Freshie oooohhhh Freshie......(2)

>> Tuesday, July 28, 2009

Orientasi akan diadakan selama seminggu.....semua freshie dikehendaki mengikuti minggu orientasi tanpa kecuali...

Seorang pensyarah lelaki En.Baba Hamidon memberi sebiji pil... katanya kalau makan pil tu...dia dapat mengesan samada freshie... ada menghisap dadah atau tidak..... sebuah tabung uji diberikan kepada saya....beberapa jam selepas tu... ehhhhh.....kenapa air kencing aku berwarna biru.....katanya kalau kita hisap dadah... air kencing berwarna biru....

Rupa-rupanya beliau nak gempar guru pelatih sahaja...pil yang diberi merupakan pil cuci buah pinggang. Haaaaaa.....haaaa....

Seorang Freshie lain yang bernama Harban Singh...ketawa.....dan mencari celup...berwarna merah..dan dimasukkan ke dalam tabung uji...dan berpura-pura sakit....Aduhhhhh....pil nie beracun ke....... Saya nak ke hospital..... En.Baba .......dalam keadaan panik dan pucat.....eeehhhh...rosakkah buah pinggang budak nie...

Rupa-rupanya...pensyarah pun kena main......

bersambung....

Read more...

Melancong ke Medan Sumatera Utara

>> Monday, July 27, 2009

Bot Ke Tasek Toba

Tasek Toba begitu tenang dan damai

Di atas bot

Perkampungan Batak Toba
Bergambar di Kampong Batak
Istana Kesultanan Deli (Istana Maimoon)

Istana Kesultanan Deli
Balik ke Malaysia

Jambatan Pulau Pinang dari atas pesawat




















Read more...

Dokumen Cenderamata Perlantikan Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah Sultan Selangor....

>> Saturday, July 25, 2009

Muka hadapan buku cenderamata tersebut
Atur Cara Perlantikan


Atur Cara Perlantikan












Minggu lepas sewaktu sedang mengajar subjek Sejarah di kelas 5 Sains 1 seorang pelajar menunjukkan kepada saya sebuah buku cenderamata yang dibuat pada tahun 1961. Iaitu upacara perlantikan Almarhum Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah sebagai Sultan Selangor. Pelajar saya menceritakan bahawa semasa perlantikan di Istana Kelang berlaku Neneknya berpeluang melihat sendiri semua upacara yang berlaku pada masa itu.

Read more...

Semester Julai UNIKL bermula........

>> Tuesday, July 21, 2009

LAMBANG KEMEGAHAN UNIKL (MIMET)
BANGUNAN KULIAH YANG TERSERGAM INDAH DAN SERBA CANGGIH......
DEWAN UNIKL(MIMET)

Minggu ini dan seterusnya...saya sudah mulai sibuk...Tugas sebagai pensyarah sambilan di Universiti Kuala Lumpur Cawangan Manjung (MIMET) akan bermula selama 14 minggu (Satu semester) lagi. Mahu tidak mahu sudah dua tahun rezeki di UNIKL diperolehi. Mengajar di sini sangat mencabar ilmu pengetahuan saya.

Sesungguhnya pelajar UNIKL sangat menghormati saya.....sebagai orang yang memberi ilmu. UNIKL adalah sebuah pusat Pengajian Tinggi di bawah pengawasan MARA. Pelajar yang saya ajar adalah bakal Jurutera Perkapalan yang sangat cintakan ilmu.

Read more...

Freshie oooohhhh Freshie.......

>> Sunday, July 19, 2009

Sewaktu saya sampai ke Maktab,(Dewan MCRA) semua freshie duduk berbaris sambil memegang telinga secara bersilang. Lebih kurang 200 orang freshie memegang telinga sambil menggoyangkan badan sambil menyebut bubur kacang........bubur kacang...........Tiba-tiba seorang super senior (Tahun 3) menjerit......berhenti....sila dengar sini.......

Siapa yang tak bayar tambang feri masa nak ke pulau tadi.........baru nak jadi guru pelatih dah nak jadi penipu......... siapa tak bayar angkat tangan....... saya pun terpinga-pinga ,,,ehhhh ye ke aku tak bayar tambang feri tadi....(rupa-rupanya kalau nak ke pulau tak perlu bayar tambang) nak balik ke tanah besar baru bayar.

Tiba-tiba seorang pelajar senior menarik tangan saya.... dia ajak saya beronggeng....(berjoget) di atas pentas dewan.......semua orang ketawa terkekeh-kekeh......

Itulah nikmatnya minggu orientasi freshie......

Bersambung.......

Read more...

Pengalaman awal menjadi Guru Pelatih.

>> Wednesday, July 15, 2009


Apabila posmen menghantar surat yang tertera perkataan Bahagian Pendidikan Guru pada 9 Januari 1984 merupakan saat yang paling mengembirakan. Hanya tuhan sahaja yang tahu. "tarikh daftar, 14 Februari 1984 di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang,Bukit Coombee,Gelugor Pulau Pinang.Segala-galanya menarik lebih-lebih lagi tentang perkataan Coombee. Perkataan Coombee sudah biasa saya dengar dan lihat dalam filem 'Ibu Mertuaku". (Rupa-rupanya perkataan Coombee merupakan seorang anak mami yang cantik..... )

Sebelum mendaftarkan diri seperti tarikh yang ditetapkan,pihak maktab telah membekalkan waran tiket keretapi dari Ipoh ke Butterworth selepas tu saya mencari jeti untuk menaiki feri. Yang lucunya saya tak berani nak naik feri pada masa itu kerana puas saya menunggu nama feri yang tertulis PULAU PINANG , yang saya lihat PULAU TUBA,PULAU TIOMAN,PULAU PERHENTIAN DAN PULAU PANGKOR sehinggakan saya bertanya kepada seorang Nyonya Tua macam mana saya nak dapatkan feri yang ditulis Pulau Pinang.Nyonya Tua itu ketawa berdekah-dekah, Aiya.... ini feri lu boleh naik mana-mana lu suka...... semuanya sampai ke Jeti pulau la..........dan akhirnya saya ketawa bersendirian. Setelah saya sampai ke seberang saya lihat bas yang tertulis bas maktab telah menunggu di jeti sebelah Pulau Pinang.

Sebenarnya tinggal di asrama merupakan satu pengalaman baru dalam hidup saya. Begitu juga makan di dewan makan segala-galanya enak. Di puncak Bukit Coombee di dalam kawasan Maktab berbalam-balam saya lihat bangunan KOMTAR berdiri megah sehingga ke hari ini menjadi saksi kegemilangan hidup saya sewaktu menjadi guru pelatih selama 3 tahun.

Bersambung.........................

Read more...

Kawan Lama di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

>> Saturday, July 11, 2009

Gambar ini diambil pada tahun 1985 di persisiran Jabatan Laut Pulau Pinang. Dari kiri Azmi,saya,Johari (Guru Besar) ,Zakaria dan Kamal Mat.



Hari ini Sabtu 11 Julai 2009 saya berkira-kira untuk shopping baju anak-anak ke Nagoya Green Town Mall. Saya membuat persediaan awal membeli kain-kain untuk anak-anak agar tukang jahit dapat menerima tempahan yang akan dijahit.


Saya kebetulan terserempak dengan seorang kawan lama yang bersama-sama menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Persekutuan yang bernama Johari Bin Sidek pada tahun 1984-1986.Beliau sekarang telah menjadi Guru Besar sebuah sekolah di Daerah Batang Padang. Tahniah diucapkan.Macam-macam kenangan silam diceritakan semula. Begitu juga beliau telah menceritakan ramai kawan-kawan lain yang telah berjaya di dunia pendidikan. Antaranya saudara Zahari, Saudara Amran Ghani (menjadi ketua unit peperiksaan di JPN Kelantan),Riduan Mansor Langkawi (Wan Pulau). Saya sempat menelefon Saudara Zahari dan Saudara Riduan Mansor pada petang itu juga.Cuma sahabat baik saya Saudara Kamal Mat tidak dapat dikesan.

Read more...

Kad Perkahwinan Abah dan Emak (Untuk Tatapan anak-anakku)

>> Friday, July 10, 2009


Inilah Kad Jemputan kahwin Kenangan antara emak dan abah. Pada masa tu inilah kad kahwin yang paling canggih yang dapat abah buat sebelum hari perkahwinan abah dan emak. Syukur pada masa tu Atuk Bota masih sihat dan sejahtera. Sungguh gembira beliau pada hari itu.Abah rasa sedih Opah Bota pergi dahulu menyahut panggilan Ilahi. Tak sempat meraikan perkahwinan abah dan emak.

Read more...

Kad Pelajar USM

Ketika mencari beberapa buah buku bagi persediaan mengajar pada minggu ini,saya terlihat kad pelajar semasa menjadi mahasiswa USM dahulu. Ketika usia saya 26 tahun lebih kurang 18 tahun yang lampau.


Read more...

Pesta Penang yang melucukan.(Sahabat dari Perlis)

>> Friday, July 3, 2009

Tahun 1999 sewaktu menjadi pelajar Masters di USM ada seorang sahabat yang berasal dari Perlis. Pada hujung minggu sabtu dan Ahad kami berulang alik ke USM untuk menghadiri Kuliah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

Nama sahabat saya nie Chek Nan pada masa tu dah berumur lebih kurang 45 tahun berbanding dengan umur saya 34 tahun pada masa tu. Chek Nan ini suka sangat pergi ke Pesta Penang di Tapak Pesta Sungai Nibong.

Suatu malam dia mengajak saya ke Pesta Penang,katanya dah lama tak naik buaian pusing (eye of Malaysia le Konon) sebab pada petang tu kami terpaksa bentangkan finding tesis kami. Katanya nak release tension.

"Anuar aku nak mintak RM 10.00 nak naik Top Gun dan dah ubah fikiran nak naik Top Gun juga ,sebab duit tak cukup."katanya. Ehhh Chek Nan bolehkah naik Top Gun tu nanti pening,ke pitam ke..... Takkkk....takkkkk. Mahu tak mahu aku hulurkan RM 10.00.

Dia bergegas membeli tiket dan naik Top Gun . Pada masa tu saya tunggu sahaja kat bawah...
Apabila habis pusingan Top Gun..Saya lihat Chek Nan berjalan terhoyong hayang...dia kata pening kepala...(saya tak percaya pada masa tu..)

Saya akhirnya terus memapah Chek Nan untuk pulang dengan mengambil sebuah kereta prebet sapu Cina untuk pulang ke kampus.

Sampai sahaja ke Desasiswa Permai (Hilton) Chek Nan Muntah melambak-lambak.Sampai Cina tu heran orang nie macam mabuk,,, tapi tak ada bau minuman keras... Aiya...nasib baik tak muntah dalam kereta......

Begitulah cerita Chek Nan.....sahabat dari Perlis.

Read more...

Kisah Sampan Karam.............

>> Thursday, July 2, 2009

Kisah ini berlaku pada tahun 1989 sewaktu saya bertukar ke S.K Tok Pelita Pasir Salak. Guru Besar telah memberi tanggung jawab kepada saya mengetuai pasukan Pengakap sekolah. Sekolah dijemput membawa pasukan pengakap berkhemah di Pulau Semarak di Kg.Gajah. Disebabkan Pakcik Albi (tukang Kebun Sekolah) mempunyai sampan berinjin yang ditugaskan membawa beberapa orang guru yang tinggal di Kg Gajah menawarkan diri untuk membawa pelajar ke Pulau Semarak,pelbagai kelengkapan telah disediakan untuk dibawa ke tapak perkhemahan.

Lebih kurang 10 orang pelajar lelaki membawa barang ke dalam sampan (sampan beratap) barangan tersebut termasuklah, beras,sardin,buku teks sekolah,buluh.

Tiba-tiba..................cikgu Nuar sampan kita karam.... Saya sedang berada di bilik guru tersentak dan berlari ketepi sungai. Bila saya lihat sampan bagi mengangkut barang-barang tadi, telah karam di tepi sungai. Nasib baiklah karam di tepi sungai,semua pelajar boleh berenang ke tepi.

Perkhemahan tetap diteruskan..... Di malam persembahan S.K Tok Pelita mendapat Johan malam persembahan tersebut. Antara pelajar yang saya ingat ialah Hasbullah Pitut, Nizam ....dah lupa dah...... Itulah kenangan manis di S.K Tok Pelita.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP