Kenangan terhadap Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang..

>> Tuesday, April 6, 2010


Malam semalam sedang saya berface book seorang kawan lama lebih 20 tahun dahulu dari Johor menghubungi saya. Cikgu Suimi (Wak Mie) banyak mencetitakan kejayaan kawan-kawan seangkatan dahulu.


Masihkah ingat semasa di M4P .... di Bukit Combe..?.. Suka duka yang telah dilalui...Bagaimana dengan bekas para pensyarah kita.... ?


Saya mendapat khabar mereka ada yang sudah pergi.... antaranya:


1. Tuan Haji . Zainudin Yusof - Pensyarah Perpustakaan (Serangan jantung)


2 Tuan Haji Abdul Jalil Shahid - Pensyarah Jabatan Matematik (Kanser paru-paru)


3. Tn. Haji Zainudin Alang - Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu (Serangan jantung)


4. Puan Sahilah Abd. Rahim - Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan (Kanser payu dara)


5. En. Mohd Kamal - Pensyarah Seni Halus - suka menyanyikan lagu "Ayah & Ibu" (Serangan jantung)


6. Tn. Haji Wan Sulaiman Yunus - Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan (Serangan jantung)


7. En. Hashimi - Pensyrah Jabatan Bahasa Melayu (Serangan jantung)


8. Tuan Haji Ariffin Yahaya - Pensyarah Jabatan Sains Sosial (Kemalangan jalan raya)


Al- Fatihah untuk roh semua mereka yang telah pergi.. Semuga Allah Cucuri Rahmat sentiasa.Jumpa lagi... Salam kepada semua.





Lagu M4P
BERTEKUN BERUSAHA KE ARAH PENDIDIKAN,

BERTEKUN BERUSAHA KE ARAH PENDIDIKAN,

IKRAR MAKTAB PERGURUAN PERSEKUTUAN,

DI MERCU BUKIT DI PINGGIR SAMUDERA,

PEDOMAN PENDIDIKAN SAINS MATEMATIKA...

MENEPATI MENGAMAL AMANAT BANGSA ,

TEKUN TABAH KAUM BERSATU,

SUMPAH SETIA MEMBINA NUSA,

RAKYAT TERDIDIK NEGARA MAJU...

BERTEKUN BERUSAHA KE ARAH PENDIDIKAN,

BERBAKTI BERKHIDMAT CAHAYA PANDUAN,

TAHUN BERTAHUN MAKTAB MENEMPA,

MEMAHAT MENGUKIR SEJARAH JASA...

Dicipta oleh : Pn. Hjh. Siti Hajar Maria...

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP