Jamuan Hari Raya di rumah saya untuk saudara mara terdekat....

>> Wednesday, September 23, 2009

Cucu Saudara,anak Jamaludddin yang saya ziarahi dahulu dah besar comel dah.......
Anak-anak menangis apabila terkunci di bilik belakang (Kelihatan Syamir,Afdhalia dan Ikram)

Ain pun menjerit dan menangis


Abang Adik,Angah,Chek raman dan Mak Munah berikhtiar membuka pintu bilik yang terkunci




Bergambar bersama keluarga isteri, Andak,Cikgu Zalifah,Wawa,Ins.Sallehuddin ,Yop,Emak,Cikgu Rasimah,saya(Cikgu Anuar),Cikgu Nur Azliana,Musa dan Kapten Ibrahim.




Seronok sungguh Kak Chik apabila saudara mara datang, kelihatan Haikal dan Ikram




Auni yang comel didukung oleh Opah Timah



Lagi gambar Auni




Jamuan Nasi Tengahari secara Buffet


Ohhhhh tunggu Tok Chu Alif nak Posing nie...


Wah gembiranya berhari raya apabila sanak saudara datang berhari raya di rumah saya pada 23 Sept 2009.(hari raya ke 4)


Walaupun terasa letih saya bersyukur kehadrat Allah kerana mempertemukan kami semua.


Read more...

Catu Hali di Aiiii Ayaaaa....

>> Wednesday, September 16, 2009

Catu Aiiii Di Aiiii Aya...... Cemua oangggg becinar-cinar......inilah lagu yang selalu dinyanyikan oleh anak saya Haziq sewaktu berumur 2 tahun. Sehingga sekarang bila kami dengar lagu ini maka terkenanglah gelagatnya menyanyikan lagu ini sewaktu usianya masih kecil.

Read more...

Suasana Hari Raya semakin Hangat.....

>> Monday, September 14, 2009

Suasana Hari Raya Aidul Fitri semakin hangat. Di samping membeli baju untuk anak-anak,saya juga teringat nak beli baju Melayu. Sebelum bercadang nak beli, rupa-rupanya ada 3 pasang baju Melayu yang lama. Ehhhh......masih elok lagi.....

Tak jadi beli...nanti membazir pulak....

Ahad lepas saya berbuka puasa di rumah emak mertua.....nak buat lemang ke Hari raya nie....
saya setuju nak buat segantang sahaja. Buluh lemang memang ada di belakang rumah.... buluh kepunyaan tanah isteri saya Cikgu Rasimah.

Sempat juga mintak emak Mertua buatkan Kuih Goyang..... Hai untunglah ada emak Mertua.

Besok hari Rabu kuih raya yang ditempah dah sampai....kena ambil di Setiawan.

Read more...

Berita dari Sahabat Lama.........

>> Friday, September 11, 2009

Isnin lepas sempena cuti hari Nuzul Quran satu deringan telefon saya angkat jam 8.00 pagi.

Dia merupakan sahabat lama sewaktu saya sama-sama belajar di USM Penang dulu. Cikgu Darusman yang kini mengajar di SMK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan.



Sahabat saya ini banyak mendewasakan saya. banyak perkara kami bualkan di dalam telefon.Dari kisah-kisah lama sehinggalah di manakah kawan-kawan seperjuangan dahulu.

Saya masih ingat sewaktu di tahun akhir di kampus,kami baru balik dari pekan Gelugor,cadangnya nak lepak-lepak sahaja di bulan ramadhan di cafe, dia dengan bersahaja nak pergi sembahyang Tarawikh di masjid kampus. Saya rasa segan dan turut ikut bersama-sama bersembahyang Tarawikh.

Yang lucunya kami ada sistem panggilan sendiri untuk pengenalan. "Kwame Nkrumah".Nama ini merupakan nama salah seorang bekas Presiden Ghana suatu masa dahulu. Hal ini adalah kerana waktu itu kami mengambil kursus Sains Politik yang ada memuatkan nama tersebut.Sebab susah sangat nak sebutkan dan selalu tersasul. Sampai sekarang ia merupakan Bench Mark bagi kami.

Sebenarnya banyak peristiwa yang melucukan yang tak dapat saya ceritakan dalam waktu yang singkat ini...... sebab dah letih bertarawikh......

Bersambung.........

Read more...

Mee Magggie dan 2 biji bawang merah.........

>> Thursday, September 10, 2009




Di bulan Ramadhan ini banyak menimbulkan nostalgia sewaktu menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang,pada tahun 1984 dahulu. Pada masa itu saya di tempatkan di Asrama Blok Pinang.
Ada seorang hamba Allah yang yang suka menjual mee Maggie dan dua biji bawang merah. Harganya pada masa itu cuma 40 sen sahaja,Bisnesnya maju juga pada waktu itu.

Pada hari Ahad dia sanggup junjung satu kotak besar Mee Maggie dari Jelutong merentasi bukit Dumbar.

Memang menjadi kegemaran guru pelatih lelaki seperti saya makan Maggie di samping membuat tugasan di waktu malam,terutamanya di bulan Ramadhan.

Walaupun sudah lebih 20 tahun peristiwa ini berlalu namun saya masih terbayang taukeh Maggie ini yang bernama Raja Ahmad berasal dari Kuantan.

Read more...

Lega.....................

>> Tuesday, September 8, 2009

Dah lama benar tak up-date blog. Minggu lepas sangat sibuk dengan tugas seharian. 4 Sept (jumaat) saya bergegas selepas waktu sekolah ke OUM Kuala Lumpur dan balik pada hari itu juga. Banyak juga skrip pelajar OUM yang nak diperiksa. Alhamdulillah semuanya dah siap,pada hari ini. Lega juga rasanya.

Petang tadi sempat ke UNIKL MIMET cawangan Manjung untuk sahkan soalan peperiksaan akhir pelajar di hadapan Head of Section General Studies.

Jumaat ini 11 Sept kena hantar skrip yang disemak ke OUM KL (balik hari).

Ahad lepas sempat juga beli baju raya anak-anak di Ipoh. (pakai kad hutang) dapat gaji baru bayar.
Begitulah tugas harian yang sibuk memanjang..............

Read more...

Sekolah dibuka semula....

>> Tuesday, September 1, 2009

Hari ini merupakan sesi persekolahan dibuka semula setelah bercuti selama seminggu. Jam 5.30 pagi hujan turun dengan lebatnya. Inilah cabarannya nak tidur selepas bangun sahur takut terlajak..

Pagi-pagi lagi saya hadir ke sekolah dalam keadaan hujan yang lebat. Hari ini juga semua calon SPM menghadapi peperiksaan Percubaan.

Tengahari tadi Pn. Zura Penolong Pengarah dari OUM Ipoh beri SMS supaya saya datang ke OUM Ipoh untuk ambil surat lantikan Tutor Penyelia dan senarai nama pelajar yang akan membuat Kajian mereka untuk semester September2009 ini. Balik dari sekolah saya terus ke Ipoh.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP