Ke Jakarta dan Bandung Besok.

>> Thursday, December 23, 2010

Malam besok saya akan pergi ke Bandung dan Jakarta Indonesia. Saya dijangka menaiki Kapal terbang di KLIA jam 8.00 pagi pada 25 Disember. Di doakan agar saya selamat sampai dan balik.

Read more...

Selamat mendaftar sebagai pelajar ke Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh.

Di samping kejayaan Kakak, tidak lupa juga diucapkan tahniah kepada Kak Chik kerana mendapat tempat untuk menjadi pelajar di SM Raja Perempuan Taayah ke tingkatan satu pada tahun 2011 nanti. Kak Chik dijangka akan mendaftar sebagai pelajar pada 12 Januari nanti. Abah bersyukur kehadrat Allah Azzawajalla kerana dipermudahkan permohonan Kak Chik. Sememangnya Kak Chik ingin mendapat tempat ke sekolah ini dan bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang perubatan pada suatu hari nanti. Abah dan emak hanya dapat berdoa dan Kak Chik harus berusaha untuk memenuhi cita-cita yang murni ini. Selamat maju jaya Kak Chik.




Read more...

Tahniah Kak Ngah (Nur Liana) -PMR 2010

Tahniah diucapkan kepada anakanda Nur Liyana kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR di MRSM Pasir Salak. Sesungguhnya, penantian kali telah menjadi kenyataan. Abah dapat berdoa agar ilmu yang anakanda perolehi mendapat keberkatan dari Allah Azzawajalla. Abah inginkan anakanda menjadi insan yang solehah di samping ilmu yang anakanda pelajari selama ini. Terima kasih kepada semua guru yang mengajar anak saya yang tidak mengenal jemu. Hanya Allah Azzawajalla sahaja yang dapat membalasnya.


Anakanda begitu gembira berjumpa kawan yang mengerti isi hatinya selama ini.
Sesungguhnya usaha selama ini membuahkan hasil.
Tiga orang sahabat yang mendapat keputusan yang diinginkan.


Terima kasih Cikgu Jun. Cikgu kesayangan anakanda yang tidak mengenal jemu mengajar selama ini.

Kawan-kawan yang mendapat kejayaan yang cemerlang

Anakanda, Syikin dan Atirah yang memahami isi hati masing-masing

Terharu
Kepuasan yang tidak terhingga. Inilah hadiah yang dapat diberikan untuk Emak dan Abah. Abah dan emak doakan agar anakanda selamat maju jaya. Sesungguhnya perjalanan anakanda masih jauh.

Read more...

Trip Ke Cameron Highland,Kuala Trengganu dan Kota Baharu,1-5 Disember 2010

>> Tuesday, December 7, 2010

Cuti-cuti Malaysia, Trip kami sekeluarga melalui Cameron Highland (1-2 Disember),Kuala Trengganu (2-3 Disember),Kota Baharu (3-5 Disember).


Kakak,Kak Chik dan Opah sedang bersiap-siap untuk pulang ke Perak di Homestay Kayu Mas di Wakaf Che Yeh.
Terima kasih Tuan Hj Rahim dan isteri kerana memberikan layanan yang baik kepada kami sekeluarga di Homestay Kayu Mas, Wakaf Che Yeh Kelantan.

Suasana sejuk di Banjaran Titiwangsa,dalam perjalanan pulang dari Kelantan.


Bergambar di hadapan Masjid Cristal Kuala Terengganu. Pada masa itu sudah hampir Maghrib dan kami sempat bersembahyang di sana.
Bergambar di tepi pantai Bukit Keluang Besut. Ombak yang mengganas menyebabkan kami kagum..Terima kasih Ustaz Nazari dan isteri kerana memberi layanan yang baik kepada kami sekeluarga

Cikgu Rasimah sempat berposing di hentian Comeron Highlands.




Suasana di waktu pagi dari Hotel di tengah-tengah bandar Kota Baharu
Saya pun sempat berposing.

Singgah sebentar di Taman Pemuliharaan Hidupan Liar dalam perjalanan antara Tasik Kenyir ke Kuala Trengganu .Masa tu hari hampir hujan.

Homestay di Cameron Highland. Terima kasih En. Suhaimi kerana memberikan Homestay yang amat selesa untuk kami sekeluarga.

Suasasana di Lojing dalam perjalanan dari Cameron Highland ke Gua Musang.

Read more...

Hasil pertama betik.

>> Sunday, November 28, 2010


Inilah hasil pertama tanaman betik yang ditanam oleh Nur Afdhalia di tepi rumah.Orang lain sibuk dengan MAHA tetapi kalau ringan tulang akan dapat juga hasilnya. Penghomatan telah diberikan kepada Adik untuk memetiknya.

Read more...

Kumpulan Harmoni - Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang



Kali pertama menjejakkan kaki ke Pulau Pinang pada tahun 1981. Menaiki Feri dengan penuh kagum. Namun mempertemukan semula Pulau Pinang apabila ditawarkan sebagai guru pelatih di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang pada tahun 1984-1986. Pulau Pinang melakarkan pelbagai kenangan. Apabila keremajaan penuh nostalgia. Antara cinta,kasih,sayang,intelektual,erti manusia,erti hidup dan nasi kandar. 1991 ditawarkan melanjutkan pelajaran ke USM yang penuh warna-warna kehidupan, dengan Pesta Pulau Pinang,Batu Feringgi,Rope Walk,KOMTAR.

Read more...

Bercuti Ke Pulau Pinang 5 dan 6 Nov 2010

>> Monday, November 8, 2010

Sempena cuti selama tiga hari, kami bersetuju untuk bercuti ke Pulau Pinang. Sudah lama benar saya tak berkunjung ke sana. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat menuntut ilmu selama 11 tahun di sana. Shariff nasi kandar dah menjadi keutamaan saya. Anak saya Nur Liyana sampai satu bungkus setengah boleh habis. Hahhhhh.... pagi esoknya sakit perut...Adik Liya pun sama. Tempat yang kedua yang paling saya gemari ialah Rope Walk (Lorong Kulit)tempat jual barangan lama dan antik/jual ubat pun ada. Tak sempat mengelilingi Pulau Pinang,sebab badan pun dah letih. Namun begitu,cuti hujung minggu yang singkat kami harus tergesa-gesa untuk balik.


Bersama Nur Afdhalia, di Kampus USM Penang.
Bersama isteri di hadapan Muzium Perang Batu Maung.


Kami sekeluarga dan ibu mertua dan kakak saya.


Di dalam kawasan Muzium Perang
Bersama Nur Afdahalia Bt Anuar

Kesan peninggalan British dan Jepun Perang Dunia Ke-2

Read more...

Selamat Bergraduasi Nur Liyana (Kakak)

>> Saturday, October 30, 2010

Tarikh Graduasi: 30 Oktober (Sabtu)
Tempat: Dewan Besar MRSM Pasir Salak
Hari ini adalah hari yang indah buat abah dan emak kerana dapat meraikan Majlis Graduasi MRSM kali ke-7. Abah rasakan saat itu bagaikan membangkitkan nostalgia sewaktu abah berkonvokesyen di USM dan UPSI bagi menerima sekeping Ijazah yang telah memberi seribu makna buat abah. Mungkin perasaan ini dapat dirasai oleh anakanda,seperti abah rasakan dulu. Walaupun majlis ini adalah peringkat MRSM sahaja,ia merupakan asas yang boleh anakanda ciptakan di peringkat seterusnya. Abah sentiasa mendoakan kejayaan anakanda untuk mencapai cita-cita yang diidamkan.
Sungguh gembira anakanda menerima sijil graduasi dan abah sangat gembira meraikan bersama-sama ankanda. Setelah majlis selesai.
Bersama emak tersayang yang tidak putus-putus mendokan kejayaan anakanda suatu hari nanti agar menjadi manusia yang berguna

Abah dan emak mendoakan kejayaan anakanda.





Anakanda sungguh bergaya,dan opah sanggup menjahit baju kurung tersebut untuk hari bergraduasi.



Anakanda kena buktikan apabila keputusan PMR keluar nanti


Semoga anakanda berjaya. Amin....

Read more...

Senjata Lama Warisan Melayu.

>> Thursday, October 28, 2010

Sebagai guru yang mengajar Sejarah di sekolah dan mengajar subjek Pengajian Malaysia di UNIKL ,koleksi senjata lama memang menjadi kegemaran saya sejak dulu lagi. Senjata ini ditunjukkan oleh seorang pelajar UNIKlL MIMET yang menyatakan bahawa dia banyak mengumpulkan senjata lama sebagai hobi. Senjata yang dikumpulkan mempunyai ceritanya sendiri. Begitu juga cara penjagaannya.
Dua bilah keris lama yang berusia beratus tahun.
Badek Lama yang bertatahkan logam Perak yang dijaga dengan baik. Merupakan warisan nenek moyang pelajar tersebut.


Read more...

Kejohanan Ragbi KRM Msspk 2010 Daerah Perak Tengah.

Kejohanan Ragbi Bawah 15 tahun di adakan pada 28 Oktober 2010. Inilah pasukan sekolah saya yang menyertai pertandingan tersebut. malangnya mereka tidak dapat memenuhi impian sebagai Johan daerah kali ini setelah kalah kepada SMK Iskandar Shah Parit. Sebagai Pengurus Pasukan saya mengucapkan tahniah kepada pelajar saya yang bermain bersungguh-sungguh.
Pasukan yang segak dengan Jersey baru.

Cikgu Razak memberikan kata-kata untuk menaikkan semangat pemain.


Main mesti menang.Jangan takuttt....








































Read more...

Selamat mengambil PMR untuk Kak Ngah (Nur Liyana)

>> Thursday, September 30, 2010


5 Oktober ini serentak di seluruh Malaysia pelajar tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan PMR. Rasa berdebar-debar tidak akan hilang selagi hari yang ditunggu-tunggu tiba. Kepada Kak Ngah (Nur Liyana) Abah doakan terhadap Allah Azzawajalla agar dapat menjawab dengan cemerlang.


Begitulah putaran dunia, sekejap sahaja anakanda dah menduduki PMR. Diharapkan tahun hadapan anakanda dapat kekal sebagai pelajar MRSM Pasir Salak sehingga ke tingatan 5.


Hari Sabtu ini 2 Oktober 2010 akan diadakan Majlis Restu Pelajar. Abah dan Emak akan hadir bersama-sama untuk merestui hajat anakanda.

Selamat menduduki peperiksaan anakku.....

Read more...

Selamat Hari Jadi Ke-12 Kak Chik (Nur Syazwani)

>> Friday, September 3, 2010







Hari ini 4 September genaplah umur Kak Chik ke-12 tahun. Abah dan Emak mengucapkan Selamat Hari Jadi semoga dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan maju dalam pelajaran. Apa yang penting abah berdoa agar Kak Cik berjaya dalam peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 21 September ini. Rasa sekejap sahaja anakanda membesar. Abah berharap Kak Cik menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. Jangan lupa sembahyang dan sentiasa berdoa kepada Allah Azzawajalla.







Selamat Hari Jadi Kak Chik



Read more...

Perginya orang yang dikenali dalam masa seminggu.

>> Sunday, August 22, 2010

Di samping umat Islam beribadah untuk mendapatkan pahala yang berganda di bulan Ramadhan ini,dua orang yang saya kenali telah pergi ke rahmatullah dalam masa seminggu. Yang Pertama merupakan bekas pelajar OUM Kohort 2 selama 5 semester saya mengajarnya bagi Major Kajian Sosial Cikgu Termizi Bin Mohamed Tahir yang menjadi Guru Besar SK Gunung Besaut 5 telah dijemput Allah Azzajawalla pada hari Rabu malam Khamis lepas. Beliau adalah pelajar OUM yang sangat saya hormati dan saya sayangi kerana pendiriannya.



Allahyarham En Termizi Bin Mohamed Tahir
Guru Besar SK Gunung Besout 5
ehsan:Blog Bila Labun Tua Berkata-kata
Sebagai Tutornya saya sempat memaklumkan kepada pihak Pengarah OUM Perak Dr. Richard Ng yang berjanji untuk memberi khairat kebajikan kepada keluarga beliau.
Keduanya bekas murid tingkatan 5 Sains 2 tahun lepas Emy Ezuwan yang meninggal dunia akibat kemalangan langgar lari pada hari Jumaat lepas. Kemalangan pada pukul 7.00 pagi dan dikejarkan ke Hospital Teluk Intan dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.00 petang pada petang yang sama.
Kedua-duanya saya sempat berziarah. Sama-samalah kita sedekahkan Alfatihah kepada kedua-dua Arwah ini agar ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

Read more...

Rod Stewart - Cover Song - Have I Told You Lately - released June 1993

>> Sunday, August 15, 2010

Lagu ini mengingatkan satu kenangan sewaktu saya muda-muda dahulu. Sungguh syahdu dan mengasyikkan. Sesungguhnya kenangan abadi tidak bisa dilupakan. Kalau dapat ku undurkan putaran dunia ingin ku ubah semula kenangan yang lalu.

Read more...

Selamat Menyambut Bulan Ramdhan Al-Mubarak

>> Monday, August 9, 2010

Sudah lama tak update entry ini. Keadaan yang sibuk menyebabkan masa begitu terhad. Minggu lepas membawa pelajar SMKCL ke Kem Tok Sakah, kerana ada perkhemahan kokurikulum selama 3 hari. Lepas tu sibuk dengan tugas di UNIKL MIMET dan akhir sekali menulis buku Sejarah yang dikehendaki oleh penerbit secepat mungkin.

Besok dijangkakan semua umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan selama sebulan. Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat berpuasa. Diharapkan amal ibadat kita pada bulan yang mulia ini diterima oleh Allah Azzawajalla.

Read more...

Terima Kasih UNIKL MIMET Manjung.....

>> Friday, July 23, 2010

Mulai minggu lepas tugas dah semakin sibuk. Saya dilantik semula sebagai pensyarah UNIKL untuk semester Julai 2010. Saya rasa bersyukur kepada Allah Azzawajalla kerana diberi peluang ini. Sebenarnya saya begitu gembira mengajar pelajar di sana yang begitu bersungguh-sungguh belajar untuk menjadi seorang Jurutera Perkapalan. Kali ini ke semua pelajar yang saya ajar mengambil kursus Ijazah Kejuruteraan. Namun begitu ini adalah rezeki.
Inilah pemandangan Hostel di dalam kampus UNIKL yang begitu selesa sekali.
Ini merupakan bangunan akademik

Lagi,bangunan akademik yang tersergam indah



Bangunan UNIKL



Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP