Avatar Filem yang Amat Menarik...

>> Friday, February 26, 2010




Hampir Dua Jam setengah saya menonton cerita ini di rumah. Cerita yang amat menarik. Cerita Sains Epik Fiksyen diarahkan oleh James Cameron. Yang menceritakan latar tahun 2154, (kita semua pun dah tak ada lagi). Mungkin kecanggihan di Barat yang mempunyai Studio yang lengkap dengan teknologi masa kini menjadikan filem ini adalah yang terbaik dan mendapat kutipan yang tertinggi setakat ini.
Kesungguhan orang-orang Barat melakukan sesuatu bidang amat dikagumi. Sehinggakan sebuah filem pun boleh mendapat kutipan berbilion dollar. Oleh itu filem ini patut ditonton....

Read more...

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SRAR Raudhatin Najah...

>> Friday, February 19, 2010



Tahniah Kak Cik Semoga Cita-cita dan harapan yang diidam-idamkan suatu hari nanti menjadi titik tolak ke sekolah beraliran agama dan menjadi insan yang berjaya nanti.Amin..


Tahniah Adik, diharapkan ia menjadi landasan menjadi insan yang solehah dunia dan akhirat.


Tarikh: 20 Februari 2010 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: SRAR Raudhatin Najah,Kg.Gajah.

Tahniah diucapkan kepada anakanda Syazwani (Kak Chik) dan Nur Afdhalia (Adik) kerana menerima hadiah kecemerlangan. Kak Cik telah mendapat 8A dalam UPKK dan Adik mendapat tempat kedua di dalam kelas 2 Siti Fatimah. Majlis dirasmikan oleh En Mokhtar Bin Alias Ketua Nazir Bahagian Pendidikan JAIPk.

Read more...

Berkelah di rumah Yong (Cikgu Salmah)

>> Monday, February 15, 2010

Cuti sekolah selama 4 hari ini seronok juga. Anak saudara saya Cikgu Salmah mempelawa kami sekeluarga berkelah satay,ayam,udang bakar dan mee rebus. Aktiviti akan dapat mengeratkan siratulrahim antara keluarga. Sebenarnya banyak gambar yang diambil. Malangnya camera Hand Phone Samsung D980 yang baru saya beli tak clear. Frust juga beli mahal-mahal tapi tak clear.


Sungguh riang Nyah apabila sanak saudara datang pada malam itu, di samping Yati dan anaknya Hakimi.
Ayam yang dibakar. Tak ke rentung wehhhhhh............

Cikgu Shimah begitu sibuk untuk membakar satay ,ayam dan udang.



Read more...

Novel Azfa Hanani

>> Wednesday, February 10, 2010


Terkejut juga Novel Komponen Sastera tingkatan 4 yang menjadi teks wajib menggantikan novel 'Perlumbaan Kedua'. Novel ini ditulis oleh sahabat lama saya sewaktu menjadi Mahasiswa di USM Pulau Pinang dahulu. Halis Azhan Mohd Hanafiah merupakan penulis remaja yang tersohor di negara kita.
Namun begitu saya sudah lama terputus hubungan dengan beliau.Selalunya kami berempat iaitu Halim Mat Sulaiman,Azli dan Halis Azhan merupakan kawan baik.

Read more...

Hari Jadi Abah ke 45 tahun

>> Tuesday, February 9, 2010

Hari Jadi Abah ke 45 pada 9 Feb. 2010
Semoga dimurahkan Rezeki,dipanjangkan Umur dan Sihat Tubuh Badan. Amin....
Terima Kasih kepada Sahabat handai dan pelajar-pelajar saya yang mengucapkan selamat hari jadi.
Sambutan hari Jadi ke 45 Tahun untuk Abah Terima kasih emak,kerana belanja Abah dan kami KFC yang lazat dan Sedap. Abah ucapkan terima kasih kepada emak kerana hadiahkan sehelai Jacket (Utk pergi ke Beijing bulan Mac nanti)
Lambatkah lagi KFC sampai Dik..........


Read more...

Sukan Tahun SK Dato Sagor Kali ke -42 sekolah Kak Cik dan Adik.

>> Friday, February 5, 2010

Sukan tahunan sekolah Kak Cik dan Adik
Pada: 6 Februari 2010 (Sabtu)

Ahhhhh....berdebar rasanya nak berlumba kali ni........
Perbarisan rumah kuning yang bergaya

Kak Cik pun apa kurangnya Merah sangatlah Maakkkk Ngahhhhhh........


Kak Cik membawa bunga manggar




Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP