Hari ini dah masuk hari ke sembilan berpuasa dibulan Ramadhan........

>> Sunday, August 30, 2009

Rasa sekejap benar kita berpuasa sehingga hari ke sembilan. Melihat gelagat anak-anak berpuasa di musim penghujung cuti sekolah yang singkat ini sungguh menyeronokkan. Setiap kali berbuka puasa bersama macam-macam lawak jenaka keluar.

Besok NurLiyana (kakak) akan pulang ke asrama MRSM. Lusa sekolah dibuka. Kemeriahan itu semakin sunyi. Malam semalam sempat berbuka puasa di Restoren Bakau D'Muara di Manjung. Sempat juga membeli gula (yang susah nak dicari pada masa ini).

Sekarang ini Haziq sibuk mengecat pagar rumah. Cikgu Rasimah sibuk menukar langsir rumah. Saya dan Syazwani pula sibuk mengelap semua perabut jati di rumah. Akhirnya keletihan sampai tertidur.

Namun begitu mulai Selasa ini dah semakin sibuk apabila sekolah dah dibuka semula. Jumaat nanti terpaksa pergi ke Open University Kuala Lumpur ambil skrip jawapan pelajar OUM.Nasib baik Haziq menawarkan diri menemani saya memandu ke Kuala Lumpur (Baru dapat lesen P).

Begitulah berkatnya Ramadhan....

Read more...

15 Sen untuk dua orang............

>> Tuesday, August 25, 2009


Pagi ini,sewaktu melihat anak-anak mengemas rumah,mereka terjumpa beberapa keping duit syiling dan dialihkan begitu sahaja.
Pada waktu saya bersekolah dahulu syiling seperti ini mempunyai makna yang amat besar.
Apabila melihat duit syiling tersebut, saya terkenangkan peristiwa sewaktu saya berada di darjah satu dan abang saya (Acik Aman) berada di darjah empat kalau tak silap saya pada tahun 1972. Pada waktu pagi saya dibekalkan sebanyak 10 sen seorang.Cukuplah waktu pagi dan waktu rehat nanti. 5 Sen saya belanjakan untuk membeli kuih dan waktu rehat 5 sen lagi.Minum senang sahaja air paipsi cola.(air paip).Yang peliknya tak sakit perut pun kalau minum air paip setiap hari.
Suatu hari bapa saya tiada wang untuk memberi belanja pada hari itu. Beliau hanya memberikan 15 sen untuk dikongsi dua orang. 7 sen setengah tak boleh dipecahkan. Oleh itu waktu pagi kami belanjakan sebanyak lima sen seorang. Baki lima sen sahaja untuk waktu rehat nanti. Abang saya kata kamu peganglah duit itu dan tinggalkan separuh kuih yang kamu beli nanti.
Waktu rehat bermula...... disebabkan darjah satu berehat awal saya makan semua kuih tersebut sampai habis... Murid tahun 4 turun untuk berehat....abang saya berlari-lari anak untuk mendapatkan separuh daripada kuih tersebut kepada saya. Rupa-rupanya saya terlupa pagi tu seketul kuih kena kongsi.......................Abang menangis.........Saya rasa kesal dengan peristiwa itu.... Entahlah.................................daya fikir saya masa tu,,,,,entah macam mana........

Read more...

PTK........

>> Sunday, August 23, 2009

Besok 25 Ogos merupakan hari peperiksaan PTK bagi guru-guru untuk melepasi tahap kecekapan DG 44. Nak baca buku dah kesuntukan masa. Harap-harap kali nie okeylah..... mudah-mudahan mendapat anjakan seperti yang diidam-idamkan. Sekarang nie sedang sibuk.

Beberapa hari lepas.....Head of Section..ada telefon nakkan dua set soalan peperiksaan akhir pelajar-pelajar UNIKL (MIMET) pada minggu ini juga.

Mudah-mudahan Allah permudahkan saya menjawab soalan PTK besok...

Read more...

Perjuangan Kemerdekaan 1957

Terdetik dihati suasana kegembiraan rakyat Malaysia menyambut Pengisytiharan Kemerdekaan 1957 dengan penuh semangat jiwa dan raga. Sesungguhnya nilai Kemerdekaan tanah air kita tidak boleh dijual beli. Negara kita harus dipertahankan.Kerana inilah tanah air kita hidup dan mati. Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan.

Read more...

Selamat Berpuasa

>> Friday, August 21, 2009

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu 22 Ogos 2009 ini, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah melalui siaran langsung di TV1 malam ini. Saya mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalankan ibadah puasa" kepada semua saudara mara dan sahabat handai,saudara seIslam walau di mana berada.

Read more...

Kisah Benar-Kanak-Kanak dengan 8 anggota badan








22 Ogos, 2009 Sumbangan Saranjit Singh. Aneh tapi benar. Seorang kanak-kanak istimewa dengan 8 anggota. Sila lihat gambar di atas:(Dipetik dari OUM Perak Online Comunity)




Read more...

Kuti balik hanya sekejap............

>> Sunday, August 16, 2009



Sudah berbulan Kuti tidak pulang ke rumah.Tiba-tiba muncul dalam keadaan lapar dan kurus,comot. Inilah gambar kucing kesayangan saya.Bila dah kenyang terus sahaja berlalu entah ke mana dia pergi.

Read more...

Ikan Puyu dan Garam.........

>> Saturday, August 15, 2009


Petang tadi,sedang berehat di hadapan rumah saya terlihat beberapa ekor ikan puyu di dalam takungan pasu besar yang sedia ada.
Apabila saya melihat ikan-ikan tersebut........ia mengimbau kenangan sewaktu saya berumur enam tahun. Masa tu bapa dan ibu saya mengusahakan bendang dan menjadi kegemaran saya dan abang (Acik Aman) mencari anak-anak ikan terutamanya ikan puyu (nyawanya tahan) untuk dibawa pulang.

Disebabkan kami tiada akuarium, kami membela ikan di dalam plastik yang diisi air dan dimasukkkan 2 hingga 3 ekor ikan.


Yang peliknya ikan peliharaan saya semuanya mati. Hanya ikan Abang saya yang berumur 9 tahun pada masa tu hidup berbulan-bulan.


Suatu malam.... sedang abang saya tidur saya memasukkan hampir satu cawan garam ke dalam bekas plastik yang dijadikan akuarium itu. Pagi besoknya semua ikan abang saya mati.....


Emak saya dapat menghidu perbuatan saya semalam......Akibatnya saya dirotan berkali-kali dengan rotan belah empat........


Itulah kenangan yang selalu bermain dalam ingatan saya...........




Read more...

Ehhhh Masin Ayo (Air) nye........

>> Thursday, August 13, 2009

Ogos 1987 saya dipertanggungjawabkan oleh Guru Besar S.K Seri Cempaka Tn Hj. Rahmanzuri Bin Hj Abdul Latiff agar menggerakkan Biro Kerjaya agar membuat Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pinang. Sebagai guru baru dan masih muda saya pun menguruskan rombongan tersebut..

Pelbagai destinasi kami lawati. Akhirnya saya membawa semua pelajar ke Pantai Batu Feringgi untuk mandi.

Beberapa orang pelajar tahun 5 dan 6 berbual sambil mandi...... Ehhhhhh Masin Ayo (air) nye....
Saya gelak bersendirian.....Selepas tu saya bertanya kepada mereka berapa kali mereka pernah mandi laut..... seorang pun tak pernah..........

Read more...

Tahniah kepada pelajar PJJ Life Long Learning UPM Ipoh......

>> Monday, August 10, 2009

11 Ogos 2009 merupakan hari Konvokesyen UPM bagi pelajar PJJ UPM bagi Bachelor Pendidikan di sebelah petang. Beberapa hari lepas saya telah diberitahu oleh bekas pelajar saya sewaktu saya menjadi Tutor di Life Long Learning Ipoh bahawa mereka akan menerima Ijazah pada hari tersebut.

Saya pernah mengajar mereka pada tahun 2006 hingga 2008 dahulu. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Sapiah Ali, En. Rosli, Cikgu Norliza,Cikgu Anita yang telah bertungkus lumus untuk mengenggam segulung Ijazah yang diidam-idamkan.

Saya berasa puas kerana pelajar yang diajar dahulu semuanya mencapai kejayaan walaupun saya mengajar selama empat semester sahaja.

Read more...

Bulan dan juga angin.......

>> Friday, August 7, 2009

Pada tahun 1992 sewaktu saya berada di tahun dua sebagai mahasiswa USM, seperti kebiasaannya pada setiap hari Jumaat saya akan pulang ke kampung dan akan pulang semula ke kampus pada hari Isnin. Saya menaiki bas ekspres dari Gelugor ke Ipoh. Sewaktu bas sampai saya duduk di bangku bas bersebelahan seorang Pak Cik yang sudah berumur 60-an. Dalam perjalanan dia bertanya kepada saya anak nie ada girl freind ke?. Saya menjelaskan kepada Pakcik tu saya dah berkahwin dah ada anak seorang pun....

Dia kata beruntunglah...jangan jadi seperti Pak Cik.... Kenapa Pak Cik.... Dia menceritakan bahawa dia pernah putus cinta sewaktu muda-muda dahulu. Dia menjadi gila dan dimasukkan ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Angkara saudara perempuan itu yang tidak setuju...kerana Pak Cik kerja kampung sahaja pada masa tu.... Lama juga Pak Cik di Hospital Bahagia tu.... Tapi setiap kali ada pertandingan nyanyian di Hospital tu Pakcik Selalu menang... Lagunya begini.....Sila dengar.......dia terus bernyanyi...... (Sungguh agung cinta Pakcik tu....)

Bulan Dan Juga Angin(P.Ramlee dan Normadiah 1954 Filem Panggilan Pulau)


Bulan dan juga angin
Engkau jadi saksi
Bawaklah pesan ku ini
Kepada dia yang ku cintai

Bulan dan juga angin
Engkau bisikkanlah
Yang aku akan kembali
Menyempurnakan segala janji

Duhai kekasih kelana
Kecewa kini hidup kita
Dengan desakan saudara
Terhalang segala maksud kita
Lupakan dan hapuskan
Segala perjanjian

Bulan dan juga angin
Engkau bisikkanlah
Yang aku akan kembali
Menyempurnakan segala janji

Read more...

Sekitar Aktiviti Sehari Bersama Sejarah Daerah Perak Tengah.

>> Thursday, August 6, 2009

Tn.Hj Mohd Zafrullah menyampaikan ceramah
En.Idris Talib Jurulatih Utama Sejarah


Para Guru dan Pelajar kusyuk mendengar penerangan

Tn.Hj Baharuddin B Mat Isa mewakili Pengetua menyampaikan ucapan.
En. Latifi mewakili PPD Perak Tengah memberikan ucapan penutup.
Fasilitator begitu ceria sekali.

Inilah bakal sejarawan yang suatu hari nanti mengantikan tempat kami.

Pendaftaran Pelajar.

Cikgu Anuar (Fasilitator) begitu kusyuk memberikan perhatian kepada peserta kursus.









Read more...

Yang pergi tetap pergi.... mati itu pasti....

>> Tuesday, August 4, 2009

Minggu ini dua orang sepupu meninggal dunia selang 3 hari. Hari Jumaat 31 Julai 2009 isteri sepupu Cikgu Rasimah telah meninggal dunia di hospital Specalist Centre akibat barah paru-paru dalam usia 41 tahun . Arwah meninggalkan 7 orang anak,yang kecil berumur 6 bulan dan yang sulung berada di tingkatan satu. Saya dan isteri sempat ke Bagan Datoh menziarahi jenazah di Sungai Tiang.

Subuh 3 Ogos pula, saya menerima panggilan telefon daripada anak saudara saya Cikgu Salmah di Setiawan dan SMS dari Noryati yang menyatakan Kak Zirah isteri sepupu saya telah meninggal dunia di Hospital Manjung dalam usia 51 tahun akibat sakit jantung,buah pinggang dan paru-paru. Sebelum itu saya telah dua kali menziarahi arwah di wad ICU/CCU.Kak Zirah dimasukkan ke hospital selama 18 hari.Sakit yang tidak dapat ditanggung sehingga pemergiannya. Semalam saya menziarahi suaminya (Ayah Aman) rasa sebak dihati sehingga bercucuran air mata.

Yang pergi tetap pergi meninggalkan kita....semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan ke golongan orang-orang yang soleh.

Read more...

Freshie ooooooohhhhh Freshieeeee. (3)

>> Sunday, August 2, 2009

Malam Akhir Orientasi (Gambar saya dua dari kanan)

Malam ini tanggal 20/2/1984 merupakan malam penutup minggu orientasi Maktab Perguruan Persekutuan. Kami beramai-ramai dikehendaki menyanyi lagu-lagu yang terdapat di dalam buku yang disediakan senikatanya. Antaranya lagu "Bahtera Merdeka",Lagu Maktab, dan lain-lain.



Lagu Maktab



Bertekun,Berusaha Kearah Pendidikan,
Ikrar Maktab Perguruan Persekutuan,
Dimercu Bukit dipinggir samudera
Pedoman pendidikan Sains matematika,



Menepati mengamal amanah bangsa
Teguh tabah kaum bersatu,
Sumpah setia membela nusa
Rakyat terdidik Negara maju
Bertekun berusaha ke arah pendidikan
Berbakti berkhidmat cahaya panduan
Tahun-tahun maktab menempa
Memahat,mengukir sejarah bangsa


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP