Kucing bernama Kutie....

>> Wednesday, May 26, 2010


Kucing ini saya namakan sahaja Kutie...Rupanya bukanlah cantik sangat tetapi bolehlah dibuat main. Jika satu hari tak mendukungnya rasa serba tak kena dibuatnya. Biarlah orang kata apa pun. Suatu masa dahulu kucing ini pernah tak pulang-pulang ke rumah.Tengah BIANG kut. Jenuh jugak umpan dengan lauk,nasi yang sedap-sedap tetapi tarikan untuk memikat kucing betina sangat kuat.Macam Romeo and Juliet lagaknya. Ataupun Romeo.Ataupun Shariff Dol samseng kampung Dusun. Sekarang ini,suka duduk di rumah sahaja.Masa makan,waktu pagi dia dah mengiau. Maka fahamlah kita perutnya dah kosong. Cikgu Shimah beria benar blender ikan bilis.Yang hairannya waktu malamnya tak dapatkah tangkap tikus,itulah kucing zaman sekarang ini. Sampai stok ikan bilis sebulan banyak dibeli.





Kutieeeeee..................









Read more...

Sekitar Ziarah Guru Uzur sempena Hari Guru Daerah Perak Tengah Tahun 2010.

>> Tuesday, May 25, 2010

25 Mei Sempena Hari Guru Daerah Perak Tengah,SMK Changkat Lada telah diberi tanggungjawab melaksanakan Ziarah guru-guru yang menjadi warga pendidik sempena Hari Guru Daerah Perak Tengah. Saya bersama-sama guru lain terlibat melaksanakan program tersebut yang di ketuai oleh Pn Hajah Hadijah Bt Uda Mat Dris. Setelah menziarahi mereka saya rasa insaf bahawa sebagai insan biasa kita tidak boleh lari daripada ujian Allah.
Pn Hajah Hadijah menyampaikan sumbangan sebagai tanda ingatan kepada Pn Rotibah Bt Mokhtar.
Memerhatikan ucapan Pn Rohani Maimunah, GK Pentadbiran SK Raja Chulan Pulau Tiga.

Pn Rotibah dan GK Pentadbiran Pn Maimunah Rohani.


Seorang lagi guru yang uzur dari SK Bota Kanan yang mengalami sakit buah pinggang.Sumbangan disampaikan oleh En Solehin Bin Suratman SK Changkat Lada 3.



Guru bersara Cikgu Bidin yang kami ziarahi di rumahnya di Tanjung Dedalu Layang-Layang Kiri,Parit begitu gembira dengan kehadiran kami.




Menerima sumbangan dan cenderahati sebagai ingatan daripada Pn Hajah hadijah





Seorang lagi guru bersara Haji Azuddin dari Kampung Tanjung Dedalu juga kami ziarahi,begitu gembira dengan kehadiran kami.











Seorang lagi guru yang menerima lawatan dan sumbangan daripada jawatan kuasa ziarah Ustazah Fauziah dari SK Bakung yang kami lawati di rumahnya di Kg Pasir Garam Pulau Tiga.


















Read more...

Kemalangan di Changkat Lada

Kemalangan ngeri yang berlaku di Changkat Lada padi semalam yang meragut nyawa seorang lelaki Cina yang membawa buah kelapa. Pihak bomba telah bertungkus lumus mengeluarkan mangsa. Pengalaman ini dapat saya lihat sewaktu perjalanan saya kesekolah pada pagi semalam.Menurut seorang pakcik lori tersebut bertembung dengan sebuah lori Kontena.namun begitu pemandu lori kontena tidak mengalami apa-apa kecederaan.








Pihak bomba dan mengeluarkan mangsa kemalangan


Mayat masih lagi tersepit dan belum dikeluarkan.


Mayat telah berjaya dikeluarkan

Read more...

Burung Raja Udang...tersesat

>> Monday, May 17, 2010

Burung Raja Udang ini tersesat tengahari buta ni. Pada tengahari ini cuaca panas. Saya nampak macam keletihan saja. Perlukan air perlahan-lahan saya tangkap gambar ini di celah tingkap rumah. Sebenarnya burung ini dah semakin berkurangan. Kalau nak lihat pun di tepi-tepi sungai Perak,menangkap anak-anak ikan.

Read more...

Pre Tutor Meeting Semester Mei 2010

>> Sunday, May 16, 2010

Hari ini Ahad 16 Mei saya menghadiri Mesyuarat Tutor OUM yang terpilih lebih kurang 20 orang bersama Pengarah OUM Perak Dr Richard di Green Hill Ipoh. Alhamdulilah sem Mei ini saya diberi tanggungjawab mengajar semula. Terima kasih kepada pihak OUM kerana memberi peluang kepada saya sekali lagi. Banyak maklumat baru yang diperoleh di mesyuarat tersebut. Antaranya,Tutor tidak perlu menyemak assignment pelajar.

Read more...

Selamat Hari Guru

>> Friday, May 14, 2010





Besok 16 Mei seperti biasa seluruh negara akan merayakan Hari Guru.
Sudah lebih 23 tahun saya menjadi guru,ini bermakna 23 kali saya merayakan hari guru. Bermacam-macam ragam dan asam garam pelajar dan rakan-rakan sejawat sudah dilalui. Banyak juga murid saya yang telah berjaya di dalam pelajaran. Nurul Azhani menjadi peguam, jurutera, doktor,paling ramai jadi guru termasuk rakan sejawat pada masa ini,cikgu Sulaiman Harikan, Ikmal,Al-Faani dan banyak lagi.

Ucapan Al-Fatihah kepada bekas guru-guru saya yang telah pergi. Cikgu Abdul Mutalib Hussein, Cikgu Samsuri Lebai Darus,Cikgu Aziz Bakar,Cikgu Ariff Ghafar,Cikgu Othman Kamal,Cikgu Othman Abdullah,TnHj Yeop Jiba, dan ramai lagi..

Namun begitu,ada juga yang kecundang di dalam kehidupan.Sedih juga rasanya. Yang penting kita kena menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas. Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua sahabat handai dan semua insan yang bergelar guru.


Lagu Guru Malaysia


Kami guru Malaysia,

Berikrar dan berjanji,

Mendidik dan memimpin,

Putera-puteri negara kita.

Pada Seri Paduka,

Kami tumpahkan setia,

Rukunegara kita,

Panduan hidup kami semua.

Di bidang pembangunan,

Kami tetap bersama,

Membantu membina,

Negara yang tercinta,

Amanah yang diberi,

Kami tak pesiakan,

Apa yang kami janji,

Tunai, tetap kami tunaikan.


Lagu dan Senikata : HASHIM AHMAD



Read more...

Perjalanan menghantar skrip jawapan pelajar OUM...

>> Friday, May 7, 2010

Jumaat 7 Mei 2010 saya bergegas ke OUM KL untuk menghantar skrip jawapan yang telah selesai diperiksa. Bertolak dari rumah pada pukul 1250 tgh.
Hujan turun dengan lebatnya, sungguh kelam suasana jalan. Lampu kereta yang bersimpang siur,tanpa membawa kenderaan dengan perlahan pun. Hujan ke tak hujan ke sama sahaja. Cuma saya harus berhati-hati kerana jalan licin.
Kampus OUM yang indah dan menghijau dengan simpang siur.



Kampus yang indah

Papan tanda pejabat pengurusan, OUM induk tersergam indah di dalam kampus.









Balik semula menghala ke Ipoh melalui lebuhraya PLUS setelah selesai menghantar skrip.

Hari hendak hujan semula,yang penting saya harus berhati-hati.






Read more...

Tahniah Pasukan Ragbi Sekolah bawah 18 tahun ....

>> Wednesday, May 5, 2010

Tahniah diucapkan kepada pasukan sekolah Menengah Changkat Lada kerana menjadi Johan Daerah Perak Tengah setelah menanti 10 tahun. Sudah 6 tahun saya menjadi pengurus pasukan ragbi sekolah bawah 18 tahun inilah kali pertama menjadi Johan Daerah bawah 18 tahun, Bawah 15 tahun dah banyak kali dah.
Pemain begitu gigih bertanding untuk mendapatkan Johan yang diidam-idamkan.
Halim Idris (Jadu) yang menjadi SO menerima hadiah daripada Tuan PPD Perak Tengah Tuan Hj Mokhtar Bin Mat Deris.

Kenangan terindah kepada pemain yang tidak dapat dilupakan untuk anak didik SMKCL yang begitu bersungguh-sungguh menjadi pemain Ragbi yang begitu glamour bagi mereka.


Lagi upacara penerimaan hadiah




Lapan orang telah mendapat tempat ke perlawanan Ragbi peringkat Negeri Perak pada 13-17 Mei ini di padang UiTM Seri Iskandar. Tahniah.......... Cikgu Nuar kena Belanje...belanje le Cikgu.




Read more...

Kerja,kerja,kerja...........

>> Tuesday, May 4, 2010

Sudah lama tidak up date entry ini. Atas beberapa sebab dan kekangan yang terpaksa dihadapi. Antaranya ialah Modem dan Wi Fi disambar kilat.Begitu juga, saya baru sahaja menyiapkan skrip pelajar OUM, Jumaat ini skrip hendak dihantar semula ke Kampus Induk OUM KL
Bersyukur juga kepada Allah Azzawajalla kerana ada peluang menyemak Skrip OUM kali ini.
Minggu lepas pulak ada kenduri kahwin jiran dekat rumah, dan kematian jiran En. Kamil.
Petang ini 5 MEI hendak hantar pemain Ragbi sekolah bawah 18 tahun MSSPK. Diharapkan pasukan sekolah mendapat Johan. Sebab minggu lepas saya diberitahu oleh Pengetua dan PK Ko-KU untuk menjadikan permainan Ragbi sebagai Projek dan insyaallah ia akan mendapat dana dari Yayasan Felcra.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP