Terima Kasih UNIKL MIMET Manjung.....

>> Friday, July 23, 2010

Mulai minggu lepas tugas dah semakin sibuk. Saya dilantik semula sebagai pensyarah UNIKL untuk semester Julai 2010. Saya rasa bersyukur kepada Allah Azzawajalla kerana diberi peluang ini. Sebenarnya saya begitu gembira mengajar pelajar di sana yang begitu bersungguh-sungguh belajar untuk menjadi seorang Jurutera Perkapalan. Kali ini ke semua pelajar yang saya ajar mengambil kursus Ijazah Kejuruteraan. Namun begitu ini adalah rezeki.
Inilah pemandangan Hostel di dalam kampus UNIKL yang begitu selesa sekali.
Ini merupakan bangunan akademik

Lagi,bangunan akademik yang tersergam indah



Bangunan UNIKL



Read more...

LAWATAN PELAJAR SMKCL KE MELAKA

>> Tuesday, July 20, 2010

Lawatan Kelab Sejarah SMKCL ke Melaka telah diadakan selama 2 hari mulai 17 hingga 18 Julai 2010. Saya sebagai guru Sejarah telah bersama-sama pergi menyertai rombongan tersebut. banyak perubahan telah berlaku di Bandar Hilir. Kebetulan malam minggu banyak pertunjukkan telah diadakan. yang paling menarik ialah Pesta Muda Mudi.




Menaiki beca yang dihias

Di atas Bukit St Paul.


Bergambar bersama-sama pelajar yyang begitu gembira



Pelajar saya dari Kelas 5 Sains Teknologi




Read more...

Kawan-kawan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang 1984-1986

>> Monday, July 5, 2010

Usaha menghubungi kawan-kawan yang sama-sama menjadi Guru Pelatih dulu yang lebih 20 tahun tidak dapat dihubungi kerana sibuk menjadi guru. Melalui laman FB sebanyak lebih 20 orang telah dapat dihubungi. Dijangkakan sehingga hujung tahun ini lebih 50 orang kawan akan dapat dikumpulkan.
Inilah gambar sewaktu malam/tak ada apa nak buat. Gerko malam pun tak ada.Assignment pun tak banyak waktu itu. Sepanjang 3 tahun menjadi Guru Pelatih hanya dua kali periksa aje masa itu. Padang Kota,Perangin Road(KOMTAR),Bukit Dumbar. Kalau elaun baru dapat RM 345 sangat besar di awal 80-an. Tengoklah gaya mereka.

Di Pantai Pasir Panjang. Masa itu ada perkhemahan.Saya yang pakai topi baju putih.Berseluar Jeans dua dari kiri.

Waktu petang selepas GERKO kami bersiar-siar di pesisir pantai PJambatan Pulau Pinang. Sebab kena balik sebelum pukul 8.00 mlm sebab Dewan makan asrama tutup pukul 8.00 malam.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP