

Inilah gimik sewaktu anakanda berumur 1 tahun dengan lapik meja dan meja yang sama.

Sudah besar panjang anakanda.





Inilah gambar anakanda sewaktu berumur SATU tahun menyambut Hari Jadi yang pertama.


Tanggal 14 Ogos Merupakan Hari Jadi Abang yang ke-20 tahun. Sudah besar anakanda. Abah harap anakanda akan menjadi insan yang berjaya pada suatu hari nanti. Rasa baharu benar emak dan abah membesarkan anakanda.


Corakkanlah kehidupan anakanda dengan baik,dan menjadi insan yang diredhai Allah. Sesungguhnya anakanda ada Satu tahun lebih untuk menamatkan pelajaran di Politeknik Ungku Omar Ipoh. Belajarlah dengan sebaik-baiknya.










Read more...

Kenapa Beruk duduk di depan tuannya,bukan di belakang tuannya............

>> Thursday, August 11, 2011




Pagi tadi selepas saya mengajar di Tingkatan 4 Sains Teknologi,seorang murid yang bernama Shafie memberi teka-teki kepada saya." Kalau cikgu boleh jawab memang cikgu terror",soalnya. Dia kata kenapa beruk di letakkan di bahagian depan tuannya jika naik basikal atau motorsikal.

Saya pun menjawab spontan. Hahhhhh..... kalau diletakkan di belakang orang panggil Shafie Beruk (Sebab Shafie di depan dan beruk di belakang). Tapi kalau beruk di depan orang panggil beruk Shafie (Sebab beruk di depan) kerana orang akan panggil objek di depan dahulu.

Hahhhh...... Dia terus lari ke belakang kelas aambil tersipu-sipu.... Cikgu memang terror....

Read more...

Ramadhan............

>> Wednesday, August 3, 2011

Hari ini sudah 4 hari umat Islam menjalankan ibadah puasa. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat meningkatkan amal ibadat kita. Namun begitu, apabila berbuka puasa dengan juadah yang enak dan berkhasiat yang dimasak oleh Cikgu Shimah,teringat kepada Kakak (Nur Liyana) dan Kak Chik di asrama. Hari ke tiga berpuasa Kakak menyatakan dia dihidangkan dengan nasi Beriani di asrama. Hari Pertama Kak Chik dengan rendang black pepper. Semuanya ini tidak sama dengan masakan ibu di rumah.

Yang penting amal ibadah di bulan puasa ini. Adik (Nur afdhalia) setiap hari pulak ajak abah ke pasar ramadhan. Rupa-rupanya nak beli mercun pop.Hahhhh...itulah seronoknya zaman kanak-kanak.

Semoga ibadah kita diterima Allah Azzawajalla
.

Read more...

Renungkanlah...................

>> Sunday, July 24, 2011

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampa, hasilnya macam kita ‘ TAK DATANG’ kerj
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’ .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?

Read more...

Tutorial ke-5 OUM

>> Friday, July 15, 2011









Hari ini ada 3 kelas yang nak di ajar di OUM Green Hill. Tutorial untuk kelas yang pertama pelajarnya hanya seorang sahaja. Hahhh namanya Sivakami Arumugam. Tapi nampaknya belum datang lagi. Boringnya duduk sorang-sorang dalam bilik kuliah ini.


Read more...

Nostalgia. Sesungguhnya kebahagiaan terletak di hati

>> Sunday, July 3, 2011

Read more...

Hari Bapa

>> Sunday, June 19, 2011

Hari ini semua anak mengucapkan hari bapa. Seronok jugak bila ucapan diberikan oleh mereka. Rasa bertuah jugak. Pertamanya,anak-anak dah besar-besar. Mereka memahami apa itu hari Bapa?.

Namun begitu.bila mengenangkan bapa saya telah pergi sejak 14 tahun yang lalu,banyak nostalgia yang muncul kembali. bapa mertua pun dah meninggal jugak pada tahun lepas.

Dalam hal pelajaran, bapa saya begitu mengharapkan saya menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. Saya masih ingat hari pertama saya masuk tahun satu di SK Bota Kanan pada tahun 1972. Ayah saya membeli hanya sebatang pensel dan sepotong getah pemadam sahaja. Ini Abah belikan. Esok kamu mula masuk sekolah katanya.

Namun begitu saya rasa bangga dengan tanggung jawab ayah saya. Perkara itu dah berlalu 40 tahun dahulu.Tak sama dengan sekarang. Walau bagaimanapun saya mengucapkan Selamat hari Bapa.

Read more...

Semakin ramai pelajar saya di OUM telah tamat belajar (Minggu ini Konvokesyen di PWTC)



Semakin ramai pelajar saya yang saya ajar dahulu telah tamat pengajian di OUM Ipoh. Petang tadi seorang pelajar telah selamat berkonvokesyen di PWTC. Norazura Mohamad seorang guru yang mengajar di SMK Seri Tapah. tahniah saya ucapkan. Semua pelajar silih berganti.Usia pun dah semakin bertambah. Cuma khidmat bakti yang saya curahkan kepada mereka akan di balas apabila anak-anak saya diajar oleh orang lain nanti.






Read more...

Selamat Hari Jadi Buat Isteriku

>> Sunday, May 29, 2011



Selamat Hari Jadi buat isteri tersayang. Abang ucapkan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan usaha kita mendidik anak-anak agar menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti.


Tiada apa yang abang dapat berikan,melainkan kasih sayang seperti 20 tahun dahulu apabila kita mengenali antara satu sama lain,sebelum kita ke jinjang pelamin.


Banyak suka duka yang kita lalui. Itulah yang dinamakan kehidupan. walau apa pun abang mengucapkan selamat hari jadi.

Read more...

Rokiah Wanda - Pemuda Pemudi

>> Friday, May 27, 2011




Lagu nostalgia,kehebatan panggung wayang pada tahun 50 an.

Read more...

Selamat Hari Jadi Ke-16 Kak Ngah (Nur Liyana)

>> Thursday, April 14, 2011














Hari ini 14 April umur Kak Ngah genap 16 tahun. Ini bermakna sudah 16 tahun kakak menjadi anak abah dan emak. Tiada apa yang emak dan abah harapkan melainkan Kakak Ngah belajar bersungguh-sungguh tanpa jemu. Tahun depan Kakak akan menghadapi SPM. Satu cabaran yang amat besar dalam hidup Kakak. Itulah yang dinamakan perjuangan.



Petang tadi abah dan emak sempat datang ke sekolah Kakak untuk meraikan Hari Jadi Kakak yang ke-16.Walauapun abah sibuk dengan tugas harian,contohnya hari ini abah menjadi Ketua Hakim Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Perak Tengah.


Read more...

Seketika di Tanah Tinggi Cameron Highlands......

>> Tuesday, April 12, 2011

Sudah lama entry ini tak up date. Kesibukan dan komitment lain telah mengabaikan usaha untuk menambah entry ini. Tugas di sekolah semakin banyak. Contohnya besok saya akan menjadi Hakim Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah. Begitu juga adalah sedikit pokok-pokok kelapa sawit yang nak di tanam di kebun sekangkang kera itu. Letih jugak meracun semak-samun di kebun tersebut,menyediakan zink yang digunting kecil-kecil agar tidak disondol oleh babi hutan yang kadangkala mengganas. Minggu lepas sempat jugak membawa anak-anak ke Cameron Highlans. Kebetulan Kak Chik, boleh outing,Kak Ngah juga boleh outing dan abang sudah mula Study Live,boleh juga tolong bawakakan kereta mendaki banjaran Titiwangsa yang tinggi tersebut.

Kak Ngah masih lagi memakai baju sekolah, menikmati suasana di Taman Bunga. Abang melihat kucing yang dalam keadaan lapar ingin makan sisa-sisa makanan di sebuah Taman di Tanah Rata.
Kami menikmati juadah makanan yang enak yang dimasak oleh Cikgu Rasimah.
Perjalanan ini saya minta bantuan abang,untuk mendaki dan menuruni Banjaran Titiwangsa untuk sampai ke Cameron Highlands.
Lepas jugak rindu terhadap anak-anak Abang,Kak Ngah,Kak Chik dan Adik. Walaupun hanya sehari tetapi nostalgia tetap terpahat.

Read more...

Cuti-cuti Malaysia......

>> Friday, March 25, 2011

Agak terlewat nak upload gambar-gambar percutian sempena cuti sekolah yang lalu.Cuti seminggu yang lalu kami sekeluarga hanya berjalan-jalan ke Bukit Merah Lake Town Resort,Taping dan Kuala Kangsar. Agak santai jugak. Happy tetap ada bercuti dengan anak-anak yang berkumpul.

Kami sempat juga singgah di Restoren Doli yang terkenal dengan Kuey Teow.


Singgah di luar kawasan Istana Kenangan di Kuala Kangsar yang menjadi kebanggaan kita.


Kak Chik bergambar berlatarbelakangkan Madrasah Idrisiah Bukit Chandan yang telah menawarkan tempat kepada Kak Chik. Namun begitu Kak Chik memilih belajar di SM Taayah Ipoh bagi menyambung pelajaran agama yang Kak Chik minati.


Anakanda egitu bergembira bermandi-manda di Kolam mandi bersama-sama opah.




Kakak begitu gembira sekali di kolam renang.Namun begitu tahun depan kurangkan bercuti kerana kakak nak ambil SPM tahun 2012 nanti. Mungkin Kakak banyak kerja dan latihan yang diberikan oleh guru-guru MRSM.


Kak Chik dah mengeletar mandi air pancut.

Bekas kamera pun sampai terjatuh ke dalam air haaah.

Setelah puas bermandi-manda kami sempat posing di pintu masuk ke Bukit Merah lake Town Resort.


Makan dua pinggan Koey Teow Goreng di restoren Doli di Bandar Taiping. Sesekali makan sedap jugak.

Read more...

Kursus KOMSAS di PKG Kuala Kangsar 21-22 Feb 2011

>> Tuesday, February 22, 2011

Kursus diadakan pada 21 hingga 22 Februari selama 2 hari di PKG Talang Kuala Kangsar. Saya ditanggungjawabkan sebagai salah seorang Jurulatih Utama (JU). Kursus yang agak penting bagi guru-guru bagi melengkapkan diri untuk mengajar mulai tahun 2011 bagi teks KOMSAS tingkatan 2 dan 5. Kami sebagai JU seramai 5 orang begitu bersungguh-sungguh bagi mencurahkan ilmu bagi dimanfaatkan oleh anak bangsa.

Saya memberikan slot pada hari kedua yang disertai oleh Guru-guru daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak.
Para peserta begitu bersungguh-sungguh menumpukan perhatian bagi setiap sessi.

Saya dan di sebelah kiri sekali Pn NoorLaili KPP Bahasa Melayu JPN Perak dan para JU sempat bergambar di hadapan PKG Talang.


Sekali lagi saya memberikan ceramah untuk dimanfaatkan oleh para guru.

Semua peserta dan JU sempat bergambar di akhir kursus.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP