Musim Buah-buahan di Kg.Bukit Chupak,Parit.

>> Saturday, November 28, 2009

Nur Afdhalia dan Shasha mengutip buah rambutan sambil berlabun....
Kak Chik dan Ika sepupu yang tak pernah lekang

Cikgu Shimah,Nur Liyana (Kakak) selepas menutuh dahan rambutan....



Buah rambutan yang lebat dan ranum


Wahhhh.......banyaknya rambutan.....




Cikgu Nuar nie macam rajin je.....
Musim buah-buahan ini,memang seronok,tetapi bila terlalu banyak makan rambutan,langsat,dan manggis,mulalah batuk dan sakit badan-badan. Apabila kami balik kampung sempat juga,mengambil buah-buahan tersebut,di kebun kepunyaan Cikgu Shimah
Hari Pertama,sedang Cikgu Shimah mengait buah manggis,dummmpppp sebiji betul-betul jatuh atas hidungnya. Sampai pening-pening sekejap. Saya pula,memanjat pokok rambutan keesokan harinya,gedebup jatuh macam nangka masak......sakit seluruh badan.Barulah saya sedar bahawa berat badan pun dah naik berkilo-kilo. Terpanjatkan dahan reput.





Read more...

Salam Aidil Adha

>> Thursday, November 26, 2009



Kepada semua kenalan disampaikan Salam Aidiladha. Semoga sentiasa ceria di sisi keluarga dan sahabat handai.

Read more...

Kuala Sepetang yang indah......

>> Saturday, November 21, 2009

Muzium Matang yang asalnya rumah Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim
Menjamu Selera di Gerai Mee Udang Mak Teh Kuala Sepetang.


Ummmmm sedapnya Mee Udang nie.!!!!!!!


Rumah Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim yang melakarkan sejarah di Daerah Larut.



Bergambar di Kubur Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim di perkarangan Kota Ngah Ibrahim yang di ubah dari Pusara Aman di Singapura yang dikebumikan semula mengikut adat istiadat pengebumian para pembesar.



Gajah yang bernama Si Larut,iaitu gajah yang berkubang lumpur yang bercampur bijih timah,yang menjadi titik tolak pengenalan perlombongan bijih timah di daerah Larut,apabila Long Jaafar,bapa kepada Ngah Ibrahim yang mengusahakan bijih timah.






Read more...

dalam dilemma...................

>> Friday, November 20, 2009




Semalam saya cuba melihat tawaran kemasukan untuk menyambung pengajian di UPSI peringkat PhD. Rupa-rupanya permohonan saya telah berjaya dan dikehendaki mendaftar pada 12 Disember 2009 nanti .Teringin juga mendapat gelaran Dr. Anuar.Setelah memikirkan tahun hadapan 2 orang anak saya akan mengambil peperiksaan besar iaitu Nur Liyana akan menduduki PMR dan Nur Syazwani akan menduduki peperiksaan UPSR. Rasa takut juga memikirkan masa hadapan mereka.Takut terabai.


Read more...

Tahniah dan Selamat Maju Jaya Nur Syazwani (Kak Cik).......

>> Wednesday, November 18, 2009


Tahniah dan Selamat Maju Jaya Nur Syazwani (Kak Chik) kerana mendapat kedudukan tempat yang Pertama (Nombor Satu) bagi pelajar tahun 5 S.K Dato Sagor Kg. Gajah.Pada hari anugerah kecemerlangan yang di rasmikan oleh Tn.Hj Mohd Nor Bin Hj. Zakariah,Timbalan PPD Perak Tengah di Dewan Millinium Kg. Gajah pada 17 November 2009. Di samping itu juga Kak Cik mendapat hadiah dan sijil pelajar terbaik bagi mata pelajaran Sains,Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
Abah dan Emak doakan agar Kak Cik mendapat kejayaan yang lebih besar lagi pada tahun hadapan dan UPSR akan menjelang pada tahun 2010 nanti. Selamat maju jaya Kak Chik..........

Read more...

Janda Tibah........

>> Wednesday, November 11, 2009

Sewaktu saya berumur lebih kurang 9 tahun, hampir setiap hari di sebelah petang saya mandi sungai. Disebabkan waktu itu ramai yang mandi sungai kerana bekalan air paip belum ada lagi,ramailah orang mandi sambil menyorak orang di sebelah tebing sini dan sana.

Saya teringat seorang perempuan yang bernama Janda Tibah, yang menjadi bualan mereka yang mandi sungai pada masa itu. Janda Tibah ini rupa-rupanya sudah menggilai seorang pakcik yang bernama Pak Ros. Pak Ros ini bekerja sebagai pengepam Pam Pasir Sungai. Oleh yang demikian setiap petanglah Janda Tibah ini berada di tebing sungai,bertentangan dengan Pam Pasir untuk melihat Pak Ros.

Mengambil air ke sungai pun memakai pakaian cantik dan bergincu (macam nak pergi tengok wayang) lagaknya. Sambil berkata "Aye (saya) nak jamban aye(saya) juge (juga)". Padahal dia nak menggamit Pak Ros.

Apa yang saya dengar selepas itu,Pak Ros telah memilih pasangannya sendiri. Tinggallah Janda Tibah seorang diri.

Semuanya ini,merupakan pemerhatian saya terhadap masyarakat sewaktu saya masih kecil. Namun begitu,disebabkan saya jarang sekali balik kampung,Janda Tibah saya dengar sudah lama meninggal dunia. Cuma Pak Ros saya ada jumpa di pekan sehari dan masih lagi sihat.

Read more...

Kenangan sewaktu kecil.......

>> Monday, November 9, 2009

Sewaktu saya berumur 8 tahun,hampir setiap petang saya membersihkan diri dengan mandi di sungai apabila selesai bermain bola di padang. Kalau tidak mandi awal dah tentu kena rotan belah empat oleh emak saya. Lepas mandi mesti baca buku,kalau tidak nahas.

Masa tu televisyen pun tak ada di rumah. Waktu malam gelap sahaja hanya menggunakan pelita minyak tanah. Emak sanggup tunggu buat kerja sekolah sambil menganyam tikar mengkuang. Bunyi anyamannya sungguh seronok ketik...ketik.... kadang-kadang saya tertidur dengan keasyikan itu.

Yang saya ingat, kakak saya selalu memasang siaran radio Singapura... yang bertajuk "Bangsawan di udara" yang memaparkan watak "Sang Hanuman" dan Seri Rama sebagai hero dan Siti Dewi sebagai heroin. Sungguh menarik sekali ceritanya.

Rupa-rupanya sewaktu saya menjadi Mahasiswa di Universiti Sains Malaysia seorang pensyarah yang berasal dari negara Belanda ,Prof Madya Dr. G.L Koster yang begitu tersohor mengajar Hikayat Seri Rama yang begitu menarik sekali. Waktu itu barulah saya ingat cerita yang saya dengar sewaktu saya kecil dahulu.

Sesungguhnya emak saya sangat rajin berusaha untuk menambah pendapatan dengan menjual tikar mengkuang dengan corak yang berwarna-warni dengan menggunakan pencelup mengkuang. Yang kadang-kadang saya curi sedikit untuk merebuskan baju saya yang lama agar nampak cantik. Al-Fatihah untuk ibu saya yang tersayang........

Read more...

Tanam ikan dalam pasir.

>> Thursday, November 5, 2009



Sewaktu saya masih bersekolah dahulu, iaitu ketika berumur 15 tahun,saya sangat suka menangkap ikan dengan cara menjaring,memancing dan merawai. Kebetulan rumah kami berhampiran dengan sungai.Pandangan hidup dan aktiviti untuk mencari rezeki berkisar kepada hal-hal sungai.


Kadang-kadang ikan yang diperoleh dapat dijual untuk menampung perbelanjaan sekolah dan membeli buku-buku,maklum sajalah saya merupakan ulat buku.


Suatu hari, air sungai Perak semakin naik dengan cepat,saya waktu itu balik dari sekolah cepat-cepat mencari jaring. Saya memasang jaring di waktu petang. Pada malamnya saya dan bapa dibantu oleh emak saya terkejut apabila melihat banyak ikan tersangkut di jaring. Waktu malam itu kelihatan ikan sungai yang memutih dan mengelupur.


Kami mengutip ikan-ikan tersebut dan memikirkan bagaimana nak jual di waktu tengah malam ini. Disebabkan kami tidak ada peti ais,kami memikirkan bagaimana nak simpan ikan-ikan tersebut. Saya teringatkan seorang pakcik pernah menyatakan bahawa kalau nak simpan ikan boleh tanam dalam pasir dan pagi esoknya boleh korek pasir tersebut dan ikan akan nampak lebih segar.


Rupa-rupanya pagi esoknya semua ikan telah menjadi lembik dan tidak boleh dijual. Hampir satu guni.


Itulah akibatnya kalau kita suka dengar kata orang,belum tentu betulnya. Yang penting "try and error". Kalau betul ikan-ikan tu segar ditanam ke dalam pasir sudah tentu tak laku peti ais.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP