Selamat Hari Bapa

>> Sunday, June 20, 2010

Bila mengenangkan bapa , walaupun sudah lama meninggal dunia, nostalgia tetap terpahat di dalam hati saya. Pengorbanan dan pembakar semangat untuk menjadi orang yang berguna. Arwah Abah saya tidak pernah marah tak tentu pasal, namun beliau terlalu memberi nasihat agar menghormati orang lain.

Sebenarnya,sudah 14 tahun ayah saya telah pergi,namun auranya masih menyentuh perasaan. Pada hari Bapa ini saya sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Abah.

Read more...

TAK MUNGKIN BERPALING -MAWI FEAT ZAMANI

>> Wednesday, June 16, 2010

Read more...

Cuti-cuti Malaysia.......

>> Monday, June 14, 2010


Tak tahu ke mana nak bawa anak-anak berjalan pada cuti sekolah ini. Sekolah akan dibuka beberapa hari lagi. Mahu tak mahu besok nak bawa anak-anak dan keluarga ke Kuala Lumpur sahaja.


Naik Keretapi Shuttle dari Batu Gajah ke KL Sentral. "Abah, kami nak naik keretapi pula,sebab kenderaan lain semua dah merasa naik"....(Kapalterbang,Feri,Kereta,Kabel Car dll) semua dah merasa.

Itulah budak-budak sekarang ni...

Read more...

Selamat Pengantin Baru Em dan Liyana.....

Sama Cantik dan sama padan bagai pinang dibelah dua.
Hadiah pemberian daripada Em kepada Liya


Saat yang mendebarkan bagi setiap pengantin...

Saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada anak saudara cikgu Shimah Kapten Ibrahim Khalil dan Cikgu Norazliyana.Yang telah selamat diijab kabulkan di Masjid Azlan Shah Kg. Gajah. Cikgu Norazliyana juga merupakan bekas anak murid saya yang tinggal di Kampong Gajah. Manakala Kapten Ibrahim Khalil bin Abdul Halim adalah anak abang sulung ke-3 cikgu Shimah.

Read more...

Peperiksaan PTK

>> Wednesday, June 9, 2010

Besok ramai guru yang akan menduduki peperiksaan PTK. Tidak terkecuali saya. Saya berdoa kehadrat Allah Azzawajalla agar kali ini keputusannya mendapat A bagi kertas Guru Mata Pelajaran. Inilah peluang terakhir untuk Gred DG 44. Jika tidak tunggulah Time Based ke gred yang lebih tinggi ,tapi entah bila munculnya.

Read more...

Bapa Mertua saya meninggal Dunia.

>> Sunday, June 6, 2010

4 jun 2010 (Jumaat) suatu berita sedih. Bapa mertua yang sangat saya sayang dan saya hormati telah kembali kerahmatullah jam 12.15 tengahari. Beliau meninggal dunia di Hospital Changkat Melintang , di hadapan isteriku Cikgu Rasimah dan adik Ipar saya Mohd Kairul Nizam, setelah 3 hari di masukkan ke hospital

Seorang bapa yang zuhud dan tidak pernah merungut dengan anak menantu,begitu juga dengan cucu-cucu sehingga disayangi oleh mereka.

Begitulah lumrah dunia yang datang dan pergi. Apa yang penting adalah kita berdoa agar beliau di tempatkan ke golongan orang yang soleh. Terima kasih kepada sahabat handai yang datang menziarahi pada hari tersebut.

Terima kasih juga kepada Yop Halim abang ipar saya yang sulung kerana menguruskan jenazah sehingga selesai seperti memandikan jenazah,sembahyang Jenazah dan membacakan talkin. Begitu juga adik ipar saya, Khairul Anuar, Biras saya Cikgu Zalifah Noor, Khairul Nizam dan Isterinya Linda yang amat menyayangi bapa dan bapa mertua mereka.

Read more...

Selamat Hari Jadi Nur Afdhalia ke 9 tahun.

>> Tuesday, June 1, 2010


Selamat Hari Lahir yang ke-9 tahun pada 1 Jun 2010 kepada anak bongsu ku. Cepat benar anakanda membesar,rasa baru sahaja anakanda abah dukung setiap hari. Abah pun dah semakin berumur. Cuma abah ingin melihat anakanda membesar dengan sempurna. Agar menjadi orang yang berguna pada suatu hari nanti.Abah berdoa kepada Allah Azzawajalla agar anakanda diberkati di dalam menjalani kehidupan ini.


Inilah sahaja kek yang dapat abah sediakan untuk meraikan hari jadi anakanda.Yang gilang gemilang.


Kek yang comel dan cantik.


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP