Kisah Mat Spring.

>> Sunday, June 28, 2009

Sewaktu menjadi mahasiswa USM, saya terkenangkan seorang sahabat baik yang digelar Mat Spring pada tahun 1991. Mat Spring nie sangat aneh, pelukisan wataknya,berambut keriting,kurus dan berjalan macam spring.

Suatu hari sewaktu pendaftaran kursus intensif pada hujung tahun saya ditempatkan di Desasiswa Damai. Kebetulan bilik saya dengan Mat spring bersebelahan. Pada waktu lapang,dia suka sangat bersembang dengan saya. Kadang-kadang tak kering gusi saya dibuatnya.

Dari hal yang kecil sampailah ke peringkat antarabangsa diceritakannya. Semuanya dia tahu. Sampai saiz kasut Presiden Amerika pun dia tahu. Sungguh aneh...


Mat...... Mat......

Read more...

Hadis ke dua puluh dua

Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a, bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW : " Apa pendapatmu jika saya menunaikan semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab Rasulullah SAW : Ya. "

Read more...

Kenangan lucu di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

>> Friday, June 26, 2009

Sewaktu mula-mula menjadi guru pelatih, sekitar tahun 1984 saya ditempatkan ke dalam asrama. Asrama blok A merupakan sebuah Dome yang dapat menempatkan sekitar 25 orang guru pelatih baru seperti saya.

Mungkin kerana minggu suaikenal yang dijalankan selama seminggu sudah berakhir melegakan semua Freshie dan sangat meletihkan.

Pada satu malam seorang guru pelatih bangsa Cina ,kalau tak silap saya bernama Goh Chin Chai pergi ke bilik air untuk mandi . Disebabkan saya baru sahaja hendak tidur saya terdengar perlakuannya. Selepas mandi,dia cepat-cepat memakai pakaian baju lengan panjang dan bertali leher. Dia menggerakkan saya, Anuar.......bangun kita nak pergi kuliah hari ni......... kuliah pertama kena pi...awal. Saya bangun dan melihat jam baru pukul 1.00 pagi. Ehhh.....kau gila kah.... sekarang pukul 1.00 pagi.... takkan nak pergi kuliah.....semua guru pelatih di dalam Dom terkekeh-kekeh gelakkkk. Rupa-rupanya malam tu bulan mengambang penuh, macam dah tiba waktu pagi.......

Begitulah lucunya saudara Goh, yang excited sangat nak pergi kuliah yang pertama.

Read more...

Menziarahi Cucu Saudara di Kajang,Selangor.

>> Wednesday, June 24, 2009

Wow comelnya budak nie.............










Pada 20 Jun 2009 sempat juga saya menziarahi cucu saudara di Kajang. Walau pun badan letih meraikan kenduri di Gombak saya sempat juga menziarahi mereka di Kajang. Cucu saudara ini merupakan anak ke-4 Jamaluddin Abu Bakar.






Read more...

Selamat Pengantin Baru Angah dan Wawa.

Nur Liana,Nur Syazwani,Nur Afdhalia dan Shasha (anak saudara Cikgu Shimah)
Pada 20 Jun 2009 (Sabtu) kami sekeluarga ke Gombak meraikan perkahwinan anak saudara Cikgu Rasimah,Sallehuddin Yusof (Angah) dengan pasangannya Nor Hazwariza (Wawa).

Lihatlah Cikgu Shimah dengan mak-mak saudaranya dari Bidor dan Ipoh gembira sungguh pada hari itu.


Gembira sungguh, anak saya Nur Liyana (Hitam Manis) meraikan perkahwinan Angah. Sedap ke lauknya kak..........




Kasih anak kepada ayah tidak akan hilang.....

Yop (bapa pengantin) bersembang dalam bahasa Arab (test power) dengan Apak (bapa cikgu Shimah) sambil menunggu tetamu tiba....





Sama cantik dan sama padan macam pinang dibelah dua. Oooop ada pulak Mak Wan dan anak-anak di belakang tu, tumpang twieee ke.........



Kek dipotong pada acara kemuncak di dalam dewan......







Apa yang Yop buat tu........ Ohhhhhh merenjis pengantin tanda restu..seronok meraikan anak.




Segak dan bergaya diarak ke dalam dewan persandingan.









Oooop.....lagi-lagi makan.Sedap sampai licin.......



Ayah Uda dan Enda serta keluarga mendoakan semoga mahligai yang dibina kekal sampai ke akhir hayat.





Read more...

Kursus Guru-Guru Bahasa Melayu Daerah Perak Tengah di Hotel Seri Malaysia,Ipoh.

>> Tuesday, June 23, 2009

Saya telah menjadi peserta kursus mulai 22-24 Jun 2009 (3 hari). Letih juga rasanya..tamat kursus 10.00 malam. Seronok juga jumpa kengkawan lama. Nak juga Refresh teknik pengajaran baru seperti KOMSAS terutamanya berlakon (orang tue-tue berlakon memang seronok). Kebetulan penceramah kawan-kawan je. (En.Anuar Ngah Mat Ariffin,En.Ramsul,En.Mat Tazally.En.Halim Hassan dll) dapat memberikan ceramah dengan cemerlang.Tahniah.
Sempat juga renew roadtax kereta Proton Wira. Begitulah tugas seorang guru apabila kena kursus dapat pengalaman baru.......

Read more...

Melancong ke Pulau Pinang.

>> Wednesday, June 17, 2009



Kami melancong ke Pulau Pinang pada 2 Jun (Selasa) waktu cuti sekolah minggu pertama. Kebetulan musim durian di Balik Pulau. Isi durian Balik Pulau memang sedap. Lihatlah Cikgu Rasimah tu,sampai angkat kulit durian. Sebelum tu kami pergi ke Rope Walk (tempat jual barangan lama di Pulau Pinang) Lepas tu ke Penang Road,Shopping di Maydin dan makan nasi kandar di restoren 'Line Clear' Penang Road. Dah lama tak makan nasi kandar , sampai satu pinggan setengah di makan. (sampai malam kenyangnya). Akhirnya tak lupa pula singgah ke USM tempat belajar dulu (melihat beberapa perubahan bangunan di sana). Dan terus pulang ke Kampong Gajah petang tu juga.



Nur Afdhalia seronok memegang durian...... abah yang nie kita beli yeee.......


Sebelum kita belah durian nie...kita ambil gambar dahulu......he he he........




Dah kenyang makan durian....... ekkkkkkkk sendawa.





Read more...

Pesan Nabi Luqman alai his salam kepada anak-anaknya.

>> Tuesday, June 16, 2009

Pesan Nabi Luqman alai his salam kepada anak-anaknya
Surah ke-31: Luqman (ayat 13 - 19);13. Sesungguhnya Aku (Allah) memberi hikmah kepada Luqman. Oleh itu, "Bersyukurlah kepada Aku. Barang siapa yang bersyukur kepada Aku, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri. Sekalipun ada manusia yang tidak bersyukur kepada Aku, Aku tetap juga Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji."14. Ingatlah kata-kata Luqman kepada anak-anaknya, ketika beliau memberi pengajaran kepada mereka. Beliau berkata, "Wahai anakandaku, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar," dan15. Aku perintahkan manusia supaya berbuat baik kepada ayah dan ibu mereka. Ibu kamu telah mengandungkan kamu, beban kandungannya semakin hari semakin bertambah berat, dan kemudian menyusui kamu selama dua tahun. Bersyukurlah kamu kepada Aku dan kepada kedua ayah dan ibu kamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali.16. Nabi Luqman berkata, "Aduhai anakandaku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan baik anakanda seberat biji sawi sekalipun, dan walaupun ia berada di dalam batu, atau di atas langit, atau di dalam bumi, nescaya Allah akan membalas kebaikan anakanda itu. Ini adalah kerana Allah itu Maha Halus lagi Maha Mengetahui.17. Wahai anakandaku, dirikanlah solat, dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik, dan cegahlah mereka daripada melakukan perbuatan yang mungkar. Dan bersabarlah anakanda terhadap apa kesusahan yang menimpa anakanda. Sesungguhnya, semua itu adalah termasuk dalam perkara-perkara yang dirancangkan oleh Allah, dan18. Janganlah anakanda sombong dan memandang hina kepada manusia lain. Dan janganlah anakanda berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan angkuh.19. Oleh sebab itu, sederhanakanlah perilaku anakanda apabila berjalan di bumi Allah ini, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai

Read more...

Kejadian Manusia.

>> Monday, June 15, 2009

Abdullah binn Mas'ud mengatakan bahawa "nabi Muhammad s.a.w., orang yang paling benar dan paling dipercayai, pernah memberi tahu mereka, "Setiap orang daripada tuan-tuan semua dicipta di dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk titisan air mani, kemudian ia menjadi segumpal darah selama 40 hari juga, dan kemudiannya menjadi seketul daging juga dalam tempoh masa 40 hari juga. Kemudian Allah menghantarkan ma'laikat menghembuskan roh kepadanya.Ma'laikat itu diberikan empat perintah, iaitu menuliskan rezekinya, usianya, amal dan perbuatannya, dan sama ada dia akan sengsara atau bahagia.Demi Allah tiada tuhan melainkan Dia, ada dalam kalangan tuan-tuan yang melakukan amalan penghuni syurga, sehingga dia sampai sejengkal ke syurga, tetapi suratan takdir sudah menentukannya sehingga dia beramal pula dengan amalan penghuni neraka, maka dia pun masuk ke neraka.Ada pula dalam kalangan tuan-tuan yang melakukan amalan-amalan neraka sehingga dia hampir sejengkal dengan neraka, tetapi suratan takdir mengatakan dia beramal dengan amalan-amalan penghuni syurga, maka dia pun dimasukkanlah ke syurga."

Read more...

Seronoknya bercuti di Kelantan.

Percutian ke Kelantan pada 11-13 June 2009 sangat menyeronokkan. Keluarga sebelah saya dan isteri telah membuat persediaan sejak-awal-awal lagi. Kebetulan 'Dogan" kawan lama saya tuan punya bas bersedia memandu bas itu sendiri ke beberapa destinasi di sekitar negeri Kelantan.

Wah...wah dua sepupu nie,Hakimi dan Haikal sangat pandai bergaya dengan kaca mata pula.


Irfan,Liya,Wani dan Syafiqah sangat gembira semasa berada di pantai Cahaya Bulan.

Nampaknya Liyana cuba sedaya upaya untuk memenangi acara bola pingpong di pantai Cahaya Bulan.


Inilah bentuk hadiah yang disediakan oleh Cikgu Salmah (anak saudara saya) bagi acara sukaneka tersebut.



Wani dan Liya sempat bermain layang-layang di pantai cahaya bulan.



Pemenang kecil yang telah bersungguh-sungguh menyertai acara sukaneka.(Hensem juga aku)



Sempat bergambar di depan istana lama sultan Kelantan



Bergambar bersama-sama keluarga yang menyertai percutian ke Kelantan di Di dataran.


Membeli tiket untuk masuk ke istana Kelantan,seorang dewasa dikenakan RM 1.50 dan kanak-kanak RM 1.00.
Akhirnya saya mengucapkan kesyukuran kerana percutian keluarga selamat pergi dan balik. Di hati kecil saya alangkah gembiranya kesepakatan keluarga ini dikekalkan sampai bila-bila,kerana anak-anak kecil akan terkenangkan apa peristiwa yang telah berlaku sewaktu dulu-dulu,kerana putaran waktu tidak akan dapat dikembalikan.

Read more...

Bercuti ke Kelantan

>> Wednesday, June 10, 2009

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak saya,sebab 11 Jun merupakan hari untuk kami bercuti ke Kelantan. Kami dijangka bertolak dari Bota pada pukul 12.00 tengahmalam ini. Sebenarnya saya telah berhajat untuk sponser sebuah bas ke sana dan tempat penginapan seramai 40 orang untuk saudara mara sebelah saya dan sebelah isteri. Cuma 'Andak' rasa frust sebab esok (Jumaat) kena temuduga untuk confirm dan hanya isteri dan anak-anaknya yang pergi.
Kami akan pergi selama 2 hari satu malam dan dijangka menginap di Kota Baharu,pada malam besok. Saya lihat Yong dah menyiapkan beberapa acara sukaneka dan cabutan bertuah di sana nanti.
Saya menjangkakan badan akan letih apabila balik nanti pada tengahmalam Sabtu 13 Jun nanti kerana besoknya saya akan mengajar di Open Universiti pula. Tambahan pula saya telah menerima panggilan telefon daripada Pn Syariza OUM Kuala Lumpur untuk menggubal soalan peperiksaaan akhir bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan ulangan.Sebelum pergi soalan-soalan mesti disiapkan pada hari ini juga,kerana tarikh akhir penghantaran ialah 17 Jun ini.
Saya berdoa agar program ini akan berjalan dengan lancar dan perjalanan kami dilindungi Allah.

Read more...

Gambar Keluarga Cikgu Anuar

>> Tuesday, June 9, 2009

Si kecil ini yang bongsu namanya Nur Afdhalia panggilan di rumah 'Si kering' sebab kurus sikit. Dia ni anak murid kesayangan Sir Narinder Singh (Smart Reader). Ada orang panggil Nur Australia.Dia ni rajin membaca, satu minggu kena beli satu atau dua buah buku.Aksinya sungguh menghiburkan cukup kuat ketawa,lawak pun kuat. Sekarang ni berada di tahun 2 di SKDS.Cita-citanya sentiasa berubah,sekejap nak kerja Profesor,Felcra,Pejabat Tanah dll.

Nur Syazwani Panggilan "Lebor' sebab tembam sikit.Anak murid kesayangan Pn Zuriah SK Dato Sagor,sekarang berada di tahun 5,tahun depan UPSR . Nur Syazwani ini ringan tulang,rajin buat kerja rumah,pantang bersepah sikit dah bising.Minat terhadap pelajaran agama.Nak masuk 2 kali khatam Quran.Dia juga suka kejutkan abah pergi kerja waktu pagi-pagi.(Dia dah sembahyang pun).Sangat sensitif,selalu menyejukkan hati emak dan abah.

Ini Nur Liyana Sekolah di MRSM Pasir Salak,Tingkatan 2. Gelarannya 'Hitam Manis'. Panggilan di rumah 'Kakak' setiap minggu outing hari Sabtu balik rumah suruh mak buat TomYam.Tapi sempat juga gosok baju kerja abah untuk seminggu.Anak yang patuh kepada emak dan abah dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri.Minat terhadap komputer dan membaca novel .Masa dia baru lahir dahulu opahnya suka sangat dapat cucu perempuan terus sahaja pergi kedai emas di Parit belikan cincin emas.Sebab anak saya yang mula laki-laki(tapi lepas tu semuanya perempuan). Cita-cita nak jadi Pensyarah di USM tempat abahnya belajar dahulu.Katanya abah suka sangat makan nasi kandar mamak dekat Line Clear. Penang Road.Dia pun dah terikut-ikut suka makan nasi kandar kerana ada kas-kas.



Yang ni Abang (Haziq) sekarang belajar Tingkatan 6. Kurang membantah arahan emak dan abah. Sangat minat menjadi Pegawai Tentera. Masa sekolah minat PKBM (L) mendapat Tempat Ketiga Pertandingan Menembak Kebangsaan.Sekarang ini berulang ke sekolah naik motorsikal.Kalau hujan tak dapat pergi sekolah.Dia merupakan pewaris saya pada suatu hari nanti(anak lelaki tunggal) semoga dia berjaya terhadap apa yang dicita-citakan. Amin.




Cikgu Rasimah kukur kelapa nak masak apa tu.
Emak merupakan ibu yang penyabar.Suka memberi nasihat kepada anak-anak.Begitu komited terhadap tugas sebagai seorang guru. Katanya kerja kita mesti ikhlas. Rezeki kita disebabkan kita mengajar budak-budak.Emak juga merupakan sumber inspirasi abah,daripada guru biasa hinggalah abah sampai ke tahap sekarang,selalu memberi perangsang.Emak juga taat kepada suami dan ibu bapanya





Ini gambar abah. Sangat sayang kepada anak-anak. Suka makan nasi Kandar lauk daging dan telor sotong.Suka ketawa haaaa.haaaa.haaa...Ambil berat terhadap pelajaran anak-anak.




























Read more...

Universiti Sains Malaysia

>> Monday, June 8, 2009



Ketika mencari gambar-gambar untuk dimasukkan ke dalam Blog. Saya terjumpa gambar pemandangan di salah sebuah tempat yang selalu saya mencari ketenangan di kampus sewaktu menjadi Mahasiswa USM tahun 1991-1997 dahulu. Tempat ini selalu saya kunjungi apabila peperiksaan tiba untuk mencari ketenangan,bila saya lihat jambatan Pulau Pinang dengan kereta bagaikan semut-semut telah menimbulkan pemandangan yang amat mengkagumkan. Tempat ini sampai sekarang saya kunjungi dan rasa sebak dan terasa ingin memutarkan semula jam waktu kehidupan.

Read more...

Pertama Kali Membuat Blog Sendiri

Hari ini merupakan hari yang sangat gembira kerana dapat membuat blog sendiri. Walaupun blog yang dibina tidak berapa sempurna namun ia merupakan daya usaha peringkat awal.

Read more...

Anuar Puteh Harun

>> Sunday, June 7, 2009

Selamat........

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP